RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 30 Mei 2012

Al-Kisah Musuh Ketat Negara 1


D
ayak memang terkenal di kalangan rakan-rakan ini. Tak sesukar mana bagi Dayak mendapatkan bekalan untuk kawasannya. Sudah dikenali oleh tokan-tokan ganja sekitar Pusat Bandaraya ini. Kalau Sentul putus, Setapak ada. Setapak habis, Chow Kit ada. Terdesak sangat, kaki lima pun jadilah. Di kaki lima sekitar Pusat Bandaraya ini bersepah taik-taik dadah yang membekalkan daun ganja secara kecil-kecilan. 


Kelebihan Dayak adalah dia tidak berniaga seperti tokan-tokan kaki lima. Tokan kaki lima ini cepat panas. Lebih mudah pihak berkuasa mengesan kegiatan mereka. Dayak hanya akan menjual kecil-kecilan kepada teman rapatnya sahaja yang tahu di mana tersimpannya bekalan paket-paket ganja milik Dayak. Ini kerana Dayak tidak menyimpan di tangan. Ianya dibungkus didalam plastik besar  dengan sengaja di tutup dengan daun-daun kering disimpan dalam pasu bunga di depan rumah Dayak. Kawasan depan rumah Dayak redup dan terlindung dari pandangan orang ramai. terdapat satu pangkin di situ di kelilingi oleh pasu-pasu bunga dan pokok bunga kertas yang tumbuh merimbun.

Amri sedang merayau-rayau sekitar taman perumahannya. 'Mencari teman, bukannya mudah, kalau tak tahu cara bertanya, kau, akan tenggelam....' lagu Alleycats. Nyanyi Amri dalam hati ketika menunggang motosikal. Sengaja dia tak gunakan telefon bimbit kerana Kurang lebih 10 meter di depan dia dapat melihat sesusuk tubuh yang baru keluar dari kedai runcit. Langsung Amri menerjah ke arah tubuh tadi dan membrek motosikalnya hingga mengeluarkan bunyi yang boleh mengejutkan sesiapa yang mendengar. 

Kaget Dayak melihat gelagat kawannya. Rasa nak tampar-tampar je muka kawannya itu. Tapi melihatkan keadaan orang ramai, terbantut niatnya.

Amri           :Dayak, aku nak angkat 10.
Dayak        :Kau nak kecik ke besar?
Amri           :Besar.
Dayak        :Banyak duit kau?
Amri           :Orang kirim.
Dayak        :Nanti aku bagi. Jumpa tempat biasa. Motor kau hala jalan keluar. 
Amri           :OK. Enjin nak matikan ker?
Dayak        :Suka hati kau lah.

Amri terus berlalu menuju ke tempat yang dijanjikan. Apabila sampai, motosikalnya diparkir atas rumput tepi jalan. Kemudian dia mengubah kedudukan motosikalnya ke arah jalan besar dan mematikan enjin. Tapi dia masih tertanya-tanya kenapa mesti menghalakan motosikalnya ke arah jalan keluar? Walaupun enjin dimatikan tetapi kedudukan gearnya pada 1 supaya senang. Dengan suis tangan gear berapa pun boleh hidup. Yang paling penting start terus jalan.

Sementara itu, Dayak bergegas menuju ke port simpanan ganjanya. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan. Ada permintaan dari kawasan setempat yang perlu didahulukan. Rakannya di Sentul sudah kehabisan stok dan ditempah suku ‘K’ untuk bekalan sementara. Amri pula nak seratus. Dia perlu bekerja keras kerana untuk memotong ganja mampat memerlukan kederat yang kuat juga.

Hampir setengah jam juga Dayak memotong ganja mampat kepada ketulan-ketulan kecil. Dah la berpeluh, bertekak pula dengan Amri yang lama menunggu tepi tiang jejantas. Duduk tersandar seketika kerana penat menekan pisau yang menyebabkan hampir luka tangannya. Dia merasakan perlu menukar tempat simpanannya kerana suasana di situ tidak berangin. Memang sengaja dibiarkan begitu kerana jika berangin, mudah orang mengesan bau ganja yang macam durian. Sekilas Dayak mencapai ketulan-ketulan tadi dan dibungkus ke dalam plastik yang disiap khas serta diseal kemas supaya tidak ada lubang angin yang boleh memasuki plastik itu.

Ketika Amri bersedia untuk menelefon buat kali kedua, tiba-tiba muncul pula rakannya Mail. Tempat Amri menunggu itu merupakan jalan pintas keluar masuk untuk motosikal. Mail baru sahaja menyeberangi jalan besar. Dia juga tinggal di taman perumahan seberang jalan bersama beberapa rakan yang lain.

Mail           : Apa kau buat kat sini?
Amri           : Aku tunggu kawan.
Mail           : Kawan ke Ibu?
Maksud Ibu ialah simbolik kepada kekasih.
Amri           : Kawan. Kau pun kenal.
Mail           : Ni mesti hal penting. Lama dah kau tunggu?
Amri           : Ada la setengah jam.
Mail           : Setengah jam kalu mesti sut ni....

Tak sempat Mail habiskan kata Dayak muncul dengan motosikalnya. Bergegas je gayanya menunggang motosikal dan berhenti di tepi kawan-kawannya dengan sengaja tidak mematikan enjin motosikalnya.

Amri           : Nah duit, seratus.

Tanpa sebarang kata Dayak terus mencampakkan ketulan ganja ke dalam bakul motosikal Mail. Kemudian dia terus berlalu menuju jalan besar menghala ke Sentul. 

Segala perbuatan mereka bertiga tadi telah diperhatikan oleh sepasang mata yang berada di seberang jalan. Mat Din sedang menungggu bas. Sejak dari Amri tiba di situ dia sudah dapat mengagak ada deal di situ. Bukan sekali dua dia nampak. Malah dia pun pernah melakukan perkara yang sama. Lantas dia menaiki tangga jejantas sejurus Dayak memecut laju motosikalnya.

Mail           : Sedapnya bau.
Amri           : Barang fresh. Segar dari ladang.
Mail            : Jom try?
Amri           : Ini orang punya la.
Mail            : Memang orang punya, takkan kambing kot?
Amri           : Orang pesan kat aku. aku tukang runner jer.
Mail            : Macam tak biasa pulak kau ni. Pau la sikit.
Amri           : Aku tak berani la.
Mail            : Kau takut, bagi aku buat. Dayak Selalu bagi lebih kat budak-budak kita.
Amri           : Mana kau tahu?
Mail            : Tahu la. Aku dengan Dayak dari kecik kamceng.

Terdiam Amri seketika. Memang Dayak antara yang dikenali ramai laksana tokoh politik bila berbicara. Mail pula memang pandai memujuk. Kisah mereka berdua dari zaman persekolahan selalu diceritakan.

Amri           : Kau nak kerat dengan apa?
Mail            : Aku ada pisau kecik. Memang stand-by dalam poshbag.
Amri           : SP kau ada?
Mail            : Jangan risau la. Kali kita lepak kat port baik punya.
Tiba-tiba Mat Din pula muncul.

Mat Din      : Woi...!!!

Bukan kepalang terkejut mereka berdua. 

Mat Din      : Kau orang ni buat kerja tu tengok-tengok la keliling. Nasib baik aku je nampak.
Mail            : Alamak....
Amri           : Kenapa?
Mail            : Sut kau jatuh.
Amri           : Ambil la. Bukan luak pun.

Mail pun mengambil ketulan ganja tersebut seraya memaki Mat Din.

Mail            : Lain kali bagi la salam dulu. Main sergaaah je! 
Mat Din      : OK-OK. Sori-sori.
Amri           : Tu je yang kau tau. Kau ni apa hal?
Mat Din      : Aku nak mintak tolong kau orang hantar aku pergi kerja. Aku shift malam.

Amri tersenyum.


Amri           : Kau masuk kerja pukul berapa?
Mat Din      : Pukul 8 malam.
Amri           : Mmm. Cantik. Kau ambil motosikal aku cari SP pas tu datang port.
Mat Din      : OK bos.

Mat Din pun terus meluncur laju dengan motosikal Amri.

Mail            : Jom projek.
Amri           : Jom. Aku bawak moto kau.

Bersambung la pulak......

Selasa, 29 Mei 2012

KESELAMATAN... SIAPA YANG SELAMAT? (REVERSE TO 17 CEDERA DALAM KEMALANGAN ACARA LUMBA DRAG)

Tika ini ramai orang memperkatakan perihal kereta buat aksi drag merempuh penonton. Apa yang berlaku minggu lepas adalah pengajaran buat semua umat di Malaysia. Ini kerana perlumbaan Drag ini sebenarnya belum lagi dicommercialkan lagi. Masih di peringkat underground dari segi penganjurannya. 


Banyak lokasi-lokasi yang telah diadakan drag race ini tak kira motosikal atau pun kereta namun belum wujud lagi litar yang khas dibina untuk mengommecialkan sukan ini. Bila nak dicommercialkan, inilah jadinya akibat daripada kekurangan pengalaman dan kaji selidik sebelum buat sesuatu acara.


Yang nak diutarakan di sini adalah mengenai keselamatan. Saya sangat berminat dengan perkataan ini (KESELAMATAN) kerana aspek ini bukan pada skop tertentu sahaja. Saya harap apa yang dijelaskan nanti jangan dikaitkan dengan politik. Kerana ini hanya pendapat saya atas faktor keselamatan. 
G1. Penonton berpaut pada penghadang besi 


Kejadian yang berlaku di Putrajaya baru-baru ini sungguh memeranjatkan semua pihak yang mana ada beberapa pihak menuding jari dan ada pihak nak melepaskan diri. Venue yang digunapakai untuk litar drag ini sebenarnya adalah sangat-sangat tidak sesuai kerana  pengabaian faktor keselamatan. Antaranya tiada dinding atau batu penghadang yang tebal, jarak penonton yang dekat dengan litar malah ada yang berada betul betul atas penghadang jalan, dan beberapa faktor keselamatan yang lain (Rujuk Youtube pun boleh).


Paling ketara adalah penonton yang begitu hampir dengan litar. (Lihat gambar) Hanya penghadang besi yang digunakan untuk menghalang kemasukan penonton. Tetapi penganjur tidak melihat penonton yang berada di seberang sana kerana menyangka pokok yang ditanam pada penghadang tengah jalan adalah memadai. Ia adalah memadai untuk kenderaan yang memecut mungkin 60km/j ke bawah? 


G2. Penonton dijarakkan
Berbeza dengan penganjuran yang diadakan di luar negara yang mana faktor keselamatan dititik beratkan. Semua aspek pelumba, penonton dan penganjur juga di jaga keselamatan mereka. Memang perlumbaan (bermotor) apa-apa pun haram pada asalnya. Untuk menghalalkan cara (walaupun bukan 100%) faktor keselamatan jangan diabaikan. 


G3. Keselamatan penganjur dan pelumba tidak diabaikan dengan adanya dinding batu (kanan) dan penghadang tengah.

G4. Penganjur hanya meletakkan kon Polis sebagai penghalang kepada  2 lane dan keselamatan diabaikan
Jadi apa yang telah berlaku adalah satu kejadian yang memang seakan-akan perlumbaan haram (maaflah kalau ada yang tersinggung) kerana faktor keselamatan hanya pada kon dan pagar besi sahaja. Penganjur juga hanya melihat perlumbaan haram yang ada di Malaysia sebagai rujukan untuk mengadakan drag racing ini. Jika anda tidak percaya dengan apa yang saya tulis ini, lihatlah sendiri lumba-lumba haram yang ada kat negara kita. Memang sama, cuma bezanya ada kon dengan pagar besi tempat penonton berpaut tu.


Maka untuk menyelamatkan diri Menteri Datuk Shaberi Chik buat kenyataan akhbar Lumba 'drag' di litar elak kemalangan, kata menteri
  • Bernama
  • 6:01PM Mei 27 2012

Video kemalangan. klik pada link di bawah:- 

Keluarga mangsa pula? Akibat dari perancangan yang tidak rapi inilah jadinya. Harap di masa mendatang pihak-pihak yang ingin menganjur apa-apa acara buat kaji selidik yang mendalam dan bukan jadi bidan terjun untuk mengaut keuntungan semata-mata (PASTIKAN RUJUKAN BUKAN SEKADAR YOUTUBE).

SEKIAN

Rabu, 23 Mei 2012

NABI HUD A.S





Aad adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama Al-Ahqaf terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka. dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Tuhan itu hidup mereka menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris a.s. dan Nabi Nuh a.s.sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari. Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Karenanya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya. Sifat-sifat sombong, bongkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu yang bermaharajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.

Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah Sukunya

Sudah menjadi sunnah Allah sejak diturunkannya Adam ke bumi bahawa dari semasa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman tauhid dan aqidah yang sesuai dengan fitrah.

Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sangat bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulakan dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allah-lah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang mengalir serta tumbuh-tumbuhan yang tegak dan kuat. Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.

Diterangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh Allah yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mengambilnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mereka menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kebongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.

Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.

Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud:"Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan membawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya.

"Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat melihat dam merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaannya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya.Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada KeEsaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang pasif tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."

"Wahai Hud!" jawab kaumnya,"Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku bahwa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan. Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada kami, engkau tidak lebih tidak kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar atau mungkin engkau berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek hina dan cemuhkan."

"Wahai kaumku!" jawab Nabi Hud, "aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahwa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku. Aku adalah benar pesuruh Allah yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu karena Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah Tuhan seru sekalian alam Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuh tumbuhan bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat. Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu di dunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."

Kaum Aad menjawab: "Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahwa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahwa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu karena bayangan azab dan seksa yang engkau bayang-bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."

"Baiklah!", jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah menjadi saksiku bahwa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya."

Pembalasan Allah Atas Kaum Aad

Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat.Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah dengan meninggalkan persembahan mereka yang batil kemudian bertaubat dan memohon ampun kepada Allah agar segera hujan turun kembali dengan lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.

Tentangan mereka terhadap janji Allah yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, karena dikiranya bahwa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awan rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta.

Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merusakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini hilir mudik mencari perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.

Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah Al-Ahqaf sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.

Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Hud diceritakan dalam 68 ayat dari 10 surah yang di antaranya adalah Surah Hud, ayat 50 hingga 60, Surah Al-Mukminun ayat 31 sehingga ayat 41 , Surah Al-Ahqaaf ayat 21 sehingga ayat 26 dan Surah Al-Haaqqah ayat 6 ,7 dan 8.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S

Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.

Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."

Dalam berdialog dengan kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetok hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Hud_a.s.

Khamis, 17 Mei 2012

SUSU BIOLAC



Kategori : Minuman bayi
Isi : 500 gram
Tempoh penggunaan : 1 minggu.
Kesesuaian : Bayi dan kanak-kanak.
Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi khas garam tisu Biokimia yang diformulasikan oleh Prof. Dr. Azizan Ismail.

Keistimewaan tambahan garam tisu biokimia:
1 Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
2 Kecergasan dan kecerdasan.
3 Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
4 Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi.
5 Membuang bahan toksid dalam badan.
6 Membaiki penghadaman, percernaan dan perkumuhan.
7 Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
Cara makan : Dibancuh dengan air panas.
Cara menyediakan :

Masukkan 3 sudu yang disediakan (30 gm) BIO-LAC ke dalam bekas. Campurkan 200 ml air masak suam. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.
Cara simpan : Tutup ketat, simpan di tempat sejuk dan kering.

P/s:- Alhamdulillah selepas anak saya minum susu ini, kulitnya yang gatal-gatal (exema) dah surut. Sebelum ini anak saya minum susu lactogen, enfagrow dan macam-macam sehingga ke susu soya pun masih tak ada perubahan. Ini antara yang terbaik antara susu tepung yang ada di pasaran dan ada kelulusan KKM.

Rabu, 16 Mei 2012

KEHEBATAN DAN KEBIJASANAAN YAHUDI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan. Sebenarnya Rasulullah tidak menggalakkan permakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Rasulullah? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak sebab hati merupakan organ pengumpulan dan peneuralan semua toksin dalam badan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut dan jadi bengaplah otak umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Rasulullah selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK bangsa Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterolnya, namun kambing juga adalah makanan Rasulullah. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Rasullah. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ini juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (USA merupakan pengeluar soya terbesar). Sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam kacang soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Kacang soya juga mengandungi phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. 

p/s:- Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially atau pasar malam).


http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-170963.html
http://depalma-sp.blogspot.com/2011/08/betul-ke-kacang-soya-bahaya.html



Isnin, 14 Mei 2012

Al-Kisah Musuh Ketat Negara


Setiap hari kaki terus melangkah. Kata orang kaki ini yang akan berkata-kata di akhirat nanti. Baik tempat langkahnya, baiklah kata-katanya. Buruk tempat langkahnya, buruklah kata-katanya. Masa beredar tanpa henti dan langkahku terhenti di warung ini lagi.

Melihat teman-teman sepermainan bergelak tawa "ha ha ha ha". Aku tumpang senyum sekali. 'Mesti baru lepas', gumam dalam hatiku. Aku pun menghimpit ke tempat duduk mereka. "Woi Mail, kau ni tak reti bagi salam ke? Sampai-sampai terus duduk. Hormatlah sikit kawan", sergah seorang teman. 'Aku malas nak ambil pot. Kau orang pun bukan baik sangat pun', gumamku lagi. Aku diam membisu.

Amri berbisik, "kau pergi beli SP, lepas tu tunggu depan rumah aku". Aku angguk dan terus berlalu meninggalkan mereka. Aku hidupkan motosikal dan terus berlalu. Banyak mata dan mata-mata memerhatikan lagakku yang memecut laju. Seketika penuh asap berkelung-kelung memenuhi ruang dan jalan-jalan yang aku lalui. Bangga rasanya jadi perhatian.

"Bang, bagi rokok daun dengan tembakau," pintaku. Selepas diunjukkan kepada ku, "berapa?". "Seringgit dua puluh sen", sekilas memandang pada ku.'Dari jelingannya sudah ku paham ertinya. Para peniaga bukan tak tahu akan kegunaannya, cuma buat-buat tak tahu. Lagi budak muda yang membelinya,'getus mail dalam hati.

Mail meneruskan langkah keriangan kerana tak perlu bersusah payah mengeluarkan wang lebih untuk berkhayal hari itu. Sesampainya dia, "kau pergi kutip kat kat kebun ke?" Tanya Amri. Tak sempat nak matikan enjin motosikal lantas Mail menjawab, "aku beli kat kedai seberang". "Tak ada kedai lagi jauh ke?" Tanya pula Karim.

Sangka Mail mereka berdua sahaja rupanya Amri mengajak tiga orang lain Shah dan Ajak termasuk Karim sekali lepak. "Kedai Aceh tu tak clear la, line panas. Aku takut nak ke sana," jelas Mail. "Dah, cukup. Kau orang ni kalau sehari tak bertekak macam tak cukup sifat," berang si Ajak. "Mai sini SP," pintanya lagi. Mail pun menghulurkan SP kepada Ajak dan terus duduk di sebelahnya.

"Nanti kau tengok Shah," tegas Ajak. "Kenapa?" Tanya Mail sambil melihat rakan yang disebutksan tadi. "Tak stim lagi tu. Banyak mulut. Stim kalu, melayut je matanya. Dah tu mulut pun terkunci, kepala pun melayang," balas Ajak sambil tersenyum. 

Di tangan Karim, Amri dan Shah masing-masing sibuk menenyeh daun ganja dan disalut pula dengan tembakau. Memang ralik menenyeh daun ganja. Mata asyik tertumpu di tangan takut-takut tertumpah ke tanah. Rugi kata mereka. Tabiat. Mail dan Ajak sibuk mengembangkan rokok daun. Mata mereka pula yang melilau memerhati keadaan jika ada orang lain yang lalu untuk cover line.

"Karim, lighter please," pinta Amri. "Wah! Skiping nampak," tempelak Karim sambil menghulurkan pemetik api. Perkataan Speaking diterbalikkan sebutan pada P dan K. Amri tersengih lalu dibakarnya balutan ganja yang telah siap. Hsip...... Amri menyedut asap ganja panjang-panjang dan disoroti beberapa mata menunggu giliran. Begitulah ragam penagih-penagih ganja.

"Meh la aku punya turn", tiba-tiba satu suara mencelah tanpa mereka sedari. "Ooo... Ini kerja kau orang. Kawan-kawan lain lepak kat kedai, kau orang dok sini", tegas suara itu lagi. Muncul pula empat orang lagi dan menjadikan mereka semua sepuluh orang semuanya. Suasana mula riuh rendah. Amri tidak senang duduk menghadapi keadaan tersebut.


BERSAMBUNG....

NABI ZAKARIA A.S


Nabi Zakaria a.s., ayah kepada Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. 


Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. 



Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.


Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. 


"Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai", dengan suara yang lemah lembut dia berdoa.
"Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi", firman Allah yang memperkenankan permohonan Zakaria.

"Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia", Zakaria berkata.

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"

 Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri ku telah mengandung."

Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."