RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 22 Oktober 2014

Keropok Lekor Dari Terengganu... Most wanted?

Assalamualaikum,

Apa khabar kalian? Untuk 2014, ini yang pertama dari saya. Biasalah sibuk meniaga dan kekurangan idea.

Kali ni saya nak promote keropok leko yang saya jual.

Keropok goreng 25 batang RM10
Keropok ni kalu nak saya goreng ada tambahan 50 sen. Memang keropok ni dah di goreng. Cuma kene panaskan balik je, baru terasa sedapnya. Kalu nak murah RM8 / 25 batang. Tapi kene beli dengan 10 bungkus ke atas. Apa, nak murah lagi? Ada. RM7 / 25 batang dan kene beli dalam jumlah 20 bungkus dan ke atas.

Keropok Rebus 5 batang RM10
Keropok Rebus pun sama jugak harganya dengan keropok goreng tadi. Yang membezakan adalah saiznya dan tentulah kuantiti pun tak sama. Keropok rebus saiznya besar dan keropok goreng pulak haluuus. Keropok rebus ni boleh digoreng dan dikukus. Kalu ada pemanggang ajaib pung buleh jugok.

Lada keropok, Sos pencicah, Colex
Orang Terengganu biasa panggil "lada khepok". Sos pencicah pulak selalunya tertulis pada stiker. Orang kelantan panggil colex. Itu nama saje dan benda yang sama. Harganya RM5 sebotol.

Itu sahajalah untuk kali ini. Jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan dan ingin menempah bolehlah hubungi saya melalui email (muhammademwai@gmail.com), wasap (017-360 6663) & facebook (ammad em wai). kalu lambat balas tu biasalah tgh sibuk. tapi saya akan tetap memenuhi kehendak pelanggan tak kira waktu selagi Allah mengizinkan. Insya Allah.

Sekian....

Selasa, 31 Disember 2013

KELEBIHAN SURAH AL-MULK 67:114


Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:

"Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu?" Lelaki itu menjawab: Bahkan.


Katanya: "Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk (surah al-Mulk ) , dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini ...adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi, pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur".


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku".


Surah Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata:

Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.

Maka Nabi s.a.w. bersabda:

Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.
(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.
Surah Al-Mulk,(HR At Tabrani).

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata:

Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab,

Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Sabtu, 27 Julai 2013

BILA CAKAP TERLALU MELAMBUNG

Assalamualaikum... Lama tak bercerita coz bz skit bulan posa ni ngan bazaar... Tapi ada satu perkara atau kira macam cerita la kan... Kisah ni saya hadapi di tempat saya meniaga. Ada satu mamat ni agak tak berkenan la cara percakapannya.
Kira2 jam 4.45petang saya dan kawan sedang memunggah barang niaga. Ketika itu azan asar baru berkumandang. Dalam masa yang sama mamat td bangun meninggalkan kawannya di gerai dengan bininya dan pekerjanya yang sorang lagi. Tetiba kawannya tanya dia nak kemana? Nak tau apa dia jawab? "aku nak masuk syurga". Bagus jawapannya. Tapi sebenarnya dia nak perli kepada saya dan teman2 lain yang berniaga di situ.

Tapi lain jadinya selepas berbuka puasa. Perbuatannya agak mengarah ke neraka skit. 2 hari saya perhatikan si mamat ni dan sehari kawan saya perhatikan dia kerana saya balik awal.

Hari pertama dia minum dan makan masa buka puasa. Kemudian dia capai rokok dan berjalan menuju ke surau. Ok. Masih ada kerespekan padanya. Hari kedua saya pulang awal. Kawan bagi tau dia tak ke surau dan terus lepak di tempat dia meniaga. Hari ke 3 iaitu 2 hari lepas. Langsung hilang respek saya kerana lepas makan 3 batang rokok disedutnya tanpa berhenti dan langsung tidak ke surau lagi dah.

Itu la dia serba sedikit kisah yang agak kurang matang bagi seorang lelaki yang sudah berumah tangga dan suka cakap tanpa berfikir. Kesannya dia sendiri tak sedar cakap tak serupa bikin.

Moralnya di sini apabila sesuatu percakapan yang nak dituturkan itu sebaik-baiknya fikirkan dulu. Semoga ia menjadi pengajaran untuk saya dan teman2 yang membaca...

Sekian terima kasih... Wassalam