RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 31 Disember 2013

KELEBIHAN SURAH AL-MULK 67:114


Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:

"Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu?" Lelaki itu menjawab: Bahkan.


Katanya: "Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk (surah al-Mulk ) , dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini ...adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi, pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur".


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku".


Surah Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata:

Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.

Maka Nabi s.a.w. bersabda:

Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.
(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.
Surah Al-Mulk,(HR At Tabrani).

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata:

Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab,

Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Sabtu, 27 Julai 2013

BILA CAKAP TERLALU MELAMBUNG

Assalamualaikum... Lama tak bercerita coz bz skit bulan posa ni ngan bazaar... Tapi ada satu perkara atau kira macam cerita la kan... Kisah ni saya hadapi di tempat saya meniaga. Ada satu mamat ni agak tak berkenan la cara percakapannya.
Kira2 jam 4.45petang saya dan kawan sedang memunggah barang niaga. Ketika itu azan asar baru berkumandang. Dalam masa yang sama mamat td bangun meninggalkan kawannya di gerai dengan bininya dan pekerjanya yang sorang lagi. Tetiba kawannya tanya dia nak kemana? Nak tau apa dia jawab? "aku nak masuk syurga". Bagus jawapannya. Tapi sebenarnya dia nak perli kepada saya dan teman2 lain yang berniaga di situ.

Tapi lain jadinya selepas berbuka puasa. Perbuatannya agak mengarah ke neraka skit. 2 hari saya perhatikan si mamat ni dan sehari kawan saya perhatikan dia kerana saya balik awal.

Hari pertama dia minum dan makan masa buka puasa. Kemudian dia capai rokok dan berjalan menuju ke surau. Ok. Masih ada kerespekan padanya. Hari kedua saya pulang awal. Kawan bagi tau dia tak ke surau dan terus lepak di tempat dia meniaga. Hari ke 3 iaitu 2 hari lepas. Langsung hilang respek saya kerana lepas makan 3 batang rokok disedutnya tanpa berhenti dan langsung tidak ke surau lagi dah.

Itu la dia serba sedikit kisah yang agak kurang matang bagi seorang lelaki yang sudah berumah tangga dan suka cakap tanpa berfikir. Kesannya dia sendiri tak sedar cakap tak serupa bikin.

Moralnya di sini apabila sesuatu percakapan yang nak dituturkan itu sebaik-baiknya fikirkan dulu. Semoga ia menjadi pengajaran untuk saya dan teman2 yang membaca...

Sekian terima kasih... Wassalam

Selasa, 9 Julai 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Fans Club)
①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Khamis, 27 Jun 2013

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :



1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


2. Melancarkan peredaran darah

jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


3. Meningkatkan kesuburan

kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


4. Mengurangkan risiko darah tinggi

untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.


5. Mengurangkan tekanan serta tenang

air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.


6. Meningkatkan sel darah putih

mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...


p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

Selasa, 25 Jun 2013

FADHILAT BULAN SYAABAN


ASSALAMU’ALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH

Saudara dan saudariku yang dikasihi Allah, tidak terasa bulan Rejab telah melabuhkan tirainya ,kini Syaaban pula menjelma ini bermakna tinggal sebulan lagi kita semua memasuki bulan Ramadhan yang dipenuhi berbagai macam Rahmat dan juga pengampunan dari Allah sebab itu saya serukan marilah dibulan kita melatih diri untuk persiapan memasuki bulan suci Ramadhan disamping sebagai latihan juga sebagai amalan sunnah yang Rasulullah S.A.W tekankan kepada umatnya untuk memperbanyakkan puasa di bulan Syaaban.

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

"Bulan Syaaban adalah bulan di mana manusia mulai lalai iaitu di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan dinaikkannya berbagai amalan kepada Allah, Rabb semesta alam. Oleh karena itu, aku amatlah suka untuk berpuasa ketika amalanku dinaikkan”.

HR. An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan.


Ibnu Rajab rahimahullah mengatakan,

“Dalam hadits di atas terdapat dalil mengenai dianjurkannya melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah”.


Lathoif Al Ma’arif, 235

Saudaraku sekalian ingatlah bahwa terdapat suatu amalan yang dapat dilakukan di bulan ini yaitu amalan puasa. Bahkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri banyak berpuasa ketika bulan Sya’ban dibanding bulan-bulan lainnya selain puasa wajib di bulan Ramadhan.

Riwayat dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يُفْطِرُ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لاَ يَصُومُ . فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلاَّ رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِى شَعْبَانَ

Maksudnya:



“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa, sampai kami katakan bahwa beliau tidak berbuka. Beliau pun berbuka sampai kami katakan bahwa beliau tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa secara sempurna sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat beliau berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban”.

HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156


Ya Allah berilah keberkatan kepada kami di bulan Rajab, dan Sya’ban dan sampaikanlah kami pada Ramadhan” aaaamiin Yaa Rabbal 'Alamiin

sumber : indahnyaislamiddin.blogspot.com/

Isnin, 10 Jun 2013

RAMLEE AWANG MURSHID - AKU BERCERITA


Sinopsis novel ni ialah satu mamat digelar AKU yang dijadikan watak utama yang mengalami gangguan sehinggakan semua orang dimarahnya dan takut juga dengan gangguan. Walaupun konon-kononnya kuat tapi selalu tewas bila berlawan. Saya yang buat sinopsis sendiri.

Berkenaan 5 cerita yang ada dalam novel ni.

1 - Bunian

Jalan cerita memang menarik. Mulanya agak biasa. Saya mula mengesyaki sesuatu akan keterbalikan cerita. Ini kerana awal penceritaan semuanya agak biasa cuma melanggar pesanan seorang ibu. Pada pendapat saya ramai orang melanggar pesan ibu di dunia ni cuma masing-masing cover la kan. Jika anda seorang peminat karya RAM, mesti anda dapat tahu bagaimana penulisan beliau. Beliau jarang menulis cerita yang biasa dibuat orang. Dah masuk part tengah, memang sangkaan saya tidak meleset sama sekali kerana bila Jailani dapat merempuh tembok dengan kuasa kenyakinan yang tiada batas, segala-galanya terungkai. Apakah yang dapat dirungkaikan? Boleh ke manusia kawin ngan bunian dan keluar balik jadi manusia?

2 - Culik

Cerita ini pun sama jugak permulaannya yang lazim RAM buat dalam MANDATORI, ADAM, RAYYAN FANTASI & FIKSYEN 302. Ada thrillnya. Cuma aku tak sangka betapa mulianya endingnya. Aku ingatkan jadi la si Faizal a.k.a Pee Chai nak bunuh Mizwar. Yang dia sempat buat psiko anak Mizwar and the gang dan bunuh sesama mati ngan Kasimin. Satu ending yang menarik dari Johan sebagai membalas jasa baik kawannya Faizal.

3 - Cinta Matiku

Yang ni aku asalnya tak berapa berkenan sangat kerana ada campur politik dan sejarah hitam negara kita yang mana unsur 13 Mei 1969, Darurat dan Komunis diceritakan. Aku adalah peminat cerita sejarah, cuma tak minat filem dan novel yang ada unsur sejarah. Jalan cerita agak menarik kerana RAM memang suka mengelirukan pembacanya. Aku sangkakan Rukiah tu memang jahat. Tapi kali ini aku kene ulang sampe 3-4 kali bab Kalsom membuat pengakuan pada Tahir. Memang aku keliru part tu dan termasuk semasa dia kawin ngan Tahir coz ada pulak jantan keparat yang menyamar.Uncle Muthu. Uncle Muthu.


4 - Sang Kancil

Yang ini paling happy dan siap aku tergelak baca cerita ni. Jalan cerita macam dalam SEMANGAT HUTAN, TOMBIRUO DAN RANGGAU. Cuma kali ini ada unsur pelik sedikit. Macam karya Les' Copaque 'PADA ZAMAN DAHULU' semua binatang boleh bercakap. Cuma kali ini RAM buatkan Ahmad boleh bercakap ngan binatang sehingga dipulaukan semua kawan di sekolah. Mak bapak mana nak percaya bila anaknya kata boleh bercakap ngan binatang. Ada yang kata dia gila dan macam-macam.

Diselitkan pulak cerita si Jasmir yang kelakar dibuatnya. Kalu di filemkan pun OK kot coz macam saya kata awal-awal tadi RAM punya penulisan mesti ada lagi keterbalikan yang tak di sangka-sangka. Cuma saya tak tau pulak sampai ke tahap tu Jasmir punya idea nak selamatkan orang-orang Bank dengan kawannya Narayan. Usaha mereka tidak sia-sia.

5 - Cut

Pada saya tajuk cerita ini adalah penutup kepada cerita ini. Memang pada awalnya diterangkan tentang pangkal nama seperti selebriti Indonesia 'Cut Tari'. Dalam cerita ni sama la fungsinya untuk 'Cut Asmidar' anak kepada Ibrahim Fakeh. Jalan ceritanya dah saya baca 15 tahun yang lepas dengan penulis lain. Cuma jalan ceritanya yang dulu tu tak jadi kawin coz jantan keparat tu nak bertanggungjawab. Dalam cerita ni pun jantan yang bernama Jeremy memang nak bertanggungjawab cuma lambat sikit. Si Herman dah tackel dulu hati anak Cut. Cerita ni Happy ending cuma jalan cerita biasa yang macam dalam TV. Kita selalu tengok cerita-cerita telenovela, filem-filem sekitar tahun 90-an. So sama aja. Cuma untuk ending sebuah cerita dalam novel rasanya ini kali pertama wujudnya senarai pelakon beserta pengarah macam cerita yang habis kat TV. Memang tiada la pada novel-novel lain kot.

Berkisah pada watak AKU. Pada dasar penceritaan RAM kali ini, dalam novel ini memang ada 5 short story tapi diselang selikan dengan cerita AKU. Siapa AKU yang sebenarnya. Secara rumusannya AKU itu adalah watak yang sengaja dinamakan AKU dalam penulisan RAM. AKU adalah pelengkap kepada semua jalan cerita yang ada. 

Kenapa jadi pelengkap? Jawapannya 5 tajuk cerita dengan kisah berlainan ni perlu ada dalam karya RAM 'AKU BERCERITA' kerana RAM bercerita. Untuk menjadikan cerita, mesti ada jalan ceritanya. So watak 'AKU' tu lah yang menjadikan semuanya terkait rapat. Maka kesemua cerita dalam 'AKU BERCERITA' adalah 6 cerita (1 novel dan 5 cerita).

Setian telima tatih (kata anakku Salsabila).

Sabtu, 8 Jun 2013

RAJA LAWAK 7 MINGGU KE-9 DENGAN TEMA JURUJUAL DAN RADIO


Kedudukan Terkini

1- OK
2- WALA
3- SAKAN
4- GAMAT
5- BOY
6- BORA

Minggu lepas ada hal tak dapat dielakkan. Harap maaf.

TEMA : JURUAL

BOY

- macam takde idea
- lawak memang tak menjadi
- merepek jer lebih
- penyampaian kurang kelakar
- kesinambungan jalan cerita tak kena

AC - pergerakan agresif persembahan gagal
ISMA - Komedi macam lagu slow
APEK - Jangan sampai tutup bisnes


SAKAN
- Pandai bermain kata-kata
- Makin menjadi cuma tang tengah agak kureng sikit
- Jalan cerita ada
- Penyampaian ada

Apek - loss connecting, lawak setakat luaran dan sekrang masuk dalaman


GAMAT
- Jual minyak gamat menjadi dengan gaya.
- Punch line cam kurang la
- Jalan cerita cam besa jer coz byk ulangan cerita
- Punch line cam tak kena laa

ISMA - Aku tengok gamat menjadi


BORA
- Parkinson
- Makin lama makin kurang gelak laa
- Jalan cerita merepek langsung
- Ending ada la sikit2

AC - setakat ook sahaja. kurang menampakkan komedi. penceritaan kurang kelemahan pada penceritaan


WALA
- masuk dah ada kelakar
- punch line menjadi
- penggunaan prop. ok
- penceritaan direct cun punya
- banyak la aku gelak

APEK - bahaya sbb best.
ISMA - kalu komedi beginilah aku sanggup beli tiket


OK

- Kurang kelakar

- penceritaan biasa saje
- tengah ada kelakar
- banyak punch line tak jadi
- cakap banyak sampe tak cukup masa

ISMA - bagus


TEMA : RADIO

BOY

- Jadi mr bean boleh kot
- buang masa
- tang mana lawak dia ni

AC - agak kecewa
APEK - bukan mudah buat solo
ISMA -  jangan main mood


SAKAN
- Cerita kelakar tapi banyak terpesong dari tema

APEK - hangpa sakan enjoy. cerita sederhana.


GAMAT
- Masuk dah kelako
kene ngan tema

ISMA- bagus3, banyak intipati, kene berhati-hati, upgrade sikit dari minggu lepas.


BORA
- lawak2
- memang lawak
- cerita merepek tapi kelako

AC - minggu depan lebih baik dan persembahan kurang.


WALA
- Lawak2

APEK – kerja keras menjamin hasil sebaik ini.

OK
- Mana cerita radio nye
- Ini lah lelaki gedik sepanjang aku menonton RJ7

ISMA – memang lakonan anda OK.
AC – persembahan menarik
APEK – I nak tengok lagi best minggu depan


Bottom 3
GAMAT
BOY
SAKAN

Tersingkir
BOY

Jumaat, 7 Jun 2013

KISAH DI DINIHARI

Suatu pagi yang indah dengan sunyi sepi menjadi dendangan. Baru habis kerja luar sekitar jam 12.15 yang mana hari sudah pun memasuki 30 Jun. Siap semua kurang lebih 12.30 aku gerak menaiki motosikal menuju pulang ke rumah. Ntah apa kata biniku nanti aku pun tak tahu.

Nak tunggang laju sangat pun dah penat kerana sudah 2 malam aku tidur lewat dan bangun awal keesokan harinya. Pada pendapat aku boleh la aku tidur lama sikit malam ni kerana badan pun dah penat. Dalam keadaan 70km/jam aku tunggang sampai juga Ampang. Lepas tu dari MRR2 aku masuk ke susur DUKE.

Ketika di selekoh aku rasa lap aku membuai-buai. Mungkin akibat jalan tak rata kerana semasa memandu kereta pun aku pernah rasa benda yang sama. Bila jalan dah lurus aku pun test motosikalku dengan hayunan kiri dan kanan 2-3 kali untuk memastikan tayar motosikal dalam keadaan elok (kalau ada banyak kenderaan jangan buat test ni). Rasa tayar ni ok lagi angin dia. Tapi rasa was-was tetap ada.

Aku fikir nak check tayar dan terus menghimpit ke tepi jalan. Tak sempat aku nak berhenti tetiba melelong kiri dan kanan motosikalku kerana tayar belakang dah takde angin. Brek kaki ku tekan aku berjaya mengawal kelajuan cuma masalah sekarang ni motosikal ni belum berhenti lagi aku tekan kuat sedikit brek kaki supaya makin perlahan. Apalagi tak sempat berhenti aku dah hilang kawalan kerana aku tak tau apa yang tersangkut.

Sedar aje aku dah baring ngan motosikalku antara rumput dan jalan. Aku cuba bangun tapi badan rasa berat semacam. Kepala ku mamai macam mabuk. Suasana mula riuh. Ramai orang datang menolong. Aku tak boleh nak berkata-kata. Tiada daya nak lakukan apa. Mereka tegakkan aku berdiri. Aku rasa stabil. Bila mereka tanya ada patah ke luka aku cakap ok. Kemudian mereka bagi tau aku darah tu luka kat mana. Alamak kukuku patah. Darah meleleh. Aku cuba jalan dah nak terjatuh la pulak. Langsung mereka memimpin aku dan bawa ke klinik dekat Setiawangsa.

Khamis, 6 Jun 2013

ISTIQAMAH

JOM ISTIQAMAH ♥

ISTIQAMAH dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.

Istiqamah dapat dicapai dengan menjaga sepuluh (10) perkara :

1. Menjaga lisan dari membicarakan aib orang lain.

2. Menjauhi prasangka buruk.

3. Menjauhi diri dari menghina orang lain.

4. Memejamkan mata dari melihat perkara yang haram.

5. Berkata benar dalam setiap tindakkan.

6. Menderma sebahagian harta pada jalan Allah.

7. Tidak terlalu berlebihan membelanjakan harta.

8. Tidak mencari ketinggian dan kebesaran untuk diri sendiri.

9. Menjaga solat lima (5) waktu.

10. Teguh pendirian terhadap sunnah dan jemaah.

Dari Majalah Gen Q Isu no 10

Rabu, 5 Jun 2013

CERITA NI DAH LAMA, CUMA SEBAGAI PERINGATAN KEPADA YANG SELALU LUPA... PENTING DAN HARUS DIBACA...



Jangan dipadam pesanan ini sebelum mengongsikannya pada yang lain..

Pada Hari Minggu Satu Keluarga bertemasya dengan membawa beberapa tin minuman.Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dibawa ke rumah sakit dan ditempatkan di Ruang Intensive Care Unit (ICU).

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Hal ini terlacak pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

Sangat dianjurkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung diantarkan ke kedai2 tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteri.)

Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. 

Sabtu, 25 Mei 2013

RAJA LAWAK 7 MINGGU KE - 7 ( TEMA : ALAM PERSEKOLAHAN )

Mungkin ada yang tertanya bagaimana saya menilai peserta-peserta ni. Caranya anda jangan mudah ketawa dengan lawak yang dipersembahkan. Dengar betul-betul apa yang diperkatakan perserta. Akhir sekali lihat gelagat mereka sama ada buleh membuat anda ketawa atau tidak.

1) Kumpulan TUAH

- Starting agak kurang nak jadi punch linenya
- Punch line tengah makin menjadi
- Menjadi-jadi
- Ending tak mengancam langsung

Bolehlah untuk persembahan pembukaan.

AC - Satu persembahan yang menarik


2) Kumpulan SAKAN

- Agak membosankan pada per permulaannya
- Kat tengah dah ada kelakarnya
- Makin tak menjadi punch linenya
- Ending ada sikit kelakarnya

Keseluruhan menurun.

MR. OS - Tak timbul unsur lawak

Isma - Jalan cerita dengan plot-plot kurang bermain.

AC - Cerita kurang


3) Kumpulan BORA

- Starting masuk ada lawaknya
- Tengahnya ada kelakar sikit
- Punch line tak sampai
- Ending pun makin tak masuk akal

Semakin menurun juga

ISMA - Good try, content tak berapa

AC - Kurang berjaya

MR. OS - Terlampau comlicated


4) Kumpulan WALA

- Starting dah kelakar
- Masing-masing ada gagap sikit so punch line tengahnya hancur
- Ending ada la sikit kelakarnya

Sama juga macam kumpulan-kumpulan lain.

AC - Sampai penceritaanya

MR. OS - Cerita simple

ISMA - Menghiburkan


5) Kumpulan BOY

Masuknya ada kelakarnya
Makin membosankan part tengahnya
Ending pun hancur

MR. OS - Karekternya maintain


6) Kumpulan GAMAT

- Intro kira ok la
- Tengah baru ada kelakar makan panadol
- Makin semangat nampaknya
- Ending menjadi kelakarnya

Antara terbaik la malam ni.

ISMA - Memang terbaik memang bagus memang bes

MR. OS - Pelawak yang boleh buat lawak

AC - Pandai menggunakan elemen dengan kejutan-kejutan yang tak disangka.


7) Kumpulan OK

- Intro biasa saja
- Tak nampak kelakanya di mana
- Ke laut.

AC - Persembahan tak berapa nak OK

MR. OS - Momentum agak lembab

ISMA - Kurang Bagus


Semakin tak kelakar la pulak Raja Lawak 7 ni. Persembahan peserta pun makin menurun. Banyak kali saya menguap. Jangankan gelak, nak senyum dengar lawak diorang ni pun susah untuk malam ni. Harap pada JOZAN jer...

Keseluruhan persembahan peserta-peserta semakin menurun.


Bottom 3

- SAKAN
- TUAH
- BORA


Tersingkir

Kumpulan TUAH

Sabtu, 18 Mei 2013

RAJA LAWAK 7 MINGGU KE-6 (TEMA: MUZIKAL KOMEDI)

Intro dengan lagu W.A.R.I.S-Rembau Most Wanted (klik under line text untuk dengar) agak mengejutkan. Bukan apa takut salah bukak channel. Memang kene dengan program.

Tema muzikal komedi bersama artis. Tema yang paling saya minat kerana Shah kompem ada punya.

Kumpulan OK & FIDA

- Starting kelakar
- Tengah kurang kelakar
- Ending kelakar

AC - Persembahan menarik untuk pembukaan yang agak mengejutkan.


Kumpulan WALA & NOH HUJAN

- Starting dah gelak
- Tengah kelakar
- Part bosan sikit sebelum ending
- Ending kurang kelakar

APEK - Kau gila la Noh lebih hebat dari Wala
             Susunan cerita yang tersusun


Kumpulan XTRA & BOB AF

- Starting kelakar
- Tengah makin menjadi
- Ending agak nak hancur la pulak

ISMA - Ini dia lawak yang dicari


Kumpulan SAKAN & ALI XPDC

-Starting biasa je
- Tengah kelakar
ALI - macam muke penyu
- Ali lepas geram nyanyi
- Ali saayang semua...

Paling best setakat ini

AC - Saya bangga dan harapan supaya anda dijadikan idola akan datang

Malam ni didie tukar nama penyu la pulak


Kumpulan GAMAT & HAZAMA

- Starting tak kelakar
- Tengah baru nak kelakar tapi kureng
-Ending kira boleh la

APEK - Hari ini saya saksikan pertandingan penyawak. Lu orang kreatif dan berani


Kumpulan PAHAT (Kasi pahat dalam hati) & TAM SPIDER

- Starting hancur
- Tengah dah kelakar sikit tu pun Tam masuk
- Ending biasa jer

ISMA - komedi tiada, penonton gelak sikit jer, perlu improvement


Kumpulan BORA & ALTIMET

- Starting dah mengancam
- Tengah kelakar makin mengancam
- Ending aku yang terancam
Jalan cerita dengan lagu kena
Betul-betulnya muzikal komedi

AC - Persembahan yang begitu bagus


Kumpulan TUAH & DINA

- Starting besa jer
- Tengah kelakar
- Ending jiwang la pulak

APEK - Semakin matang, Its a good show.


Kumpulan BOY & CAT FARISH

- Starting kelakar
- Tengah biasa jer
- Ending kurang kelakar

Agaknya kurang berlatih

ISMA - Penonton dan juri tak ketawa, tak bernaga and go on.


Kesimpulan yang saya dapat berikan adalah artis-artis yang dijemput boleh menyertai RAJA LAWAK VERSI CELEBRITI kalau astro nak buat la. Bukan apa kerana kebanyakannya mereka lebih kelakar daripada peserta-peserta. Harap peserta ambil iktibar dan perlu lebih mendalam pengetahuan mereka.


Bottom 3
BOY
XTRA
PAHAT

Tersingkir
XTRA
PAHAT

Khamis, 16 Mei 2013

RAMLEE AWANG MURSHID - SUNAN MUSAFIR 2012

Assalaamualaikum warahmatullah hiwabarokaatuh... Para pembaca sekalian, mungkin ada yang mengetahui dan ada yang tak tahu kot. Sunan Musafir adalah kisah terakhir mengenai Laksamana Sunan atau Saifudin. Kisah Laksamana Sunan ini telah menemui pembaca hingga 6 buah karya yang berasingan dan jika dibukukan sekali dalam satu jilid agak tebal juga. Mengenai penceritaan dalam Sunan Musafir, siapa yang tidak kenal pada penulis? Jalan cerita yang paling seronok untuk dibaca higgakan kietidaksabaran saya mengatasi segala-galanya gara-gara Kiai Kelana. Kesabarannya yang tidak terhingga dalam perjuangannya menegakkan kalimah Allah S.W.T tiada tolok bandingnya. Rasanya macam tertipu pun ada hanya untuk menceritakan 3 hari dari Yang Suri menemui Andika hingga matinya Qishahir.

Peperangan, perbalahan dan penentangan hebat berlaku sepanjang perjalanan dan sesetengah tempat yang ada makhluk tertentu tentunya kita tertewas jika terpedaya dengan hasutan mereka. Namun keampuhan Laksamana Sunan sukar digugah sama sekali baik Qishahir, Gimbara dan Nayan Si Harimau Berantai. Paling lucu ketika Gadul terkencing dalam seluarnya kerana mukanya dijilat harimau jadian. Tak pernah lagi saya hampir tergelakkan bila membaca karya RAM selama ini. Cuma sedikit saja tak puas hati mengenai novel ini sehingga cetakan ke-4 pun masih ada ejaan yang tak cukup dieja dan ada juga perkataan yang tiada dalam ayat untuk melengkapkan ayat. Harap ini dapat ditambahbaik lagi mendatang.

Rasanya kisah ini belum tamat lagi kerana di akhir episod ini 5 orang Jambi datang menemui sunan yang mana mereka ini suka memerangi kumpulan harimau jadian. Tak tau pulak mana geng-geng harimau ni menghilang. Kedatangan 5 orang ini pun berupa ugutan. Tak mustahil jika RAM ada idea nak teruskan atau memang sampai sini sahaja.

Akan datang saya akan ulas mengenai AKU BERCERITA pulak coz semalam baru keluar dari plastik wrappingnya... Sekian.

Isnin, 13 Mei 2013

RAJA LAWAK 7 MINGGU KE-5 (TEMA: BEBAS BERSAMA ATRIS PILIHAN)

Agak lewat sikit kali ni saya nak mengulas. Minggu ke-4 saya tak dapat nak ulas kerana ada masalah nak balik kampung (nak ngundi). Ok kite terus jer ke bab seterusnya.


1 - Kumpulan PAHAT & JIHAN

- Persembahan yang semakin menyerlah walaupun ada watak skema.
- Jihan pulak pandai memainkan peranannya
- Overall persembahan kelakar tapi ada elemen mengejek

AC - Jihan menyuntik semangat dan persembahan semakin meningkat.
      - Persembahan terbaik kumpulan pahat sepanjang berada di raja lawak 7


2 - Kumpulan WALA & ARIN

- Lagu-lagu yang menarik
Persembahan yang enjoy dan ada elemen lawak

APEK - Semakin matang, semakin menguasai gelanggang serta keserasian yang ketara.
AC - Tak berlebih-lebih


3 - Kumpulan KINTAN & ROPIE

- Watak pocong pondan agak OK
- Permulaan yang amat membosankan
- Sampai part tengah baru ada kelakar tapi tak seberapa
- Ending baru jadi punch linenya.

ISMA - Mantapkan lagi dengan mentor. Persembahan kurang menghiburkan


4 - Kumpulan SAKAN & SHAMSUL GHAU GHAU

- Punch line awal tak menjadi
- Tang tengah pun tak berapa nak gelak
- Ending ada la kelakar sikit.

Jalan cerita biasa dan persembahan menurun.

AC - Dah cuba tapi tak menjadi, cuba buat penceritaan yang mudah difahami.


5 - Kumpulan GAMAT & ILYA

- Starting dah gelak tapi tak berapa nak menjadi sangat
- Bini kerja kilang ais
- Tengah yang paling kelakar cucuk mana
- Bini pakcik nama Markonah
- Kau ejek si Isma memang menjadi tapi lebih kepada melalut.

APEK - Kecerian dan energi 200%, kene carry lebih tanpa Ilya & good performance


6 - Kumpulan TUAH & EBBY YUS

- Starting bosan kerana punch line tak menjadi
- Tengah baru OK bila Ebby Yus masuk
- Ending yang kelakar

Nasib baik ada Ebby Yus

ISMA - Bagus tapi permainan tu kene dimainkan lagi


7 - Kumpulan BORA & SATHIYA

- Starting dah OK
- Masuk part tengah fail nasib baik ada Sathiya
- Ending baru nak pecah gelak

AC - Satu percubaaan bagus kecek & persembahan yang terus memuncak ke atas
APEK - Suka penggunaan bahasa Sathiya


8 - Kumpulan XTRA & MUNIR
- Masuk jer dah fail
- Tengah mendatar dan tempo out
- Endingnya pun biasa jer.

Tak kelakar la dan persembahan makin menurun

ISMA - Terlampau kurang kelakarnya.


9 - Kumpulan BOY & RAHIM

- Starting OK
- Tengah Makin menjadi
- Ending jer tak berapa nak gelak

Keserasiannya ada.

AC - Persembahan bagus & senang difahami


10 - Kumpulan GANU & AZRUL

- Starting yang fail.
- Tengah kira boleh la
- Ending langsung kelaut.

Mana pergi elemen-elemen korang?

APEK - Ada peningkatan & tingkatkan prestasi


11 - Kumpulan OK & ACONG SWEETCHILD

- Starting yang biasa-biasa je
- Tengah lagi macam bosan sikit
- Ending baru nak menjadi

Watak mak nyah yang berlebih-lebih
Punch line tak kene masa

ISMA - Maintain dengan dialog dan kerektor & penonton semua enjoy?


Kesimpulannya saya masih tak nampak kumpulan yang betul-betul boleh melawak. Maksud saya dari segi persembahannya yang boleh membuatkan saya tersengih sepanjang persembahan mereka dari mula, tengah dan akhir.

Pesanan untuk Zizan pula jangan tonjolkan masalah anda kerana pantun anda banyak yang tak menjadi.

Bottom 3

- GAMAT
- GANU
- KINTAN

Terdapat 2 penyingkiran dan peserta yang tersingkir adalah GANU & KINTAN