RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 4 Februari 2013

LAGI CERITA KECUAIAN MEMANDU

Pagi tadi kurang lebih jam 10pg. Saya on the way ke kilang. Di Hiway DUKE dari arah karak ke Sentul lebih kurang 600 meter sebelum sampai di persimpangan utara dan selatan. Saya berada di lorong tepi sekali. Sebuah kereta berada di kanan sedang memotong saya yang menunggang motosikal. Di belakang ada sebuah kereta Kancil earna putih selorong dengan saya. Saya bagi signal ke kanan kerana saya nak ke arah utara. Saya terus ke kanan kerana tiada kereta. Dibelakang Kancil tadi ada sebuah bas persiaran yang masih di lorong tepi dan saya berada di lorong tengah sekali.

Sampai di selekoh saya terus membelok ke kanan. Tetapi Perodua Kancil tadi langsung menghimpit saya ke kanan jalan dan hampir-hampir nak termasuk ke lorong paling kanan. Sedangkan Kancil (W#L 4#91) tadi berada di laluan selekoh ke kiri. Saya cuba intai pemandunya dan rupanya seorang perempuan yang penuh dengan keegoannya kerana langsung tak mengangkat tangan kerana dah buat silap. Padahal untuk dia membelok ke utara masih banyak ruang dan masa sebelum dia bertindak demikian.

Nasib baik saya tergerak hati nak tengok tayar kereta Kancil tu. Kalau tak ada dua kemungkinan. Pertama dia akan langgar dinding flying over. Kedua dia himpit saya dan tergolek kat tengah jalan dan dirempuh.

Kepada masyarakat sekalian, gunalah segala deria yang kita ada untuk keselamatan di mana-mana jua. Kerana malas membaca dan tak ada perancangan serta kurang pengetahuanlah soal keselamatan tidak dititikberatkan.

AMALKAN PEMANDUAN SELAMAT

Tiada ulasan: