RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 10 Ogos 2012

MEMBURU MALAM AL-QADR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang 
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!



MAHA PEMURAH KASIH ALLAH KPD HAMBANYA YG ISTIQOMAH BERUSAHA MENJADI INSAN YG BERTAQWA

Keberkatan Malam Lailatul Qadr sangat bermanfaat bagi orang yang beriman dan bertaqwa hanya mengharap redha Allah swt :

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yg bangun saat Lailatul Qadr lalu layak melihatnya, lalu sabda Nabi SAW : Dan orang tersebut beriman dan mengharap redha Allah swt

 maka diampuni dosanya yg telah lalu." (HR
Muslim)

Ketika berlakunya Lailatul Qadr, Malaikat yang turun ke bumi lebih banyak dari batu kerikil :

Bersabda Nabi saw : "Lailatul Qadr itu pada malam 27 atau 29, sungguh Malaikat yang turun pada saat itu ke bumi lebih banyak dari jumlah batu kerikil." (HR Thayalisi dalam Musnad-nya; juga Ahmad; dan Ibnu Khuzaimah dalam shahih-nya)

BerdoaLah yang paling baik disaat Lailatul Qadr

Dari Aisyah ra : “Wahai Rasulullah, menurut pendapatmu jika aku tahu bahawa malam terjadinya Lailatul Qadr, maka doa apa yg paling baik kuucapkan? Sabda Nabi saw : "Ucapkanlah olehmu, Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemaaf, mencintai kemaafan, maka maafkanlah aku." (HR Ahmad, Ibnu Majah & Tirmidzi, di-shahih-kan oleh Al Albani dalam Al-Misykah)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Ya Allah, sampaikanlah kepada kami Lailatul Qadar dan terimalah amal-amal kami di bulan Ramadhan dan di malam Al Qadr serta ampunilah segala dosa-dosa kami keseluruhannya samada besar atau kecil, yang awal atau yang akhir, yang terang atau yang tersembunyi.


4 Malam Yang Dijangka Malam Lailatil Qadar 2012
Written By admin on August 9, 2012 | 8/09/2012 01:02:00 PM

Assalammu'alaikum warohmatullah!

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadan Tahun ini. Kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.

1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia
=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)


Di Arab Saudi
===========

Awal Ramadan tahun ini di Mekah (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Jumaat (20-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-29 (hari Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-27 (hari Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis)

Berikut adalah petikan dari kitab yang tersebut di atas (lampiran adalah dari kitab asal);

Dan adalah malam Lailatul Qadar itu pada Imam Syafie Radiyallahu’anhu tersimpan ia di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadan tetapi pada malam “gasal” (ganjil) itu terlebih harap akan dia dan terlebih diharap daripada segala malam yang “gasal” (ganjil) itu malam yang dua puluh satu dan malam yang dua puluh tiga.

Dan yang “rajihnya” bahawasanya malam Lailatul Qadar itu melazimi ia akan malam yang tertentu maka tiada terpindah ia daripada seperti barang yang diriwayatkan daripada Abas bahawasanya malam Lailatul Qadar itu malam yang dua puluh tujuh kerana diambil daripada firman Allah ta’ala “Inna annzalnahu filailatul qdr” hingga “Salam mun hi ya” … maka bahawasanya kalimah “ hi ya’ itu dua puluh tujuh daripada segala kalimah surah ini dan iaitu kinayah daripada malam lailatul qadar dan atas perkataan inilah diamalkan pada segala masa, segala negeri dan iaitu mazhab kebbanyakan Ahli al-‘Ilmi.

Dan kata qil; “Bahawasanya malam lailatul qadar itu terpindah ia tiada tetap ia pada malam yang tertentu maka terkadang ia pada dua puluh satu dan terkadang ada ia pada malam dua puluh lima demikianlah dan atas perkataan ini menjalani dua ahli Sufi dan menyata mereka itu akan “dhabit” dan kaedah bagi yang demikian itu dan iaitu;

- jika adalah awal puasa pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Sabtu maka itu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa pada hari Ahad maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Selasa maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa pada hari Rabu maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka malam lailatul qadar malam dua puluh satu

Dan telah memilih Imam Nawawi didalam Majmu’ dan Fatawa akan qaul dengan berpindah dan katanya di dalam Raudah dan iaitu yang kuat. (Bajuri)

Dan tersebut di dalam Hasyiyah Fathul Wahab, maka;

- jika awal puasa pada hari Ahad atau hari Rabu maka malam lailatul qadar malam dua puluh sembilan
- dan jika awal puasa pada hari Isnin maka iaitu malam dua puluh satu
- dan jika awal puasa hari Selasa atau Jumaat maka iaitu malam dua puluh tujuh
- dan jika awal puasa pada hari Khamis maka iaitu malam dua puluh lima
- dan jika awal puasa hari Sabtu maka iaitu malam dua puluh tiga malam lailatul qadar

Kata Abu Al-Husan: “Dan pada masa sampai aku akan tahun lagi-lagi tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan ini kaedah yang tersebut Barmawi dan Qalyubi”

Ahad, 5 Ogos 2012

BERHENTI BERHARAP PADA MU OTSB...


klik tajuk untuk dengar

Aku tak percaya lagi

Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini



Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...



Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...



Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita



Haa...
Haa...



Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...



Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat