RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 27 April 2012

SEJAK KAHWIN HINGGA USIA 90 TAHUN BELUM ADA ZURIAT



Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai nikmatnya. Tetapi di negara kita, kisah pembuangan bayi banyak sekali berlaku. Malah perbuatan ini hari-hari berlaku. Merata-rata dibuang cuma kita tak nampak malah kesiannya bayi tersebut yang mati tanpa pengetahuan sesiapa. Nasibnya baik kalau dijumpai. Nasibnya malang......... (sedih nak tulis).

Sesetengah orang begitu ghairah untuk mendapatkan zuriat tapi atas kekuasaan Allah, mereka ini buntu kerana masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara dicuba tetapi belum ada rezeki. Saya harap dengan paparan di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memiliki dan menambah zuriat.

Nabi Zakaria A.S

Kekhuatiran itu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa sejak kahwin hingga mencapai usia 90 tahun, Allah belum lagi mengurniakannya seorang anak yang diidam-idamkan untuk menggantikannya bagi memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.

Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."

Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi." Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."

Doa Nabi Zakaria a.s.

Surah Al-Anbiya:21:89


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
- الأنبياء/89


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)


Surah AI Imran 3:38


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
- آل عمران/38



"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)

Sumber:-
1-http://biqque.blogspot.com/2009/10/doa-untuk-mendapatkan-zuriat.html
2-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Yahya_a.s.

Wassalam....

Selasa, 24 April 2012

PATUT LA SENANG DAPAT TAPAK MENIAGA ... BARU TAHU

Assalamualaikum,


Maaflah yer jika pada kali ini saya bercerita sedikit hal2 politik ni. Bukan nak campur atau pandai dalam hal ini, cuma terasa sangat kesannya kat masyarakat kita hari ini. Semalam saya terbaca kat satu blog PASPB yg tajuknya "TU DIA!!! Penempatan KEMBOJA & MYANMAR di PEKAN Pahang".


Saya bukan nak sokong sangat pasal posting tu. Ini dari pengalaman saya sendiri dari Pekan ke Kuala Rompin. Saya bukan anak jati Pahang tapi disebabkan berkahwin dengan orang Pahang jadi selalulah saya ke sana.


Apa yang nak di sampaikan adalah suatu malam sebelum saya berkerja sekarang ini, saya mengganggur dan mencuba-cuba berniaga jual nasi ayam. Ada sekali tu balik ke kampung di Rompin. So malam saya akan bertugas menolong la apa-apa yang patut di kedai mertua saya sampai ke jam 2 pagi. 


Tiba-tiba pada malam minggu tu 3 buah van jenis Toyota HiAce parking kat depan kedai. Boleh dikatakan hampir 10 orang juga yang turun dari van-van tersebut. Mulanya tiada apa yang menarik sangat dengan mereka ni. Apabila saya menghampiri mereka untuk ambil order makan, terdengar perbualan dalam bahasa atau loghat yang tak pernah saya dengar sebelum macam Jawa, Aceh, Minang dan yang seangkatan dengannya. Memang luar biasa. Tapi mereka ni boleh bercakap Bahasa Melayu. Dari segi rupa pakaian pun sama macam melayu.


Selesai ambil order saya perhatikan mereka yang sibuk melayan bolasepak kat skrin besar. Dah rasa tersisih pula dan macam duduk kat negara orang pulak rasanya. Kemudian saya nekad dan bertanya kepada mereka. "berniaga kat mana?". "Esok pasar pagi kat Rompin", Jawapnya. "Awal sampai?" saya bertanya. "Kene awal bang, nanti susah nak mauk tapak," jelasnya. "Tidur sana la?" tanya lagi. Mereka angguk sahaja. 


Untuk pengetahuan saudara/i sekalian tika tu saya masih tak tahu dari mana mereka ini. Saya pernah ke pasar minggu Rompin yang panjang dan besar juga. Ramai penduduk sekitar yang yang malah dari Daerah Pekan dan Daerah Mersing yang turut serta.


Esoknya saya bertanya kepada abang ipar saya mengenai kehadiran geng Toyota HiAce. Menurut abang ipar saya mereka orang rupa-rupanya orang kemboja. Masa tu saya terfikir sesuatu dan menjadi tanda tanya dalam diri. Bermacam persoalan timbul. Antaranya:
1-Senangnya diorang ni dapat tapak meniaga? 
2-Dari mana dapat modal untuk berniaga sampai dapat beli van?


Jadinya semua soalan tadi dah terjawab semalam. 


Sumber : http://paspb2.blogspot.com/2011/09/tu-dia-penempatan-kemboja-myanmar-di.html

Isnin, 23 April 2012

PIAGAM MADINAH



PIAGAM MADINAH : Ialah Perlembagaan Bertulis yang pertama yang digunakan oleh umat Islam Madinah dimasa pemerintahan Islam. Ia telah digubal oleh Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Asal Usul Kenapa Piagam Ini Tertulis.
Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sebenarnya berada di dalam satu kawasan yang sama (kawasan masjid nabawi sekarang). Mereka sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan pengikutnya. Orang-orang Munafik pula menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah

Kandungan Piagam
Piagam ini terdiri daripada 47 fasal.:

23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Nama Lain Bagi Piagam Madinah
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.


Perangkaan Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama : Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Baginda.

Langkah kedua : Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga : Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

• Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

• Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

• Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

• Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

• Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,


Tujuan Piagam Madinah
• Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
• Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
• Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
• Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
• Mewujudkan keamanan di Madinah
• Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
• Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
• Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
• Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
• Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.


Prinsip Piagam Madinah
• Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
• Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
• Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
• Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
• Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
• Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
• Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
• Kebebasan beragama
• Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
• Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Khamis, 19 April 2012

PENCUCI MULUT, SEBELUM KE SELEPAS?

shw.fakerama.fotopages.com
Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.


Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.


Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.


http://mynewshub.my/2012/03/07/khasiat-makan-buah-sebelum-makan-berat/


ukiranbuah.blogspot.com
Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri. Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.


http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/kuno-tetapi-logik-secara-saintifik-makan-sunnah-nabi/#ixzz1sG5GyzCP

Rabu, 18 April 2012

TOLAK TEPI SUDU & GARFU

Makan...
Nasi Goreng Usa
Nasi Ayam
Mee Goreng
Pizza
Ayam goreng

Semua orang tengok aku
Gelak, pelik, sindir
Ada juga yang gatal-gatal nak tengok
Sampai tertoleh toleh
Betul ke?
Macam la aku makan babi

"Salah la tu
makan pakai tangan,
mana ada orang buat,
orang kampung kot,"

Bodoh!

Haram ke aku guna tangan?
Aku suap pun tangan kanan
Aku tak malu makan dengan tangan

Bangga-bangga ikut perangai orang puteh
kita tinggal pun kat Malaysia juga
masa kecik diajar makan guna tangan
mak kita suap pun mula-mula guna tangan juga
bukannya keluar dari perut terus pandai guna sudu dan garfu...

Nukilan : Ence' Ammad

Khamis, 12 April 2012

PERIHAL MAKAN DENGAN TANGAN

tgokjum.blogspot.com
Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang tika ini kurang diamalkan umat Baginda dek kerana protokol dan agenda barat. Tangan antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan masuk ke mulut. Jika terdapat benda merbahaya seperti tulang ikan, tulang ayam serta lemak-lemak pada makanan, tanganlah yang akan mengasingkannya.

kesehatan.kompasiana.com
Tangan kotor tidak menjadi masalah kerana Islam menyarankan kita agar sebelum makan disunatkan  mencuci tangan terlebih dahulu. Rasulullah S.A.W mengajar kita menggunakan tangan kanan sahaja untuk menyentuh makanan. Antara kehebatan serta hikmah menggunakan tangan adalah kerana jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis enzim yang bertindak untuk mencernakan makanan di dalam perut juga memudahkan proses penghadaman. 

Logiknya kenapa kita perlu makan dengan tangan kanan adalah kerana pada tapak tangan kanan kita tersebut terdapatnya 18 jenis enzim baik yang membantu mencerna makanan dengan cepat, disebabkan itulah kita dituntut supaya makan dengan tangan. diharuskan makan dengan sudu namun begitu lebih baik bukan kalau makan dengan tangan. Kita juga digalakkan menjilat jari-jemari selepas makan sisa makanan yang terdapat pada jari tersebut tidak dibazirkan begitu sahaja.


Sumber : http://ilike-concept.blogspot.com/2012/01/dr-mohd-fadzilah-kamsah-rahsia-tapak.html


humaixi.blogspot.com
Makan dengan tangan kiri menyerupai setan, dan sudah dimaklumi seorang muslim diharamkan untuk menyerupai orang kafir, apalagi setan. Nabi shallallahu alaihi wasallam mendoakan kejelekan kepada orang yang makan dengan tangan kirinya. Seandainya hukumnya bukan haram, tidak mungkin beliau shallallahu alaihi wasallam mendoakan kejelekan atasnya.



Perintah untuk makan dengan tangan kanan, dan hukum asal perintah adalah wajib. Bahkan dalam hadits riwayat Ahmad no. 16756 disebutkan bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada seorang wanita:



لَا تَأْكُلِي بِشِمَالِكِ وَقَدْ جَعَلَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَكِ يَمِينًا

“Janganlah kamu makan dengan tangan kirimu, padahal Allah Tabaraka wa Ta’ala telah menciptakan tangan kanan untukmu.”(Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Jilbab Al-Mar`ah Al-Muslimah no. 71)



Kenapa pula tangan kiri nombor 81?? Kerana terdapat 81 jenis enzim yang membantu menghapuskan bakteria dengan cepat, jadi sebab itulah kita membasuh selepas membuang air besar dengan tangan kiri, ini kerana untuk membunuh bakteria dengan cepat, dan juga sama ada mahu mengangkat kasut yang kotor juga menggunakan tangan kiri. ini kerana tangan kiri lebih efektif dalam membunuh bakteria dengan 81 enzim tersebut.



Maha suci Allah betapa hebatnya Allah mencipta kita!. Sebab itulah kalau orang dahulu kala mengatakan bahawa : ”kalau jumpa barang tengah jalan ambil menggunakan tangan kiri sebab tak mahu jin ikut balik ” rasionalnya sebab tangan kiri tu sebenarnya ada 81 jenis enzim yang boleh membunuh bakteria.


Sumber : http://ilike-concept.blogspot.com/2012/01/dr-mohd-fadzilah-kamsah-rahsia-tapak.html

Orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.


Sumber : http://wanitasihat.com/di-sebalik-sunnah-makan-menggunakan-tangan/

Dari segi saintifiknya kebenaran jelas dengan petua tersebut kerana tangan kita mengamdungi enzim-enzim yang bertindak balas dengan enzim-enzim pada makanan tersebut.

Sekian.

Selasa, 10 April 2012

SAKIT JIWA

Seseorang yang dikatakan sakit jiwa (Psychose) ialah kepribadiannya terganggu serta tak mampu menyesuaikan diri dengan sewajarnya dan tidak sanggup memahami masalah yang dihadapi. Seringkali orang yang sakit jiwa ini tidak merasa  dirinya sakit dan menganggap diriya normal. Bahkan lebih baik, lebih unggul dan lebih penting dari orang lain. Sakit jiwa itu ada 2 jenis iaitu :


Pertama : yang disebabkan oleh adanya kerosakan pada anggota tubuh. Misalnya otak, sentral saraf atau hilangnya kemampuan berbagai kelenjar. Hal ini mungkin disebabkan oleh kerana keracunan akibat minuman keras, ubat-ubatan perangsang (narkotik), akibat penyakit kotor dan sebagainya.



Kedua : disebabkan oleh gangguan-gangguan jiwa yang telah berlarut-larut sehingga mencapai puncaknya tanpa suatu penyelesaian secara wajar atau hilangnya keseimbangan mental secara menyeluruh, akibat suasana lingkungan yang sangat menekan, ketegangan batin dan sebagainya.
1.Schizophrenia

Schizophrenia adalah penyakit jiwa yang paling banyak terjadi dibandingkan dengan penyakit jiwa lainnya, penyakit ini menyebabkan kemunduran kepribadian pada umumnya, yang biasanya mulai tampak pada masa puber, dan paling banyak adalah orang yang berumur antara 15 – 30 tahun.

Gejala-gejala diantaranya :

Dingin perasaan, tak ada perhatian pada apa yang terjadi di sekitarnya. Tidak terlihat padanya reaksi emosional terhadap orang yang terdekat kepadanya, baik emosi marah, sedih dan takut. Segala sesuatu dihadapinya dengan acuh tak acuh.
Banyak tenggelam dalam lamunan yang jauh dari kenyataan, sangat sukar bagi orang untuk memahami pemikirannya. Mereka ini lebih suka menjauhkan diri dari  bergaul dengan orang ramai dan suka menyendiri.

Mempunyai prasangka-prasangka yang tidak benar dan tidak beralasan, misalnya apabila ia melihat orang yang menulis atau membicarakan sesuatu, disangkanya bahawa tulisan atau pembicaraan itu ditujukan kepadanya.

Selalu terjadi salah tanggapan atau terhentinya pemikiran, misalnya orang sedang berbicara tiba-tiba lupa apa yang telah dikatakannya itu. Kadang-kadang dalam pembicaraan ia pindah dari suatu masalah ke masalah lain yang tak ada hubungannya sama sekali atau perkataannya tidak jelas hujung pangkalnya.

Halusinasi pendengaran, penciuman atau penglihatan, dimana penderita seolah-olah mendengar, mencium atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Ia seakan-akan mendengar orang lain membicarakannya, atau melihat sesuatu yang menakutkannya.
Banyak putus asa dan merasa bahawa ia adalah korban kejahatan orang ramai atau masyarakat. Merasa bahawa semua orang bersalah dan meyebabkan penderitaannya.

Keinginan menjauhkan diri dari masyarakat, tidak mahu bertemu dengan orang lain dan sebagainya. Kadang-kadang sampai kepada tidak mahu makan atau minum dan sebagainya. Sehinggakan dalam hal ini ia harus diinjeksi supaya tertolong.

Demikian antara lain gejala Schizophrenia, dan tiap-tiap pesakit mungkin hanya mengalami satu atau dua macam saja dari gejala tersebut, sedangkan dalam hal lain terlihat jauh dari kenyataan.

Sehingga kini belum dapat dipastikan dengan jelas apa sebenarnya yang menimbulkan Schizophrenia itu. Ada yang berpendapat bahawa keturunanlah yang besar peranannya. Menurut hasil beberapa penelitian terbukti bahawa 60% dari orang yang sakit ini berasal dari keluarga yang pernah dihinggapi sakit jiwa. Ada pula yang mengatakan bahawa sebabnya adalah rosaknya kelenjar-kelenjar tertentu dalam tubuh. Ada yang menitik beratkan pandangannya pada penyesuaian diri iaitu kerana seseorang itu tidak mampu menghadapai kesukaran hidup, tidak menyesuaikan diri sedemikian rupa sehingga sering menemui kegagalan dalam usaha menghadapi kesukaran.
Apapun punca sebenarnya, kebanyakan penyakit ini mula menyerang setelah seseorang itu menghadapi suatu peristiwa yang tertekan, akibatnya muncul penyakit yang mungkin sudah terdapat secara tersembunyi di dalam orang itu. Faktor pendorong lain ialah kesukaran ekonomi, keluarga, hubungan cinta, selain itu terdapat kegelisahan yang timbul akibat terlalu lama melakukan onani, sehingga merasa berdosa dan menyesal, tetapi  menghentikannya tak sanggup.

Penyakit ini biasanya lama sekali perkembangannya, mungkin dalam beberapa bulan atau beberapa tahun, baru ia menunjukkan gejala-gejala ringan, tapi akhirnya setelah peristiwa tertentu, tiba-tiba terlihat gejala yang hebat sekaligus.
2.Paranoia

Paranoia merupakan penyakit ‘gila kebesaran’ atau ‘gila menuduh orang’. Diantara ciri-ciri penyakit ini adalah delusi iaitu satu pemikiran salah yang menguasai orang yang diserangnya. Delusi ini berbeza bentuk dan macamnya sesuai dengan suasana dan keperibadian penderita, misalnya :



Penderita mempunyai satu pendapat (keyakinan) yang salah, segala perhatiannya ditujukan ke sana dan yang satu itu pula yang menjadi buah tuturnya, sehingga setiap orang yang ditemuinya akan diyakinkannya pula akan kebenarannya pendapatnya itu. Misalnya ada seorang suami yang menyangka bahwa isterinya berniat jahat meracuninya. Maka selalu menghindar makan di rumah, kerana takut akan terkena racun itu.
Penderita merasa bahawa ada orang yang jahat kepadanya dan selalu berusaha untuk menjatuhkannya atau menganiayainya. Penderita merasa bahawa dirinya orang besar, hebat tidak ada bandingannya, meyakini dirinya adalah seorang pemimpin besar atau mungkin mengaku Nabi.

Delusi atau pemikiran salah yang dirasakan oleh penderita sangat menguasainya dan tidak akan hilang. Kecuali itulah jalan pemikirannya dilihat teratur dan tetap. Pada permulaan orang menyangka bahawa pemikirannya itu logik dan benar. Biasanya orang yang diserang paranoia ini cerdas, ingatannya kuat, emosinya seimbang dan  sesuai dengan pemikirannya. Hanya saja ia mempunyai suatu kepercayaan yang salah, sehinggakan perhatiaan dan perkataannya selalu dikendalikan oleh pemikirannya yang salah itu.
Sebenarnya kita harus membezakan antara sakit jiwa paranoia yang betul dengan kelakuan paranoid. Kelakuan paranoid abnormal juga diantaranya :

Terlihat sekali dalam segala tindakannya, bahawa ia egois, keras kepala dan sangat keras pendirian serta pendapatnya.

Tidak mahu mengakui kesalahan atau kekurangannya, selalu melempar kesalahan pada orang lain, dan segala kegagalannya disangkakan akibat dari campur tangan orang lain.

Dia berkeyakinan bahawa mempunyai kemampuan dan kecerdasan yang luar biasa. Ia berasal dari keturunan yang jauh lebih baik dari orang lain dan merasa bahawa setiap orang iri hati, dengki dan takut kepadanya.

Dalam persaudaraan ia tidak setia, orang tadinya sangat dicintainya, akan dapat berubah menjadi orang yang sangat dibencinya oleh sebab-sebab yang remeh saja.

Orang ini tidak dapat bekerja dan mempunyai kepatuhan pada pimpinan. Kerana ia suka membantah atau melawan dan mempunyai pendapat sendiri, tidak mau menerima nasihat atau pandangan dari orang lain.
3. Manicdepressive

Penderita mengalami rasa besar atau gembira yang kemudian bertukar menjadi sedih atau tertekan. Gejalanya iaitu :

a. Mania


Mempunyai tiga tahap iaitu ringan (hipo), berat (acute) dan sangat berat (hyper).

Dalam tindakannya, orang yang diserang oleh mania ringan dilihat selalu aktif, tidak kenal payah, suka menguasai pembicaraan, pantang ditegur baik perkataan mahupun perbuatannya, tidak tahan mendengar kecaman terhadap dirinya. Biasanya suka mencampuri urusan orang lain.




Dalam mania yang berat (acute), biasanya di serang oleh delusi-delusi pada waktu-waktu tertentu, sehingga sukar baginya untuk melakukan suatu pekerjaan dengan teratur. Penderita mengungkapkan rasa gembira dan bahagianya secara berlebihan. kadang-kadang diserang lamunan yang hebat sekali, sehingga tidak dapat membezakan tempat, waktu dan orang disekelilingnya.

Dalam hal mania yang sangat berat (hyper) orang yang diserangnya kadang-kadang membahayakan dirinya sendiri dan mungkin membahayakan orang lain dalam sikap dan perbuatannya.

Penyakit ini dinamakan juga ‘gila kumat-kumatan’, kerana penderita berubah-ubah dari rasa gembira yang berlebihan, kemudian menurun menjadi sedih, muram dan tak berdaya.

Dalam hal pertama, penderita berteriak, mencaci-maki, marah-marah dan sebagainya. Kemudian kembali pada ketenangan biasa dan bekerja seperti tidak ada apa-apa.
b.Melancholia

Penderita dilihat muram, sedih dan putus asa. Ia merasa diserang oleh berbagai macam penyakit yang tidak mungkin akan sembuh atau merasa berbuat dosa yang tak mungkin diampuni lagi. Kadang-kadang ia menyakiti dirinya sendiri.


Orang yang diserang penyakit melancholia ringan sering mengeluh nasibnya tidak baik dan merasa tidak ada harapan lagi. Dan bagi penderita melancholia berat menjauhkan dirinya dari masyarakat.




Demikianlah antara lain gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa yang membuktikan betapa besar akibat terganggunya kesehatan mental seseorang, yang akan menghilangkan kebahagiaan dan ketenangan hidupnya.



Sumber Gambar : Google
Sumber : Prof.Dr. Zakiah Daradjat 

Isnin, 9 April 2012

Jam Tawaf HPA


Jam tangan untuk kaum lelaki
Antara motif jam tangan ini:

1. Pusingan arah ke kanan (anti-clockwise)
2. Angka-angka ganjil (Allah SWT menyukai yang ganjil)
3. Boleh digunakan semasa mengambil wudhu’
4. Kalis air sedalam 30 meter
5. Enjin pergerakan jam adalah dari pembuat jam jepun yang bereputasi tinggi
6. Warna jarum saat hijau sempena warna rasmi HPA
7. Logo HPA terdapat di muka hadapan dan di belakang jam
8. Mempunyai 2 jenis/saiz jam untuk lelaki dan wanita (saiz lebih kecil).



Sesuai dengan fitrah dan sunnatullah, jarum jam ini bergerak mengikut arah bumi berputar tidak terkecuali arah putaran tawaf dari kanan ke kiri. Juga terdapat model untuk kaum hawa.


Harga Pasaran RM450 Termasuk kos penghantaran ... Apa tunggu lagi meh sebentuk?!!!

Pesanan boleh dibuat melalui saya atau ke cawangan-cawangan HPA yang berhampiran. Segala informasi berkaitan sila komen di bawah atau emailkan ke --> kopra_c@yahoo.com.my

GILA

Siapa Gila? ... Gila?

Aku? Gila!
Kau? Gila!
Dia? Gila!
Kita? Gila!
Mereka? Gila!

Orang yang kita kata gila...
Sebenarnya tak gila.

Asal nampak macam tak betul
makan tepi tong sampah
tidur tepi jalan
dan kaki lima
dikata gila.

Kerja CEO kat pejabat mewah, tu gila
makan di restoran mewah, tu gila
tidur di hotel kelas atasan, tu gila
mata tak jaga, nampak cantik je nak, tu gila

Kau tu gila!
Kenapa pula?

Terlalu mengikut kehendak nafsu yang tak pernah puas
selalu membazir dengan makanan yang bersisa di pinggan
menempatkan diri berlebih-lebihan tapi yang satu tu juga diguna pakai
dah ada bukannya nak dijaga, kepuasan dara juga mahunya, bukan nak ikut SUNNAH!

Dia tak gila
dia sakit
pergi hospital, pun tak kata dia gila
Sakitnya apa?
Neurosis 
Psikosis 
Kecelaruan Personaliti 
Skizofrenia 
Paranoia 
Manicdepressive 
Melancholia 

Dah tau siapa yang gila?
Aku? Gila!
Kau? Gila!
Kita? Gila!
Mereka? Gila!

Sesiapa pun takkan mengaku gila
Sedarlah diri tu
GILA! GILA! GILA!

Gila aku dibuatnya....

Catatan M.MY

Khamis, 5 April 2012

BUNGA CENGKIH





Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.

Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.
Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan sebanyak 150 - 250mm dan suhu 15° - 38 °C. Tanah yang paling sesuai baginya ialahtanah gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit.

Cara pembiakannya ialah dengan menggunakan biji benih. Biasanya anak-anak benih ditanam 1.5 hingga 2 tahun di ladang dengan jarak 5m. antara pokok. Hasil yang pertama boleh dipungut apabila pokoknya berumur tujuh atau lapan tahun. Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun. Biasanya hasil setiap tahun bagi satu pokok ialah 2.7 kg.


Pokok cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut. 

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok. 

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Cengkih

Di antara khasiat bunga cengkih ialah melegakan kesakitan. Jika sakit gigi, anda disyorkan mengambil lebih kurang 20 kuntum bunga cengkih dan digoreng dengan apa saja jenis minyak sehingga mendidih, apabila sejuk, ambil putik kapas atau apa saja untuk menitikkan/menyapu minyak cengkih tadi ke tempat gigi (lubang) yang sakit. Insya ALLAH kesakitan akan reda atau kalau anda bernasib baik akan hilang terus untuk beberapa bulan.


Bunga cengkih juga baik untuk menguatkan ingatan. Ubat minda FAQEH keluaran Perniagaan Qurba, menggunakan cengkih sebagai antara bahan untuk mencerdaskan minda. Untuk kegunaan sehari-hari anda boleh mengulum sekuntum cengkih seperti gula-gula. Petua ini telah diamalkan oleh ramai ulama’, termasuk Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumbuh, sebagaimana yang dinyatakan kepada saya oleh seorang muridnya.

Dalam kitab perubatan Melayu lama tulisan jawi dinyatakan bahawa cengkih menjadi ubat untuk menguatkan paru-paru. Semasa saya berkunjung ke Parit, Perak (ramai beno rakyat Perak, sampai terpaksa duduk dalam parit, kat dinding pun duduk juge), saya bertemu dengan seorang kakitangan kerajaan yang bercerita bahawa ada seorang tua yang yang selalu menghisap daun rokok dengan bunga cengkih tanpa tembakau. Apabila dibuat pemeriksaan kesihatan didapati bahawa paru-paru tok che kita tu amat sihat, tiada yang sepertinya.

Doktor Muzaffar Ahmad Al Mausiliyy menulis di dalam bukunya: bahawa bunga cengkih dapat menambah nafsu shahwat, iaitu bunga cengkih sebanyak 1 gram dtumbuk halus dan dicampur dalam secawan air dan di minum dua kali seminggu. Al Antaki berkata: cengkih dapat membangkitkan shahwat lebih-lebih lagi jika dicampur dengan susu kambing.

Sabahagian ubat sapu di Malaysia menggunakan bunga ajaib ini untuk melambatkan inzal. Barangkali kerana berfungsi menyebabkan rasa kebas, ia dapat mengurangkan rasa sensitif yang berlebihan. Kalau buat sendiri macam mana? Boleh kot. Minyak cengkih yang buat titik dalam lubang gigi tadi boleh la try sapu kat ‘situ’ pulak. Berkesan barangkali. Selamat mencuba. 


Sumber: http://anakgeriksoleh.blogspot.com/2010/03/khasiat-bunga-cengkih_05.html

Rabu, 4 April 2012

Hijau - Zainal Abidin

HIJAU
klik tajuk lagu untuk dengar


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo



klik sini untuk lirik lagu

Lama tak dengar lagu ni... "Green is IN".... "Save Our Earth"...

Selasa, 3 April 2012

Khas Buatmu Kasih



Indahnya ciptaan
diciptakan untukku melayari bahtera bersama
mencipta laluan pelayaran
walaupun definisi terluah berbeza
namun disambut baik akan satu kata tujuan
kemudi maju terus menuju lautan tanpa sempadan.

Kita diselubungi kekurangan
serba serbi dalam segala aspek 
peyatuanlah melengkapkan di semua sudut.

Badai kekusutan melanda
mengacau, mengocak bahtera dalam pelayaran.

Di sanubari seakan terasa akan tangisan semalam
dinihari segar semula, semuanya hilang begitu sahaja
diri ini bagaikan sakti meleraikan kekusutan yang melanda.

Kasih, cinta dan sayang
ungkapan manis buatmu.

Dariku kepadamu kekasih...