RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Sabtu, 29 Disember 2012

ULASAN MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE-7 (PANDANGAN PERIBADI)



PERSEMBAHAN PERTAMA - LOGHAT/DIALEK

- Dialek je banyak tapi takde kelakarnya coz macam tengok sambungan lawak yang lepas, harap starting jer jadi punch linenye.

- Lawaknya ada tapi kurang dan tak macam minggu-minggu lepas, tak berapa kick.

- Menjadi la lawaknya kalau nak banding ngan minggu lepas ada kelainan walaupun tak best sangat.

- Boleh pun wat lawak macam tu. Bagus tapi still ada kekurangan tang mana tak tau la pulak tapi best dari yang lepas.


- Afdlin kalau "Director" boleh tapi beliau bukan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

- Punch line lambat macam jauh je dan kurang menyengat lawaknya coz banyak termenung aku dibuatnya.

- Makin pandai, ada peningkatan dengan loghat-loghat Malaysia. Lawaknya menjadi.

PERSEMBAHAN KEDUA - KEMBALI KE SEKOLAH


- Idea bagus tapi lawak memang hampeh. Baik aku tengok Pondok Jambu lagi banyak kelakarnya.

- Lawaknya memang menjadi dan lagi hebat dari persembahan pertama.

- Kelakar dan tak tau nak komen, semua menjadi.

- Pesembahan kedua lebih baik dari yang pertama tapi jalan cerita biasa.


- Baru ada peningkatan dan ideanya memang bagus.

- Persembahan yang baik dan makin baik dari yang lepas-lepas.

- Lawaknya menjadi. Rasanya macam kurang skit dari yang pertama.

Siapa yang terkeluar? Iniah dia 

3 peserta undian terendah
R2, Sabun & Boboi.

Nampaknya Boboi masih selamat. Tu yang aku pelik. Akhirnya Sabun juga yang jadi mangsa. mungkin kerana baru malam ini Abon dan Sathiaya ada chemistry, kira macam lambat laaa...



Ini hanya pendapat aku... mungkin ada peminat-peminat kumpulan tertentu tak puas hati dengan ulasan ini, maaf cakap la ye dan sekali lagi saya ulang ini hanya pandangan peribadi saya sahaja. Harap maklum.

Rabu, 26 Disember 2012

KEMPEN AMALAN DAN PEMAKANAN SUNNAH




Zaitun adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan Zat Besi. Itali dan Sepanyol adalah negara pengeluar minyak zaitun terbesar di dunia namun 40% daripadanya adalah berasal daripada Syiria. Kebaikan atau khasiat:
Kapsul Zaitun
  • mengurangkan kadar kolestrol
  • menghindari msalah penyakit kardiovaskular dan Arteriosclerosis ( penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak)
  • mengelak pembentukan batu hempedu
  • membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • membantu meningkatkan metabolisma badan, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik
  • menstabilkan asid lemak
Lagi info mengenai Kapsul Zaitun klik Sini
Kapsul Habbatus Sauda
Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .
Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini menganduingi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.

Lagi info mengenai Habbatus Sauda Kehebatannya hasil penemuan Ibnu Sina klik Sini

Olive Lotion
Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan yang baik kepada kulit dan rambut anda . Lavender Rosemary versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. Pastikan Olive lotion sentiasa bersama anda. Gunakan produk yang berasaskan amalan dan pemakanan sunnah untuk memberikan anda kesegaran yang sebenar.

Lagi Info mengenai Olive Lotion klik Sini


Sebarang pertanyaan dan tempahan sila email ke :-> 

muhammademwai@gmail.com

Harga sama seperti tertera pada poster di atas dan tidak termasuk caj penghantaran. Harap maklum.

Isnin, 24 Disember 2012

30 PESANAN IMAM SYAFIE

1- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.


3- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5- Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11- Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12- Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13- Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14- Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15- Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16- Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18- Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19-Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20- Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22- Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23- Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24- Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

Jumaat, 21 Disember 2012

ULASAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2 MINGGU KEENAM


Lagi nak ulas. Cam bagus jerk. Tak kira nak ulas jugak. Dengan tema "Rancangan TV". OK perserta pertama.

1) Boboi - Masih lagi buat-buat lawak yang macam tak tau nak ke mana?

2) SayWho - Starting cam takde mende lawak setara je, ending je ada kena sikit.

3) R2 - Permulaan OK, makin lama makin slow, si Lopez tu nak pandai dah melawak.

4) Shiro - Sedih, memang sedih. Ini lah jenis lawak yang aku tunggu. Boleh gelak.

5) Sabun - Masuk dah OK. Tengah ada punch line lastly ke laut.

6) Jambu - Lawak OK ada kekurangan sikit, tak tau tang mana. Still boleh gelak lagi la.

7) Bandung Jokers - Ke laut terus, Hampeh tak klaka langsung.

8) Jozan - Makin bosan aku nengok geng nih, macam buat-buat bodoh. Dah la favorite aku. Malu laa...

Persoalannya, betul ker MLM2 ni siaran langsung coz ada banyak cut la diorang punya cakap macam dah rekod dulu dan di ulang siar. Keseluruhannya minggu ni aku boleh bagi 55% je lawak.

Ini hanya sekadar pandangan saya seorang. Lain orang lain pendapatnya. Harap maklum.

PARASIT!!! SUKA-SUKA MEMODIFIED LAGU-LAGU LAMA SAMPE ILANG FEEL.

Bila pasang je radio pasti anda akan terdengar lagu-lagu yang diporakperandakan oleh golongan artis-artis negara kita yang selalunya boleh saya katakan tumpang glamer lagu yang sememangnya sudah popular suatu ketika dahulu. Kebanyakannya adalah artis berkumpulan yang baru menubuhkan kumpulan dan dengan memporak-perandakan lagu lama kononnya sedaplah nak dengar, padahal hampeh. Satu lagi teringin nak kata diorang sememangnya takde idea langsung nak mencipta lagu baru.

Dato' AC Mizal & Stellar Band - Apo Kono Eh Jang
(Klik tajuk lagu untuk dengar)

lagu-melayu.com
Versi asal --> Mastura & Ally Noor - Apo Kono Eh Jang
(Klik tajuk lagu untuk dengar)

Selalunya artis yang ber'genre' Hip Hop la. Konon. Dah boleh rap sikit mula la merosakkan lagu orang lama. Hilang feel lagu tersebut. Selalu saya dengar lagu walaupun saya ni bukan orang Nogori, tapi lagu tersebut selalu buat saya bersemangat. Orang luar pun ada juga ambil dan gubah lagu kita tapi takde la sampai merosakkan lagu. Cuma macam tribute lagu lama dan masih ada feel. Udah-udahlah jadi perosak

Cubalah cari idea macam Edry KRU tu (contoh komposer) yang suka buat lagu popular. Walaupun lagu beliau taklah lama sangat popular tapi artis yang nyanyi lagu-lagu beliau comfirm famous kejap. Ada seorang lagi kalau dulu mamat ni glamer la jugak. Yassin ex-Brothers. Beliau ni pun boleh dikatakan hebat mencipta lagu-lagu yang berentak 'world music'. Memang world.
jomgosip.blogspot.com

lulu-pages.blogspot.com

Susah sangat ke nak buat lagu-lagu baru ni. Pada saya senang saja. Para artis kena duduk secara bersemuka dan praktis sendiri main alat muzik tu. Bukan susah pun. Perhatikan lagu Kalau Berpacaran – Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet. Dengar cerita lagu tersebut cuma ambil masa beberapa jam untuk disiapkan struktur muziknya. Macamana diorang ni boleh buat?

amph-planet.blogspot.com
Kepada artis-artis baru, belajar la dari pengalaman orang-orang lama. Sebab tu lagu dari seberang senang diterima oleh masyarakat kita kerana lagu yang kita keluarkan memang dah rosak dan takde KUALITI.

P/s : Lagu-lagu yang sudah rosak dah buat. Lepas ni janganlah ditambah-tambah lagi. Buat malu Malaysia je.

Khamis, 20 Disember 2012

MAJALAH SOLUSI ISU 51 BESERTA KALENDAR ZIKIR TERAPI 2013

Majalah Solusi ISU 51

Berminat untuk menambah koleksi bahan bacaan anda?

Ingin menambahkan ilmu dalam agama?

Dapatkan majalah solusi terbaru isu 51 terus ke rumah anda.

Pastikan anda mendapatkan Majalah Solusi terkini beserta Kalendar Zikir


Terapi 2013, khas hanya di Stormreaders!

Harga RM10 tak termasuk penghantaran.

Anda berminat?

Boleh hubungi saya melalui

e-mail: irnieerosnieta@yahoo.com.my
e-mail: kopra_c@yahoo.com.my

h/p: 013 - 397 2255

DAPATKAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK!!!

Selasa, 18 Disember 2012

CERITA MEMANDU DI WAKTU MALAM

Seperti entri-entri lepas banyak saya sentuh soal keselamatan ketika memandu. Kali ini suka saya menyentuh mengenai pemanduan di waktu malam pula. Waktu malam biasanya bermula sekitar jam 7 malam dan ke atas hingga 11.59 atau 23.59. Biasakan? Ok itu sekadar definisi.


Pemanduan pada waktu-waktu sebegini memerlukan ketelitian dan kecergasan yang sangat tinggi kerana bagi sesetengah pemandu yang tidak biasa akan merasa mengantuk sepanjang pemanduan. Tidak digalakkan merorok kerana akan manambahkan lagi rasa mengantuk jika tidak sediakan minuman yang mencukupi (sekadar pengalaman). Tumpuan pemandu selalunya mudah terjejas bila rasa mengantuk. Ini adalah masalah utama bagi pemandu yang tidak biasa memandu pada waktu malam. Bagi pemandu yang selalu memandu pada waktu begini mereka akan merasa normal cuma ada masalah tertentu akan saya jelaskan nanti.

Kebiasaannya 2 jam yang pertama adalah waktu boleh dikatakan sepenuh tumpuan seseorang pemandu itu memandu dengan cermat serta mengikut peraturan. Adalah lebih baik selepas 2 jam ini berhenti seketika untuk merehatkan minda serta badan supaya perjalanan anda selamat. OK itu dari segi kercergasan dan kecerdasan diri seseorang pemandu yang mana masa rehat lebih kurang 30 minit atau lebih dan jangan berlebih-lebih kerana perjalanan jauh akan memakan masa yang lebih panjang.

Pemanduan di waktu-waktu begini hanya bergantung atau mengharapkan pada satu perkara sahaja iaitu pencahayaan yang cukup (terang dan jelas). Lampu amat penting untuk suasana begini kerana itulah kita digalakkan memeriksa terlebih dahulu keadaan kenderaan sebelum berlepas. Kepastian ini supaya tidak berlaku apa-apa kerosakan pada kenderaan yang boleh memudaratkan perjalanan. 

Semasa memandu pula mungkin senang sedikit kerana tumpuan memandu hanya terarah pada hadapan sahaja kerana pengesanan lampu pada kenderaan belakang biasanya memberi satu gangguan kepada pemandu di hadapan terutama jika pemandu di belakang tidak merendahkan lampu tinggi yang dipasang. Saya baru terkena baru-baru ini di Muadzam Shah menghala ke Kuala Rompin. Fenomena ketika itu hujan lebat dan berkabus tebal. Setibanya saya di satu simpang 3, saya ternampak 2 buah kereta berhenti di tepi jalan. Sangkaan saya ada roadblock di hadapan dan saya memperlahankan kereta saya. Selepas melewati 2 buah kereta tersebut, mungkin mereka tak yakin untuk bergerak kerana jam pun menunjukkan 5 pagi (lebih kurang).

huhalalala.wordpress.com
Lalu saya meneruskan pemanduan dan kedua-dua kereta tersebut mengekori saya. Mulanya saya rasa OK dan tahu mereka nak ikut saya. Tiba-tiba kereta di belakang saya dalam jarak anggaran 10 meter memasang lampu tinggi dan ini menyebabkan saya silau dan kurang jelas pandangan di hadapan. Kemudian saya mengurangkan kelajuan saya supaya mereka faham supaya menurunkan lampu tinggi. Akhirnya mereka faham juga. Nasib baik. Walaupun itu dinihari tapi perlu difahami akan gangguan yang saya maksudkan tadi yang mana lampu memainkan peranan penting untuk pemanduan di waktu malam.

Seperkara lagi bagi melengkapkan entri ini ialah berkenaan jarak kenderaan dari arah hadapan. Memang kita takkan tahu berapa kelajuan sesebuah kenderaan dari arah hadapan serta anggaran jarak lepas atau tidak untuk memotong kenderaan di hadapan kita. Ini kerana terdapat segelintir pemandu yang suka membuat provokasi ketika memandu. Sebagai contoh dari pengalaman semalam perjalanan dari kampung menuju ke kota. Dalam keadaan jalan 2 hala, untuk memotong memang sukar kerana kawasan bukit dan selekoh yang banyak. Cuma bagi yang biasa lalu di situ akan mengetahui di mana ada tempat-tempat yang boleh memotong.

Terdapat sebuah kereta di belakang cuba membuat provokasi yang mana dia hendak memotong. Dalam hati saya terdetik di depan lebih kurang 200 meter ada tempat memotong dan saya akan ke tepi. Tetapi dalam ketidaksabarannya, kereta tersebut terus memotong kereta saya dengan kenderaan dari arah bertentangan sudah dekat menghampiri kami dan saya terpaksa menekan brek suntuk mengelakkan kemalangan berlaku. Bukan nak tunjuk pandai pada kalian semua. Cuma apa yang saya lakukan itu pun merbahaya sebenarnya kerana kenderaan di belakang saya akan terkejut dengan tindakan saya itu. Kerana kereta yang memotong itu seolah-olah penting sangat jika tak memotong kereta saya ada orang akan mati. Nasib baik tak jadi apa-apa dan semuanya selamat. Dari apa yang saya lihat kereta yang mengikut di belakang saya pun mula memotong kereta saya bila tiba di tempat memotong yang saya maksudkan tadi dan mengejar kereta yang membuat provokasi itu. Jadinya memang mereka ini dah berlumba kot kerana modelnya sama dengan corak-corak kereta lumba dihiaskan pada kenderaan mereka.

Harapan saya agar kita sama-sama mendapat iktibar dari cerita di atas serta perkongsian ilmu yang bermanfaat supaya kita sentiasa selamat sampai ke destinasi.

Jumaat, 14 Disember 2012

ULASAN MAHARAJA LAWAK MEGA MINGGU KE-5 (PANDANGAN PERIBADI)


Shiro - Menjadi lawak dan muzikalnya cuma ada kekurangan sikit.

Boboi - Kalu nak masuk pertandingan nyanyian boleh la coz lawak pun sikit sangat.

Sabun - Nyanyian memang kantoi dan lawaknya langsung tak menyengat.

The Bandung Jokers - Starting bagus, makin lama jadi bosan.

R2- Makin pandai nak melawak masih ada banyak kekurangan

Jozan - Makin kureng dah tak best.

SayWho - Lawak? Dah pandai kecek kelate. bereh! bereh! "Kamu Gila..."

Jambu - Jalan cerita ada, lawak jadi, boleh dikatakan best walaupun bukan favourite aku.

Dari segi pemilihan lagu untuk semua kumpulan terbaik cuma lawak-lawak yang dibuat seolah-olah punch line tak berapa nak sampai. Puas aku dok memahamkan lawak-lawak diorg ni, cuma buat aku mampu tersenyum sahaja. Ada 2 - 3 kumpulan yang buat aku gelak. Ini ikhlas tau, bukan suke-suke je gelak coz dari mule Raja Lawak sampai MLM 2012 ni aku dok nengok. Minggu ke-5 menunjukkan bakat nyanyian semata-mata. Yang dah lama dok melawak pun makin merosot (team favourite tu).

Ini hanya pendapat aku... mungkin ada peminat-peminat kumpulan tertentu tak puas hati dengan ulasan ini, maaf cakap la ye dan sekali lagi saya ulang ini hanya pandangan peribadi saya sahaja. Harap maklum.

Khamis, 13 Disember 2012

KEMALANGAN DI LEBUHRAYA DUKE JAM 8 PAGI

DUKE Highway
Hari ni lebih kurang jam 8 pagi tadi satu kemalangan berlaku antara bas dan van di lebuh raya DUKE. (dekat ngan umah aku). Boleh dikatakan puncanya laju dan blindspot. Laju!!! Mungkin kelajuannya pada 60km/j tapi impaknya kita tak boleh jangka kerana van tersebut berada di laluan tepi. Yang saya maksudkan  titik buta (blindspot) tu adalah dinding batu bata kerana sebelum sampai ke bustop tu ada selekoh. 

Tujuan pembinaan tembok tersebut supaya pemandu-pemandu yang terbabas kat selekoh ni tak masuk ke loji penapisan sisa manusia (pernah ada kes). Itulah tunjuan pembinaannya, tapi makin menambah pulak faktor titik buta ni kerana 2/3 daripada tinggi bas terlindung. Ini bermakna pandangan untuk pemandu-pemandu kereta dan van memang terlindung.

Faktor kedua adalah bas yang mengambil dan menurunkan penumpang yang mana kenderaan tersebut berada sedikit di atas laluan tepi. Kebanyakan pemandu bas yang saya nampak apabila memandu di jalan dua hala selalunya mereka akan melebihkan kenderaan mereka ke laluan sebelah dan saya tak dapat pastikan apakah tujuan sebenar atau agakan mereka pada kenderaan tersebut akan masuk longkang jika berada di laluan mereka sedangkan jalan yang mereka lalu itu lurus (keluar topik sikit).

Berbalik pada cerita tadi jika dilihat pada gambar memang kedudukan bas tersebut luar daripada tempat hentian bas. Ini memang mengganggu faktor penglihatan pemandu. Itulah serba sedikit pandangan saya dengan apa yang berlaku.

Jumaat, 7 Disember 2012

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM...

http://www.ustazamin.com/


Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usa
ha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…


P/s : Saya hanya menyampaikan cerita ini, harap maklum...

Khamis, 6 Disember 2012

SMS SEMASA MENUNGGANG DAN MEMANDU.

tigeritem.wordpress.com
Kali ini pun lagi cerita road safety kerana cerita bab ini takkan habis selagi dunia tak kiamat. Tambah lagi negara kita antara 10 buah negara yang rekod kemalangannya tertinggi dunia. Tapi ini cerita berkenaan sms semasa menunggang dan memandu. Bila dok cerita pasal road safety ni rasa cam JPJ nye trainer lak (perasan).

Tengok pada gambar pun dah dapat bayangan macam mana keaadaan orang dok meng'SMS'kan handphone yang seolah-olah kalau tak dibalas segera mati la pulak orang di sana (ibaratnya la). Untuk pengetahuan anda sekalian, sesuatu perkara buruk yang kita lakukan itu kebiasaannya akan menjadi kebanggaan kepada setiap orang. Tak percaya? Pergilah lepak kat mamak ke mana-mana ada group sembang, cuba pasang telinga. Bukan nak jaga tepi kain orang cuma pastikan apa yang saya kata tadi tu betul ke tak.

otomotif-vivanews.blogspot.com
Pernah seorang kawan saya bercerita pasal kawannya yang suka tunggang motosikal laju sambil membalas SMS. Hebatkan? Konon. Memang dia merasakan dirinya hebat berbuat demikian, kesan pada orang lain sebenarnya golongan ini tak mengambil kira dalam soal keselamatan. 

Suka saya nak menceritakan pengalaman sendiri yang memandu sambil berSMS. Tahun 2008 saya ada menjual prepaid melalui SMS. Biasanya pelanggan akan hantar SMS kepada saya untuk membeli, ini kerana  hampir semua nombor pelanggan saya ingat. Masa tu saya dalam perjalanan pulang ke kampung di pantai timur awal pagi jam kurang lebih 2 pagi. Memang kereta jarang-jarang kerana bukan musim perayaan. Selalunya saya akan serahkan pada orang rumah saya tapi beliau tidur. Jadinya saya pun cuba buat sendiri, tanpa disedari, kereta saya dah ke tengah masuk laluan disebelah dan nasib saya baik kerana tak ada kenderaan yang lain masa tu. Serik dah lepas tu walaupun tak kena apa-apa.

Kesimpulannya di sini adalah seelok-eloknya hentikan kenderaan anda jika nak balas SMS atau nak baca atau nak menggunakan handphone. Saya amat bersetuju jika kamera AES yang dok sibuk-sibuk nak pasang dan dah pasang tu salah satu tujuannya menangkap gambar kecuaian-kecuaian pemandu atau penuggang dan bukan semata-mata perangkap had laju.

Selasa, 4 Disember 2012

TAK TAHU, TAK PANDAI, MALAS ATAU SENGAJA TAK HIDUPKAN?

memandu‑ketika‑hujan.jpg
Cerita pasal hujan lagi. Memandu semasa hujan sememangnya merbahaya jika tidak waspada, kurangnya panduan keselamatan dan mengharapkan timbang rasa pada orang lain semata-mata. Ianya boleh diibaratkan seperti memandu pada waktu senja. Nak kata malam tu mungkin gelap sangat kerana memandu pada waktu gelap (malam - pagi) adalah cabang yang akan saya ceritakan kemudian.

Sambung cerita tadi. Waktu hujan memang banyak dugaannya kerana ia adalah rezeki yang diturunkan kepada kita. Untuk mencari rezeki itu kita perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat sama ada jauh atau dekat. Tetapi untuk bergerak ke satu-satu tempat itu,
- adakah kita memandu?
- adakah kita menumpang?
- adakah kita menaiki kenderaan awam?
- adakah kenderaan lain yang dipandu secara selamat? dan paling penting sekali,
- adakah kita selamat?

Di sini saya berminat nak bercerita pada kisah semasa memandu pada waktu hujan dan bukan baru nak memulakan perjalanan kerana semasa memandu tiba-tiba hujan turun. Jika baru memulakan perjalanan semasa hujan biasanya kita masih segar dan masih mampu mengingat semua benda. Bila kita dalam perjalanan dalam waktu hujan faktor utama yang kita cari adalah cahaya lampu. Terutama sekali adalah pada waktu hujan lebat. Saya tahu anda semua pun banyak pengalaman jika nak dibandingkan dengan saya yang hanya baru 7 ke 8 tahun memandu.

Selalu saya perhatikan kebanyakan dari kita pada saya terlalu kedekut untuk menyalakan lampu kenderaan mereka. Sebab itu tajuknya "TAK TAHU, TAK PANDAI, MALAS ATAU SENGAJA TAK HIDUPKAN?" kerana nak kata tak tahu atau tak pandai adalah perkara yang amat mustahil bagi seseorang pemandu yang memiliki CDL (Lesen Memandu Kompeten (Penuh)) dan bukan lesen terbang. Kebiasaannya orang yang pengalaman memandunya lebih dari 10 tahun sudah pasti mengetahui akan hal ini kerana 'pengalamankan mengajar erti kehidupan'. Bagi yang lebih 5 tahun dan kurang 10 tahun pengalaman yang biasanya ingat-ingat lupa dan boleh dikategorikan SENGAJA TAK HIDUPKAN. Kurang dari 5 tahun ini boleh saya kata sebagai PEMALAS kerana mereka ini fresh graduate daripada JPJ kerana dengan pengalaman lesen percubaan (P) selama 2 tahun dan CDL baru 3 tahun adalah mustahil mereka ini terus melupakan apa yang telah mereka dilatihkan.

Berikut adalah contoh lampu yang boleh dinyalakan sewatu memandu dalam hujan.
Lampu kabus / Fog lamp
Lampu Malam

Lampu Senja
Lampu belakang
Jangan terlalu kedekut untuk menghidupkan lampu kenderaan semasa hujan anda kerana ini kan membahayakan diri anda sendiri. Pesanan dari saya, "Pastikan pemandu lain nampak akan kenderaan yang anda pandu dan kita sentiasa nampak atau peka dengan kenderaan di sekeliling".

Dengan adanya ilmu ini anda akan dapat pengetahuan serba sedikit yang dapat membantu pemanduan selamat semasa waktu hujan. Sekian.

Isnin, 3 Disember 2012

SERONOKNYA JADI PENIAGA MELAYU

Gambar hiasan dari allmalaysia.info
Maaflah lari dari topik. Tapi inilah realiti yang kita semua mahu sebagai warga negara. Maunya tak, pergilah mana-mana pasar pun yang ada kat Malaysia ni, Pasar pagi, Pasar minggu pasar besar pasar borong, pasar kecik, pasar tani, pasaraya dan macam-macam pasar lagi mesti yang anda jumpa warga asing. Kalau mereka ni setakat bekerja boleh la tahan, tapi kalau dah jadi taukeh macam mana anda rasa?

Apa yang seronokmya? Hari Sabtu baru-baru ini, petang hujan lebat, kurang lebih pukul 5 petang berhenti. Kami para peniaga mula memasuki tapak meniaga dan dalam masa yang sama hujan mula renyai-renyai. Kami masih meneruskan perjuangan menyusun barang-barang niaga dan memasak mana-mana yang belum siap. Sambil berbual-bual dengan makcik sebelah tiba-tiba datang seorang pelanggan nak beli, mungkin pelanggan tetap. Saya kata pada dia, "10 minit lagi boleh?" Dia kata boleh. Lepas pasang lampu, saya terus siapkan untuk pelanggan pertama tadi, hujan makin laju, malam ni ada perlawanan bola sepak antara Indonesia vs Malaysia. Mungkin kurang la orang yang datang ke pasar malam dengan cuaca yang kurang baik.

Antara jam 6 petang  hinnga 8.30 malam ada juga pelanggan yang berduyun-duyun yang datang kerana dari siang sampai ke malam masih belum reda hujannya. Akhirnya jam 9.30 malam saya ambil langkah drastik untuk mengemas barang-barang kerana perlawanan bolasepak dah nak mula separuh masa kedua. Mana-mana yang tak habis tu niat bagi kat peniaga-peniaga lain sebagai sedekah. Mmm... tak kisahlah. Bukannya saya meniaga tak untung, cuma tak habis jer. 

Lepas dah bagi kat peniaga-peniaga lain, saya pun mengemas barang-barang saya satu persatu. Tak lama kemudian, peniaga-peniaga (sebenarnya inilah kawan-kawan yang saya ada sekarang) datang memberikan makanan dan minuman kepada saya. Dalam hati saya tak sangka mereka ini pun berniat sedekah juga. Cuma satu perkara yang saya nampak, bangsa indon. Sikit pun takde nak berbalas-balas barang makanan mereka. Bila saya ceritakan pada rakan-rakan yang bertugas SRS, baru saya dapat jawapan yang paling pahit nak diterima. Rupa-rupanya bangsa mereka ini akan membuang makanan tersebut kerana mereka tau yang di masak itu tak berapa elok nak dimakan. Bagi orang kita yang memakan mungkin rasa sedap. Jadi apabila pergi ke mana-mana pasar, perhatikan dulu peniaga tu bersih ke tidak dari segi pakaiannya dan lihat sekali alatan yang digunakan. Kalau boleh tunggu lama sikit lihat cara dia bekerja maksud saya penyediaan makanan tu macam mana. Kemudian baru beli.

Sekian...

Jumaat, 30 November 2012

PERJUANGANKU

almuhandisu.com
Di sana arah tujuku
Menyunting bunga kejayaan
Di menara ilmu
Menunai kewajipan hayatku
Demi Keluarga
Harapan agama, bangsa dan negara.

Seribu Pengorbanan ku sertakan
Menempuh Kehidupan sesingkat ini
Berbekalkan semangat yang tabah
Dengan azam besi waja
Walau apa juga keadaan
Siang dan malam menduga
Akan ku rempuh onak berduri
Agar tercapai hasrat ku ini.

Perjuangan ku takkan terhenti
Walau usia menjangkau senja
Tiada batas pengadang waktu
Untuk ku teruskan penerokaan ini

Berusaha kan ku terus berusaha
Belajar kan ku terus belajar
Berjuang kan ku terus berjuang.

Dewan Siswa, April 1996, 
Muhammad bin Mohd Yusoff

Khamis, 29 November 2012

LORI GAS, MPV DAN LESEN MEMANDU

payungchenta.blogspot.com
Kisah road safety ni rasanya takkan habis kerana hari-hari kita berada di jalanraya dan banyak pula yang dapat kita lihat gelagat pemandu-pemandu. Bermacam ragam. Tak kiralah lesen penuh, lesen percubaan, lesen L, GDL dan lesen terbang. Maaf cakaplah ya, pasal lesen terbang. Ianya masih banyak dikeluarkan. Malah ia dilakukan sendiri oleh pihak-pihak yang hanya mengaut keuntungan semata-mata. Maksud saya ada permainan orang dalam juga lah.

Anda pergilah mana-mana private driving school kalau tak percaya. Mesti ada yang menawarkan pakej 'gerenti lulus' dengan syarat bayaran yang tinggi. Persoalannya:
1- Adakah anda rasa perkara ini bagus untuk pengguna jalanraya? 
2- Adakah dengan memiliki pengalaman memandu tanpa latihan asas dan ilmu pengetahuan sudah layak memandu di jalanraya? 
3- Selamatkah pemanduan mereka yang memiliki lesen terbang?
4- Adilkah bagi anda yang memiliki lesen yang sah dibuat begini?

Kita berbalik dulu kepada tajuk di atas kerana ia ada kaitan dengan lesen. Kisah ini berlaku pada pagi semalam kurang lebih jam 9.45am. Seorang makcik memiliki lesen percubaan (lesen P) yang pada saya nampak mungkin nak hantar anaknya ke suatu tempat dan mungkin dah lewat. MPV yang dipandunya dalam keadaan parking dan hendak mengundur. Memang makcik ini nampak lori membawa gas ini. Agakan  seorang wanita biasanya meleset kerana golongan ini semacam kurang pandai mengagak kelajuan sesebuah kenderaan (kepada kaum wanita, maaf cakap ya).

Dengan selambanya dia terus mengundur kenderaannya ke belakang tanpa rasa bersalah. Lori tersebut terpaksa brek mengejut supaya tak melanggar MPV makcik tu. Untuk pengetahuan semua, jika berlaku kemalangan, pemandu MPV akan dipersalahkan dahulu kerana dikatakan tidak memeriksa keaadaan sekeliling. Nasib baik pemandu lori tu bertimbang rasa.

Dua hari lepas pada waktu yang kurang setengah jam dari di atas, makcik itu juga saya perhatikan memang kelam kabut orangnya. Ini kerana dia terlupa sesuatu agaknya lah. Lepas dia menegur suaminya yang menaiki kereta lain, dari sebelah kanan jalan dia dengan agakan yang sama terus melulu masuk ke laluan kiri dengan tak sempat berhenti langsung dia memotong Bas Rapid yang sedang mengambil penumpang serta merta makcik tu bagi signal untuk membelok ke kiri. Saya kira perbuatan makcik tersebut kurang dari 10 saat. Bayangkan kereta dari belakang dan dari depan semasa dia memotong bas terpaksa brek mengejut. Terlalu penting sangatkah sampai ada orang nak mati kot urusan makcik tu sehinggakan orang lain bertimbang rasa padanya. Cuba bayangkan jika pemandu-pemandu di sekelilingnya tidak bertimbang rasa?

Moral pada cerita ini ialah "jangan kerana 2-3 saat yang terlewat jadi 2-3 jam lewat".

Berbalik kita kepada cerita lesen tadi. Bagi pemandu lori kebiasaannya setahun sekali akan memperbaharui lesen GDL mereka. Ini termasuklah medical check-up sebelum memperbaharui lesen. Selalunya mereka ini malas nak ke klinik buat pemeriksaan dan ke JPJ dan mereka akan mencari kaki yang selalu ke sana dengan memberikan sejumlah upah tertentu. Ramai yang buat macam ni. Taraf kesihatan seorang pemandu lori masih tidak selamat kerana faktor ini juga salah satu punca meningkatnya jumlah kemalangan.

Bagi pemilik Lesen D pula, mereka selalu menggunakan kesempatan atas Lesen P yang dimilikinya. Jika mereka membuat silap ketika memandu, anggapannya pada orang disekelilingnya adalah menghormati mereka kerana masih dalam percubaan. Terdapat juga pemandu yang memiliki Lesen CDL (lesen penuh) yang sengaja menampalkan Sticker P untuk alasan yang sama. Sikap inilah merupakan satu lagi penyebab jumlah kemalangan meningkat.

Soalan-soalan yang saya kemukakan di atas masih belum terjawab. 
1- Memang tidak bagus kerana golongan ini hanya tahu memandu sahaja dan Cara pemanduan yang berhemah pun belum tentu dapat dipraktikkan. 
2- Tidak layak memandu.
3- Tidak selamat dan membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
4- Tidak adil. Anda bertungkus lumus menghafal, membaca dan macam-macam lagi, mereka senang-senang dapat lesen memandu.

Banyak lagi nak diceritakan, tapi sampai sini dulu lah ye kerana cerita lesen memandu ini banyak cabangnya walaupun saya ni bukan anggota JPJ tapi inilah sedikit pendapat dan ilmu yang saya ada. Sekian buat sementara waktu.

Selasa, 27 November 2012

PEMANDU TEKSI TUNJUK ISYARAT LUCAH

Gambar hiasan dari paultan.org
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pembaca yang budiman. Saya tak suka nak memburuk-burukkan tambahan pula di peringkat dunia pun golongan mereka ini dah memang buruk menurut LondonCabs.co.uk

Tapi pagi ini ketika saya berada di Jalan Pahang (depan Hospital Tawakal) dalam perjalanan untuk menghantar orang rumah saya ke pejabatnya sebelum susur nak ke utara (menuju ke Lebuhraya Mahameru) sebuah teksi yang berwarna oren (bukan seperti dalam gambar) berada di laluan kedua menuju ke Bulatan Pahang. Untuk pengetahuan Jalan Pahang ada 3 laluan. Saya ketika itu menunggang motosikal sedang memotong separuh badan teksi tersebut di sebelah kiri kerana sebelah kiri saya ada laluan pertama dan di depan saya ada kereta.

Dengan tiba-tiba teksi tersebut memberikan signal untuk membelok ke kiri dan terus menghimpit ke kiri. Memang saya mengelak dari kena langgar. Apa yang saya sempat lihat pemandu tersebut tidak mengenakan pakaian yang disyaratkan kepada pemandu teksi. Lalu saya pun menunjukkan isyarat yang seolah-seolah akan menghubungi SPAD. Dia yang tidak berpuas hati langsung mangangkat tangan menunjukkan isyarat lucah dan terus memecut menuju ke Lebuhraya Mahameru.

Nasib kami berdua selamat tiba di lokasi tujuan. Cuma apa yang saya kesalkan di sini adalah, sebagai seorang pemandu yang profesional mestilah bijak dalam pemanduannya. Maksud saya mereka mesti tau hala tuju atau laluan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan bukan menurut kehendak pelanggan tanpa memikirkan soal keselamatan orang lain.

Kebanyakan pemandu-pemandu yang memiliki lesen GDL dan PSV yang ada di negara kita adalah tidak profesional. Saya pun memiliki lesen GDL. Apa yang telah diajarkan kepada saya selama 2 minggu lepas betul-betul menginsafkan saya sebagai seorang pemandu. Cuma saya tak dapat nak teruskan niat nak bekerja tu kerana ada beberapa masalah yang tak dapat nak elak. Mereka sangat menekankan soal keselamatan.

Berbalik kepada isu tadi, Pegawai JPJ pun mengakui yang golongan pemandu teksi dan bebarapa bas henti-henti ini teruk dari segi pemanduan mereka. Maklumat ini saya dapat semasa kursus untuk mendapat lesen GDL kerana calon lesen PSV akan sama-sama berada dalam dewan.

Realitinya di sini "dah lah busuk, bertambah-tambah busuknya". Harapan saya semoga pemandu-pemandu lain ambil kesedaran atas apa yang berlaku di sekeliling kita. Peka dengan keadaan dan pihak-pihak berwajib carilah langkah-langkah untuk meningkatkan taraf pemanduan yang lebih selamat.

Sekian...