RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 24 September 2012

DOA UNTUK FASIH BERBICARA

Surah at-Toha : 25 ~ 28
Assalamualaikum...

Maaflah jika sebelum atau selepas saya mengirim ke blog ini ada yang terasa hati. Tapi apa yang saya keluarkan itu hanya untuk menyampai dan menasihati diri sendiri dan orang ramai.

Kali ini suka saya bercerita mengenai ayat dalam gambar di atas yang dipetik dari Surah Toha. Ayat di atas selalu kita baca terutama ketika di zaman persekolahan sebelum memulakan kelas. Betulkan? Cuma apa yang nak dijelaskan di sini ialah mengenai rentetan cerita di sebalik turunnya ayat dan surah ini.

Kisah yang pertama adalah dari Umar al-Khattab (x nk letak saidina kerana sebelum beliau memeluk Islam) yang telah menampar dan memukul adik iparnya. Jadi adik beliau yang telah memeluk Islam (antara yang terawal) itu memberikan ayat-ayat dari Surah At-Toha kepada abangnya Umar. Apabila beliau baca ayat ke-14, langsung beliau hendak berjumpa dengan Rasulullah S.A.W untuk memeluk Islam.

Kisah yang kedua pula ialah mengenai Nabi Musa A.S yang mendapat mukjizat daripada Allah iaitu tongkat yang boleh bertukar menjadi ular. Allah telah berfirman dalam ayat ke 17 ~ 28 yang mana pada ketika itu Nabi Musa telah men'trial' tongkat tersebut. Lalu kemudiannya baginda diarahkan untuk menemui Firaun.

Selain tu, ayat ini seterusnya dijadikan doa setiap hari untuk pergi interview dan ini saya petik dari beberapa bloggers yang mengatakan "sesuai untuk anak-anak yang pelat" http://fadzilahmamat.com/parenting-tips/doa-untuk-fasih-berbicara/. Boleh la untuk anak saya yang tak boleh nak sebut huruf 'S' dan anak-anak lain. 

Selamat beramal...

BEZA ISLAM YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Riwayat Muslim)


Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan dalam ibadah puasa ini.

Antaranya ialah:


i. Berbuka Puasa

~ Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa

~ Orang-orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya"

ii. Bersahur

Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

iii. Ikhlas

Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Rabu, 19 September 2012

NIFAK DAN BAHAYANYA PADA ISLAM

"Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak."
Sayidina Umar Al-Khattab 

Nifak dalam Bahasa Arab di ambil dari akar kata (kata dasar) (نفق اليربوع) yang bererti "Lubang Tikus", ini kerana kebiasaannya tikus mudah menampakkan jalan masuk ke lubangnya namun tidak menampakan jalan keluarnya. Maka ia memberi maksud: "Menampakkan dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan) lawannya".

Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan nifak : -


~ Imam Ibn Kathir Rahimahullah :

اِظْهَارُ الْخَيْرِ وَاِسْرَارُ الشَّرِّ
"Melahirkan yang baik dan menyembunyikan (merahsiakan) yang buruk."

~ Ibn Juraij Rahimahullah :

المنافق يخالف قوله فعله وسره علانيته ومدخله مخرجه ومشهده مغيبه
"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan perbuatannya, yang dirahsiakan dengan yang berterang-terangan, yang di dalam (hati)nya dengan luarannya dan yang dipersaksikannya dengan yang disembunyikannya."

~ Ibn Qaiyim rahimahullah :

"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya. Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia. Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat kerosakan".


MENURUT IBN QAIYIM, NIFAK TERBAHAGI DUA

1 - Nifak Akbar
2 - Nifak Asghar

Nifak Akbar

Nifak Akbar (Nifak Besar) atau nifak akidah yang menyebabkan pelakunya jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam neraka. Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka yang paling terbawah (kerak neraka).

Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan).

Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:

1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih (as-Sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sahaja.

2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad 
S.A.W. Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina akhlak Islamiyah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla yang alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.

3. Membenci Rasulullah 
S.A.W sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah S.A.W sebagai seorang sayhwani (gila sex atau kaki perempuan).

4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan kemenangan kuffar atau menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi umat dan Daulah Islamiyah.

5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah 
S.A.W atau menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:

رَاَيْتَ الْمُنَافِقِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْكَ صُدُوْدًا
Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya”.
An-Nisa 4:61

Nifak Asghar

Nifak Asghar "اصغر" (Nifak kecil) atau nifak amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara. Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:

1. Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad 
S.A.W:

وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ
Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar orang pendusta (pembohong)”, 
Al-Munafiqun 63:1

اِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ اِلَى الْفُجُوْرِ ، وَاِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِيْ اِلَىالنَّارِ ، وَلاَ يَزَلُ الرَّجَلَ يَكْذِبُ وَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يَكْتُبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا.

"Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai pendusta".
hadith muttafaqun 'alaihi

2. Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad 
S.A.W:

وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ
"Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya"

3. Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad 
S.A.W dari melakukan pengkhianatan:

وَلاَ تَخِنُ مَنْ خَانَكَ
"Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"

4. Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiyah apabila berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan dengan segala kebohongan dan penipuan. Rasulullah bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقِ اَرْبَعٌ : اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ
"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia berkhianat".

5. Gemar menipu (penipuan) sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad 
S.A.W:

اِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ : هَذِهِ غَدْرَةُ فَلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ
"Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan si Fulan anak si Fulan".
H/R Bukhari (5710) Al-Adab.

sumber : http://rasuldahri.tripod.com/articles/kka1_dua.htm

Selasa, 18 September 2012

CARA DUDUK RASULULLAH S.A.W

1) Duduk Bersila.
cara-muhammad.com
~ Duduk ini dilakukan dengan cara menyilangkan kedua kaki yang berada dalam posisi rebah dan terlipat, sehingga persilangannya ada di antara kedua betis. 
~ Rasulullah SAW pernah duduk bersila dari setelah selesai sholat subuh, hingga terbit matahari;

2) Duduk Qurfasha.
cara-muhammad.com
~ Duduk ini dilakukan dengan cara melipat lutut dan menegakkannya sehingga kedua telapak kaki menjejak lantai.
~ Kemudian kedua tangan merangkul kedua lutut tersebut. Namun, cara duduk seperti ini dilarang Rasulullah SAW dilakukan ketika mendengarkan khutbah Jum’at (sanad hadistnya Hasan).

3) Duduk Bertinggung.
cara-muhammad.com
~ Duduk ini dilakukan seperti berjongkok dengan seluruh telapak kaki menjejak lantai, bahagian punggung(maaf) tidak menyentuh lantai.
~ Rasulullah SAW pernah duduk bertinggung ketika sedang makan kurma.

4) Duduk Iftirasy.
oediku.wordpress.com
~ Duduk ini sama dengan duduk antara dua sujud mahupun sujud ketika tahiyatul awal dalam sholat.

5) Duduk Tawarruk.


anaktokimam.blogspot.com
~ Duduk ini sama dengan duduk ketika tahiyatul akhir dalam sholat.

Dalam banyak-banyak jenis duduk ni, ada 2 jenis duduk yang agak-agak berlainan dengan yang Rasulullah S.A.W ajar pada kita.

1 - Duduk Berlunjur


brainy-faida.blogspot.com

~ Duduk semacam ini boleh dilakukan bila berseorangan sambil menonton tv atau merehatkan badan. Cuma yang menjadi masalah ialah bila ada keramaian atau majlis dan tempat tertentu yang menjadi laluan utama adalah dilarang.

.: Pernah sekali saya ditegur oleh ustaz, ketika tu umur saya dalam lingkungan 10 tahun yang mana saya menghadirkan diri pada majlis khatam al-Quran di kampung. Mungkin dah lama sangat berada dalam surau yang penuh dengan pendengar bacaan, para pengkhatam dan orang kampung yang datang. Hampir penuh jugalah surau tersebut. Jadi saya pun melunjurkan kaki kononnya legalah kelenguhan bersila. Tak sampai seminit, ustaz dari sekolah saya yang tengah bagi ceramah buat contoh yang saya berlunjur kaki di khalayak ramai. Apa lagi depan Tok Guru. Langsung kene jeling dengan beliau. Malunya....

2 - Duduk Cacang / Cace

~ Duduk semacam ini memang pelik. Rasanya duduk yang macam ini jarang dan tak pernah dibuat orang. Hanya sekitar negeri Terengganu dan Kelantan sahaja yang biasa kita dengar. Ia hanya diluahkan dengan kata-kata sahaja dan bukan dari segi perbuatan.

.: Cacang atau Cace bermaksud "berdiri".

Rabu, 12 September 2012

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN

1 - Mengelakkan suami / isteri / anak bergaduh.


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

2 - Anak - anak pandai dalam pelajaran


Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

3 - Anak -  anak lembut hati  dan elakkan panas baran


Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

4- Anak -  anak rajin menuntut ilmu


To... Ha...


 Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan


 Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah


(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.


Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

5 - Supaya suami tak kawin lain


"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

6 - Ayat pendinding


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

7 - Supaya anak - anak tak keluar malam


Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -

8 - Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al-Baqaroh dibaca dan ditiup pada air, kemudian spray keliling rumah

Selasa, 11 September 2012

BURUJ ORION, PENUNJUK ARAH KIBLAT

Surah An-Nahl : 16


Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.

Tahukah anda,buruj Orion merupakan 3 bintang di langit yang akan anda melihatnya setiap hari di waktu malam walaupun di mana anda berada di planet bumi ini, buruj orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah bangunan Kaabah.

Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (d Orionis), al-Nilam (e Orionis) dan al-Nitak (Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat.

Buruj Orion akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat.

Selain daripada buruj Orion (Belantik), arah kiblat juga boleh ditentukan dari arah utara dan selatan yang ditunjukkan oleh beberapa buruj bintang. Setelah diketahui kedudukan utara, maka arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan sudut di antara arah utara dengan arah kiblat. Untuk mengetahui arah kiblat dari mana-mana tempat di Malaysia, pembukalah sudut sebesar 68° ke kiri, iaitu arah kiblat yang dikehendaki. Selain dari bintang kutub, anda juga boleh menggunakan arah selatan yang ditunjukkan oleh buruj Pari.

Fenomena Istiwa Matahari dengan Kaabah

Arah kiblat yang tepat diperoleh apabila berlaku peristiwa istiwa matahari atas Kaabah. Istiwa adalah fenomena apabila matahari berada tepat di titik zenit sesuatu tempat ketika pelintasannya di meridian tempat berkenaan. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Fenomena ini hanya berlaku bagi negeri-negeri yang latitudnya kurang dan nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan 0° pada 21 Mac setiap tahun, ketika ini pelintasan matahari di meridian bagi negeri-negeri yang terletak di garisan khatulistiwa, berlaku tepat di kedudukan zenit.

Berdasarkan keadaan yang sama, matahari juga akan mengalami istiwa dengan Kaabah, ketika sudut istiwa matahari sama dengan latitud Kaabah. Ketika ini, bayang objek tegak di seluruh dunia akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat.

Menurut hisab, istiwa matahari di alas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang. Berdasarkan fenomena ini umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menentukan arah kiblat dari tempat masing-masing pada masa tersebut. Oleh kerana peristiwa ini berlaku waktu petang di Malaysia, maka bayang objek yang panjang ketika ini memudahkan penentuan arah kiblat dilakukan. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan tadi, penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan panduan berikut:

Pilih tempat yang tidak terlindung dan cahaya matahari. Pacakkan satu tiang di semak arah kiblatnya. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemaknya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang berkenaan.

Tepat pada masanya (jam 5.16 petang pada 28 Mei atau 5.28 petang pada 16 Julai), bayang yang ditunjukkan tiang tegak, bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Arah kiblat ialah arah yang bertentangan iaitu menghadap ke barat. Selain dari tiang yang anda pacakkan, semakan boleh juga dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak.

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari: http://mohdkhidir.blogspot.com/2011/03/arah-kiblat.html

artikel lain yang berkaitan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kiblat

Isnin, 10 September 2012

SEEKOR IKAN BERNAMA AMBAR

Kisah ini berlaku ketika Nabi Muhamad SAW mengarahkan angkatan tentera seramai 300 orang untuk bersedia menghadapi musuh di sebuah kawasan berdekatan pantai. Angkatan tentera itu diketuai oleh Abu Ubaidah.

Sebelum berangkat, Nabi Muhamad SAW telah meninggalkan sekarung buah tamar buat bekalan makanan anggota tentera tersebut. Namun, belum genap lima belas hari, makanan yang mereka dapat itu telah kehabisan. Mereka terpaksa mencari jalan lain bagaimana untuk mengelak dari kelaparan dan kebuluran sedangkan mereka amat memerlukan tenaga sebagai persediaan menghadapi musuh kelak.

Ketika itu, Qais ra telah membeli tiga ekor unta daripada orang-orangnya sendiri untuk dijadikan hidangan tentera mereka setiap hari. Mereka tidak lagi kebuluran tetapi ini bermakna alat pengangkutan mereka akan berkurangan hari demi hari. Memikirkan akibat itu, Abu Ubaidah telah mengarahkan supaya penyembelihan unta diberhentikan dengan serta merta.

“Wahai sahabatku sekalian, kumpulkan semua buah tamar yang ada pada kalian. Kita perlu menjimatkan makanan kita untuk hidup,” ujar Abu Ubaidah.

Para sahabatnya yang lain tanpa berlengah mengumpulkan tamar yang tinggal di dalam satu bekas. Kemudiannya buah tamar ini dicatukan kepada sebiji untuk seorang. Bagaimana mereka dapat hidup hanya dengan sebiji buah tamar?

Walaupun cuba berdikit-dikit dengan makanan yang ada, akhirnya tamar sebiji seorang itu pun habis. Mereka sudah hampir kebuluran. Demi menyambung nyawa, mereka terpaksa memakan daun-daun kayu. Untuk mengurangkan rasa kasar dan keras daun kayu itu, mereka menyiramnya dengan air terlebih dahulu sebelum dimakan.

Allah Yang Maha Mengasihani merasa belas melihat hamba-hambanya yang sedang menderita. Apatah lagi, mereka itu sedang berjihad ke jalan-Nya. Ditakdirkan, seekor ikan yang amat besar telah terdampar di tepi pantai. Ikan besar itu bernama ‘Ambar’. Seumur hidup mereka, tidak pernah melihat ikan itu dan terdetik rasa hairan di hati masing-masing, dari mana datangnya ikan sebesar itu.

Mulai detik itu, ‘Ambar’ dijadikan hidangan dan makanan mereka selama lapan belas hari. Tiada lagi kelaparan malahan ikan itu seolah-olah tidak luak dan cukup pula untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan mereka pulang ke Madinah.

Setibanya di Madinah, cerita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda berkata,

“Ikan itu adalah bekalan yang dikurniakan Allah untuk kamu semua. Ingatlah,penderitaan yang paling pahit disediakan kepada para nabi, kemudian kepada orang yang kedudukannya rendah sedikit daripada nabi dan kemudian kepada mereka yang paling baik di kalangan kaum Muslimin lainnya."


Sumber : http://pendidikan.dunyahalal.com/index.php?id=573&mnu=573