RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 27 Jun 2012

CERITA SALAM (KISAH 2)



Suatu pagi yang damai, ketika kami semua pekerja sedang bekerja, tiba-tiba bos masuk ke bilik production untuk membuat pengumuman mengenai pelawat (auditor) yang akan hadir. Selepas taklimat kami berbincang untuk membuat persiapan. Di dalam bilik production kami terdapat lebih kurang 20 orang yang bekerja pada satu-satu masa.

Jadi tak ada masalah untuk menggantikan pekerja seketika jika mereka ingin menunaikan solat atau ke tandas. Jarak antara surau dan tandas dengan bilik production agak jauh. Ini menyebabkan kerja-kerja manjadi tertangguh. Atas sebab itulah kami hanya membenarkan seorang sahaja staf keluar untuk sesuatu masa.

Pelawat tersebut akan datang selepas rehat tengah hari lebih kurang jam 2.30 petang. Line leader kami juga telah memantau semua kelengkapan, SOP, dan rekod-rekod supaya kecuaian tidak berlaku. Semua mengikut arahan supervisor berpandukan SOP. Masing-masing makin bersemangat melaksanakan tugas yang diberikan.

Setelah jam meniti ke 2.30 petang, kelibat mereka belum juga muncul. Kemudian staf-staf ini masih menunggu sehingga hampir jam 3.15 petang. Supervisor tak tahan lagi untuk menunaikan hajat kecil. Lalu dia pun segera ke tandas. Kebetulan pula tika itu air paip terputus bekalan, maka tak basuhlah tangannya dan dia ingin ke tandas yang lain.

Ketika melewati depan pintu bilik productionnya dia ternampak pelawat sudah berada di dalam. (Untuk pergi ke tandas lain perlu menempuh bilik production kerana ia berada di tingkat bawah). Berbelah bagi hati si supervisor ini kerana dia belum cuci tangan lagi. Tapi dalam hatinya berkata 'Sekadar pegang mesin dan buat kerja, bukan nak makan pun. Nak makan nanti aku cucilah tangan'.

Baru dia menutup pintu dan tak sempat melangkah, pengurusnya memperkenalkan supevisor tersebut kepada pelawat. Lantas pelawat itu menghulurkan tangannya untuk berjabat salam. Terpinga-pinga sejenak, lalun dia pun berjabat salam dengan pelawat tersebut. Rasa bersalah pula dia kerana tangannya kotor memegang kemaluan dan tidak dibasuh. Bukan niat nak mendajalkan orang. Memang tidak disengajakan kerana dia perlu berada di sana kerana dia adalah ketua dalam bilik itu...

Jumaat, 22 Jun 2012

CERITA SALAM (KISAH 1)


Aminah merupakan seorang yang taat beragama, boleh dikatakan mujahidah sejati juga walaupun terkadang tak lari dari melakukan kesilapan. Nama pun manusia. Beliau bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota.

Suatu hari beliau mendapat satu jemputan untuk meraikan hari lahir bosnya yang diadakan di sebuah kelab. Dalam masa yang juga beliau perlu menghadirkan diri untuk menyambut kedatangan seorang pak menteri atas tujuan menandatangani perjanjian usahasama dengan sebuah syarikat luar negara.

Jadinya beraturlah akan Aminah bersama teman-teman sepejabat untuk menyambut kedatangan pak menteri ini. Dalam hati beliau rasa serba tak kena kerana beliau bukan pernah menyambut kedatangan pak menteri. Lalu beliau menyorok sedikit di belakang penyelianya seakan buat-buat tak berapa nampak kelibatnya.

Namun apakan daya, kudratnya selemah-lemah iman manusia biasa. Pak menteri tu Nampak dan terus menghulurkan tangan untuk bersalam walaupun dalam hati terasa berat, dihulurkan jua tangannya. Bersalah bukan kepalang beliau rasakan.

Persoalannya:

1- Apakah Aminah yang bersalah?

2- Atau pun pak menteri tu memang gatal suka pegang tangan perempuan?

3- Apakah tiada kesedaran dalam diri akan hal-hal agama?

Inilah kesannya bila nilai-nilai agama disempadankan…

Khamis, 21 Jun 2012

ORGAN BADAN MEMERLUKAN AIR

A

ir merupakan keperluan untuk kehidupan seharian, Ia meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita yang mana hampir menyamai dengan bentuk muka bumi. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman. Amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, penyakit buah pinggang dan jangkitan kuman pada air kencing. Tanpa air, tubuh manusia tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana air juga merupakan satu elemen penyejuk dan pelincir kepada setiap anggota tubuh badan kita. Untuk itu perlu kita mengetahui kepentingannya pada tubuh kita, lihat di bawah :

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi diri lebih baik. Jika kandungan air dalam tubuh mencukupi, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat. 

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf akan menyusut seketika. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah.

2. Mulut

Bibir akan lebih basah dan aroma yang keluar dari mulut juga kurang berbau. Mulut yang  kekeringan akan menyebabkan bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung



Kekurangan air boleh menyebabkan penurunan isipadu darah dalam badan kerana ia menjadi pekat. Ini menyebabkan jantung bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel mencukupi untuk sesuatu akitiviti. Selain itu oksigen dalam badan juga bertambah kesan dari sifat-sifat yang ada pada air secara semulajadi.

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan. Bila kita kekurangan air, haba dalam semakin meningkat. 

5. Otot


Bila air mencukupi dalam tubuh, sel-sel akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot-otot berfungsi dengan baik. Ia juga penting untuk mengerakan sendi.

6. Kulit

Kulit merupakan organ terbesar. Ia menjadi kering apabila kekurangan air. Keadaan ini menampakkan kulit kita seperti mahu merekah jika dilihat dari dekat. Berbeza sekiranya kandungan air mencukupi yang mana kulit akan nampak segar.

7. Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak.
AMALAN-AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN
1- Setengah jam sebelum makan

2- Setengah jam selepas makan 

3- Sebelum Mandi

4- Sebelum tidur

5- Bangun dari tidur

(Sebaik-baiknya minumlah segelas air kosong dulu).


Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari.  

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Memang keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice. 


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

~SELAMAT BERAMAL~

Selasa, 19 Jun 2012

ASMA-UL-HUSNA : FADHILAT SERTA KHASIATNYA

http://aminsuziana.blogspot.com/2005/01/asma-ul-husna-makna-dan-kegunaannya.html

Klik sini untuk dengar

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)
"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

Adapun ASMA-UL-HUSNA adalah merupakan nama-nama Allah s.w.t. yang terkandung didalam Al-Quran dimana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing seperti kita akan ketahui dibawah ini:

1-ALLAH --> Tuhan Sekalian Alam

KHASIATNYA: Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali setiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya. Jika dibaca 66 kali hingga 66 hari selepas solat fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar serta mendapat kebaikan yang banyak.

2-AR RAHMAAN --> Maha Pemurah

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mebacanya setiap kali selesai solat fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

3-AR RAHIIM --> Maha Penyayang

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

4-AL MALIK --> Maha Memerintah

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya setiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

5-AL QUDDUUS --> Maha Suci

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada setiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

6-AS SALAAM -->  Maha Sejahtera

KHASIATNYA: Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang dapat didengar oleh orang yang sakit dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.


7-AL MU'MIN --> Maha Mengimamkan hambaNya

KHASIATNYA: Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

8-AL MUHAIMIN --> Maha Pemelihara

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya serta tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

9-AL'AZIIZ --> Maha Gagah

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali setiap hari selama 40 hari dan lebih baik dibaca setelah solat Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

10-AL- JABBAAR --> Maha Perkasa

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir setiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim itu dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

11-AL MUTAKABBIR --> Maha Megah Yang Memiliki Kebesaran

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir setiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabbur itu akan tunduk kepadanya.

12-AL KHAALIQ --> Maha Pencipta

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

13-AL BAARI --> Maha Perancang

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia siksaan di dalam kubur, dan barangsiapa yang dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada setiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

14-AL MUSHAWWIR --> Maha Menjadikan Rupa Bentuk

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

15-AL GHAFFAAR --> Maha Pengampun

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.

16-AL QAHHAAR --> Maha Menundukkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.

17-AL WAHHAAB --> Maha Pemberi Kurnia

KHASIATNYA: Barangsiapa yang kekal mewiridkannya setiap hari atau setiap kali selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

18-AR RAZZAQ --> Maha Pemberi Rezeki.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mengekalkan membaca setiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

19-AL FATTAH --> Maha Pembuka Rahmat

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap kali selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

20-AL'ALIIM --> Maha Mengetahui

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir setiap kali sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

21-AL QAABIDH --> Maha Menyempitkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.

22-AL BAASITH --> Maha Melapangkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

23-AL KHAAFIDH --> Maha Rendah

KHASIATNYA: Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

24-AR RAAFI' --> Maha Tinggi

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

25-AL MU'IZZ --> Maha Mulia

KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

26-AL MUDZILL --> Maha Menghinakan Makhluknya

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan di dalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada setiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

27-AS SAMII' --> Maha Mendengar

KHASIATNYA: Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

28-AL BASHIIR --> Maha Melihat

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.

29-AL HAKAM --> Maha Menetapkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.

30-AL'ADL --> Maha Adil

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

31-AL LATHIIF --> Maha Halus / Lembut

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

32-AL KHABIIR --> Maha Mengetahui Rahsia

KHASIATNYA: Apabila dibaca selama 7 hari dan setiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

33-AL HALIIM --> Maha Penyantun

KHASIATNYA: Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

34-AL'AZHIIM --> Maha Agung

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

35-AL GHAFUUR --> Maha Pengampun

KHASIATNYA: Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

36-ASY SYAKUUR --> Maha Syukur

KHASIATNYA: Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

37-AL'ALIYY --> Maha Tinggi

KHASIATNYA: Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.

38-AL KABIIR --> Maha Besar

KHASIATNYA: Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

39-AL HAFIIZH --> Maha Memelihara

KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

40-AL MUQIIT --> Maha Pemberi Keperluan

KHASIATNYA: Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

41-AL HASIIB --> Maha Pembuat Perhitungan

KHASIATNYA: Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

42-AL JALIIL --> Maha Agung / Mulia

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

43-AL KARIIM --> Maha Pemurah

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mewiridkan pada setiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

44-AR RAQIIB --> Maha Mengawasi

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.

45-AL MUJIIB --> Maha Mengabulkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.

46-AL WAASI' --> Maha Luas

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

47-AL HAKIIM --> Maha Bijaksana

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

48-AL WADUUD --> Maha Pencinta

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

49-AL MAJIID --> Maha Mulia

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

50-AL BAA'ITS --> Maha Membangkitkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.

51-ASY SYAHIID --> Maha Menyaksikan

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

52-AL HAQQ --> Maha Benar

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

53-AL WAKIIL --> Maha Pemelihara

KHASIATNYA: Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

54-AL QAWIYY --> Maha Kuat

KHASIATNYA: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

55-AL MATIIN --> Maha Kukuh

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

56-AL WALIYY --> Maha Melindungi

KHASIATNYA: Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57-AL HAMIID --> Maha Terpuji.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai solat Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

58-AL MUHSHII --> Maha Menghitungi

KHASIATNYA: Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

59-AL MUBDI --> Maha Memulai

KHASIATNYA: Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

60-AL MU'IID --> Maha Mengembalikan

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

61-AL MUHYI --> Maha Menghidupkan

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

62-AL MUMIIT --> Maha Mematikan

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

63-AL HAYY --> Maha Hidup

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

64-AL QAYYUUM --> Maha Berdiri Dengan Sendiri

KHASIATNYA: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

65-AL WAAJID --> Maha Menemukan

KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

66-AL MAAJID --> Maha Mulia

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

67-AL WAAHID --> Maha Esa

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

68-ASH SHOMAD --> Maha Diperlukan

KHASIATNYA: Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

69-AL QOODIR --> Maha Kuasa

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

70-AL MUQTADIR --> Maha Berkuasa

KHASIATNYA: Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

71-AL MUQADDIM --> Maha Mendahulukan.

KHASIATNYA: Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

72-AL MUAKHHIR --> Maha Mengakhiri

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

73-AL AWWAL --> Maha Mendahului

KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

74-AL AKHIIR --> Maha Akhir

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

75-AZH ZHOOHIIR --> Maha Nyata

KHASIATNYA: Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

76-AL BAATHIN --> Maha Ghaib

KHASIATNYA: Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

77-AL WAALI --> Maha Memerintah

KHASIATNYA: Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

78-AL MUTA'AALII --> Maha Tinggi

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

79-ALBARR --> Maha Penderma

KHASIATNYA: Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

80-AT TAWWAAB --> Maha Penerima Taubat

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

81-AL MUNTAQIM --> Maha Penyiksa

KHASIATNYA: Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesudah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

82-AL 'AFUWW --> Maha Pemaaf

KHASIATNYA: Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

83-AL ROUUF --> Maha Pengasih

KHASIATNYA: Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahu pun malam.

84-AL MAALIKUL MULK --> Maha Menguasai Kerajaan (Semesta Alam)

KHASIATNYA: Untuk mempertahankan pekerjaan atau jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

85-DZUL JALAALI Val IKRAAM --> Maha Memiliki Kemulian Dan Kebesaran

KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

86-AL MUQSITH --> Maha Adil

KHASIATNYA: Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.

87-AL JAAMI' --> Maha Mengumpulkan

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

88-AL GHANIYY --> Ertinya Yang Maha Kaya.

KHASIATNYA: Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.

89-AL MUGHNII --> Maha Memberi kekayaan

KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan menjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

90-AL MAANI' --> Maha Mencegah

KHASIATNYA: Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

91-ADH DHAAR --> Maha Pemberi Derita

KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

92-AN NAAFI' --> Maha Pemberi Manfaat

KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

93-AN NUUR --> Maha Menerangi.

KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

94-AL HAADY --> Maha Pemberi Petunjuk
KHASIATNYA: Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95-AL BADII' --> Maha Pencipta

KHASIATNYA: Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

96-AL BAAQII --> Maha Kekal

KHASIATNYA: Untuk mempertahankan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.

97-AL WAARITS --> Maha Mewarisi

KHASIATNYA: Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.

98-AR RASYIID --> Maha Bijaksana

KHASIATNYA: Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99-AS SABUUR --> Maha Sabar

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

Dalil – dalil asmaul husna bisa anda lihat pada keterangan surat dan ayatnya yang sudah diberikan di bawah arti asmaul husna tersebut.