RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 29 Mac 2013

DITINDIH HANTU MASA TIDUR, BETUL KE BOHONG?

Masa saya takde anak atau boleh dikatakan zaman sekolah sampe zaman bujang tak pernah kena. Bila member bercerita syok mendengar kerana nak tahu macam mana. Tapi bila dah kena lepas ada anak ni baru tahu sampe tergelak isteri saya bila saya cerita kat dia. Bukan saya nak salahkan sebab saya dah kahwin baru kene, cuma itulah dia pengalaman baru dalam hidup kene tindih dengan hatu.

Rasanya 3 kali dah kot saya pun tak berapa ingat sangat. Cuma apa yang menarik tu ada sekali tu saya menjerit 'ALLAHUAKBAR'. Itu yang kelakarnya. Sangka isteri saya "laki aku dah insaf". Bila saya sedar saya cerita kat dia saya kena tindih ngan hantu. Saya tengah lawan hantu tu la warna hitam legam. Digelaknya saya ni.

Yang satu lagi ni, pelik sikit. Saya tidur atas sofa. Pastu mimpi balik ke kampung. Tiba-tiba muncul hantu gelap tadi tapi pakai topeng Vandetta Guys fawkes terus dihempapnya saya. Suara tak terluah takbir. Mulut je bergerak. Pastu tersedar terus lari masuk bilik tidur.

Kali ke-3 ni anak perempuan saya masa tu kecil lagi selalu nangis tiap-tiap malam masa nak tidur. Jadinya saya ambil la dia dan letakkan atas dada saya. Tengah tidur tu tetiba rasa kene hempap. Bila celik mata rupa-rupanya tangan saya dah kebas. Jadinya saya alihkan je la anak saya tu atas tilam letak kat sebelah. Lama sangat dia tidur atas dada saya.

Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Antara sebab-sebab terjadinya fenomena ini:
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac

KUMPULAN PENGGODAM DIKENALI ANONYMOUS AJAK BERSATU LENYAPKAN ISRAEL DARI INTERNET

Keratan Harian Metro 29 Mac

Sebelum ini mereka telah mengajak penggodam sedunia untuk bersama mereka menyerang (menggodam) dalam OpIsrael. Menurut Anonymous, misi mereka ialah ‘menghapuskan Israel dari dunia Internet’.

Klik SINI untuk baca Anonymous ajak penggodam sedunia ‘serang’ Israel.

Tahun lepas dalam bulan november mereka berjaya menggodam 700 laman web kerajaan. Tahun ini pula mereka telah mengumpul dan menyiarkan 5000 maklumat lengkap pegawai Israel. Godaman akan dilakukan pada 7 April ini.

Khamis, 28 Mac 2013

CERITA PAGI TADI...

8.05 - 8.15 am.

Semasa on the way g antar isteri ke tempat kijenya, atas flying over simpang nak ke Sentul. Ada beberapa buah motosikal dok parking tepi jalan. Ingat kan motosikal diorang ni ada problem ker apa. Rupa-rupanya depa tengah mengutip duit-duit kertas yang berterabur tgh jalan dan ada jugak yang berterbangan. Aku cuba-cuba gak toleh-toleh kiri dan kanan kot-kot ada lori duit terbalik ke. Takde la pulak. Ada Kalu aku rasa ramai yang tak g kije arini.


8.25 - 8.45 am.

Lepas antar isteri, tetap lalu DUKE jugak cuma arah berbeza. Memang aku dah nampak masa nak antar isteri aku tadi. Ada road block kat laluan motosikal by Polis trafik. Cuma yang tak syok tu pagi sangat. Kedua banyak pulak motosikal yang patah lawan arah. Haramjadah la diorang coz menyusahkan idup aku la plak nak kene elak dari berlaga. Aku memang complete, so takde hal punya. Diorang la kalu bercerita gah. Bukan main berani. bila dah terkena camtu mula la cam tikus nampak manusia.


9.10 - 9.15 am.

Aku nak g kije. Tengah2 on the way. Tempat yang duit tadi ada sebiji motosikal dengan 2 orang mamat yang sememangnya aku tak pernah kenal. Dok meninjau-ninjau kat tepi hiway dan seorang lagi sanggup melintas hiway sedang mencari sesuatu. Aku rasa pagi tadi duit yang bersepah tu diorang punya la kot. Aku maleh nak berenti coz takut jadi menda lain la plak.

Ok 9.30 am aku sampe kat mamak pekene tose dulu coz perut lapar & jam 10am masuk ofis. Nanti kalu ada lagi cerita, aku akan  ceritakan... Assalamuallaikum...

Khamis, 21 Mac 2013

SIHAT TANPA EXEMA DENGAN SUSU BIOLAC


2 tahun sudah berlalu. Memang aku rasa nak nangis bila cite kat orang pasal anak ke-2 ni. Nak wat cana, itu sume dugaan yang kita kene hadapi. Hasil usaha dengan isteri bermacam2 cara dari dukun merepek2 sampe ke GH aku redah. hasilnya ALHAMDULILLAH. Pada dasarnya memang aku x percaya ngan tok2 dukun sampe aku cakap kat isteri aku awak bawak jer lah kereta kalu nak gi jumpe tok dukun.

Bukan apa, coz tok2 dukun ni suka berlagak ngan cite2 dia dok ngubat orang so bila hasil x menjadi mula la menggelabah salahkan itu ini dan macam2. Lastly aku ajak isteri gi ngadap doktor kat GH then kene tahan kat wad sehari. Walaupun dah hampir terlambat nasib baik boleh dikawal lagi.



Satu perkara yang saya nak kongsi ngan pembaca2 semua berkenaan susu. Seelok-eloknya susu ibu. Tapi bagi golongan yang bekerja kebiasaannya akan beli susu yang ada kat market. Satu fakta yang 

jarang2 kita ambil tahu dan memang tak dinyatakan pada mana2 susu yang ada kat market ialah berkenaan kandungan soya dan krimer (serbuk). Susu lembu (serbuk) yang ada dalam kandungan susu tepung yang dalam market hanya beberapa peratus sahaja. Selebihnya adalah krimer dan soya. Saya selalu beli susu tepung soya untuk anak saya ini, hasil bertambah kritikal (lagi teruk Exema) merebak terus satu badan. Sememangnya saya mencuba susu Dutch Lady, Lactogen, Enfagrow pun dah teruk jadinya, susu soya lagi teruk.

Akihrnya cikgu nurseri anak saya suruh kami cuba susu BIOLAC. Memang takkan jual dekat GIANT, TESCO dan mana2 pasaraya. Kenapa? Sukar untuk saya menerangkan keadaan ini. Ia melibatkan banyak pihak2 berwajib di negara kita. Dari politik sampe ke pengeluar dan ada skit2 unsur2 yahudi. Cukuplah pasal isu itu kerana saya nak cerita di sini ialah berkenaan Susu BIOLAC.

Berjaya Era Edar
Akhirnya anak saya makin hari makin ceria sampai satu masa tu saya terkejut dengar dia gelak kerana sebelum ini dia asyik mengadu gatal dan menangis. Sebelum dia masuk 2 tahun dia beruabah menjadi kanak2 riang selepas meminum susu ini sehingga sekarang. ALHAMDULILLAH.





Dhia Salsabila binti Muhammad, 2 tahun 9 bulan. Dah sihat dari Exema. Selain itu Kami juga ada menggunakan minyak zaitun untuk merawat kulitnya kesan dari parut-parut Exema. Semoga apa yang cerita ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada pembaca2 sekalian.

Terima kasih kerana sudi membaca.


Bagaimana nak dapatkan susu ini? Anda boleh hubungi saya melalui no ini:
017-360 6663. SMS, Call & Whatsapp.

Isnin, 18 Mac 2013

CARA ELAK DARIPADA PENDENGKI

Keratan Harian Metro 18 March
Biasa la dalam dunia ni kalau takde pendengki pun tak maju gak seseorang atau sesebuah organisasi. Tapi jadilah pendengki yang berakhlak mulia. Bersama-samalah kita menjadi insan yang berguna, "RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL", ayat pinjam.

Jumaat, 15 Mac 2013

WARKAH DIRAJA: KONSPIRASI, LAHAD DATU & PILIHANRAYA



Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung
Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Ampun Tuanku,

Patik cuma orang biasa, rakyat biasa di dalam negara di bawah naungan daulat Tuanku. Tetapi, keorangbiasaan patik itu tidaklah pula sampai mengkesampingkan patik dari mengambil tahu akan hal-hal berkait dengan negara yang sedang berlaku sekarang. 
 
Atas rasa prihatin inilah patik cuba menulis warkah ini buat Tuanku. Patik harap, Tuanku yang patik kenal dengan penampilan yang lemah-lembut, juga mempunya hati budi yang lembut untuk turut sama merasai apa yang cuba patik sampaikan dalam tulisan ini.

Terlebih dahulu, izinkan patik memperkenalkan diri patik. Patik bernama Mohd Zukri,
 dari ibu yang bernama Azizah binti Abdul Wahab bin Jumaat bin Hitam. 
 
Jumaat yang mengguna gelar ayahnya “Panglima Hitam,” adalah salah seorang dari tujuh panglima Pahang (termasuk Mat Kilau dan Dato’ Bahaman), yang menentang penjajah British dan akhirnya sebelum berpecah telah mengangkat persetiaan tujuh pendekar Pahang yang mana mereka tidak akan mendedahkan identiti sebenar mereka sehingga mati. 
 
Moyang patik itu meninggal dunia hanya beberapa.....

Sambung baca? Klik SINI.

Rabu, 6 Mac 2013

ADA KELAB ATAU PERSATUAN? TAK JUMPA SUMBER TERBAIK UNTUK BUAT KAD?




Anda ada persatuan, kelab atau apa-apa organisasi?

Anda tak jumpa pengeluar kad keahlian?

Dengan Orea Technologies Sdn Bhd, anda boleh menempah kad-kad persatuan, kelab atau oraganisasi yang anda sertai. Pelbagai jenis kad yang kami boleh hasilkan. Anda cuma perlu menghantar sampel yang anda kehendaki.

Juga boleh dimasukkan Touch 'n Go untuk setiap kad. Tiada had atau limit untuk sebarang tempahan walaupun iklan edisi terhad! Apa tunggu lagi?

Jika berminat sila e-mail kan sampel kad kelab atau persatuan anda ke:

mohd.my@oreatechnologies.com

atau 

hubungi kami di talian 03 - 7885 9676

atau 

SMS kami di talian 013 - 397 2255

Selasa, 5 Mac 2013

MINTAK DIPERBETULKAN SEBUTAN RASULULLAH DALAM AZAN DI SALURAN 106 ASTRO OASIS

Selalu sehinggakan setiap hari kita dengar saudara artis kita yang dikatakan ada aura tersendiri. Bukan nak menyindir. Tapi teguran membina. Selalu sangat dok dengar suara azan beliau sehinggakan orang yang ada macam penerbit penyunting dan ramai lagi, seakan-akan tak terperasan bila ada sebutan yang salah.

Tak percaya? Sila dengar. Klik SINI untuk dengar azan beliau. Kalu dengar kat oasis pun sama gak sebutan rasulullah tu macam gunakan huruf sod
Sedangkan ejaan rasulullah mengunakan huruf sin

Harap pihak terbabit ambil kisah ini untuk kebaikan kita semua.

CARA ARTIS KITA MEMBERI DAN MEJAWAB SALAM

Bukan niat nak menyalah sesiapa, cuma teguran membina. Kebanyakan dalam TV kalau dilihat memang banyak kali kita dengar bila jumpa seseorang atau datang ke rumah seseorang dalam lakonan selalunya mereka memberi salam "asa ekoom", "semekom" dan macam2 jenis lagi. Malah ada juga yang bagi salam "assalamualaikumna", yang jawab pulak "waalaikumnassalam".



Lagi satu, salam yang diucap betul "ASSALAAMUAKAIKUM". Tapi yang menjawab pulak buat lawak seolah-olah lakonannya terkejut dijawab hanya sekerat jalan. Sedangkan hukum secara amnya ramai yang menjawab salam itu WAJIB. Ia juga terkandung dalam 6 hak sesama muslim (klik SINI untuk baca).

2 minggu sudah ada satu brader, dia berjubah ke mana-mana saja dia pergi. lebih kurang macam ulamak la gayanya. Tak salah dia bergaya begitu, saya juga suka melihat ramai orang begitu. Brader ini yang singgah pasar malam tempat saya meniaga. Ketika itu saya sedang menyiapkan barang-barang niaga. Dari jauh saya dengar orang memberi salam. Banyak kali. Sehinggalah sampai depan saya dia ucap salam dan dengan hati yang tenang dan senang saya jawab. Bagus kerana itu salah satu cara mendapat pahala. Bertahun dah saya lihat gelagat brader ni. Ramai orang kata dia tak berapa siuman. Tapi sekali-sekala bila nampak akan kebaikan yang dia buat tu kan dah bagus. Saya sendiri tak mampu nak bagi salam kat semua peniaga pasar malam macam yang beliau buat.

Sambung balik cerita tentang artis kita yang memberi dan menjawab salam. Banyak dalam telefilem, filem, cerekarama, cerita pendek, iklan dan macam-macam lagi. Kebanyakan mempermainkan perkataan salam ini. Ada segelintir dari kawan-kawan kita pun selalu amalkan apa yang artis kita buat.

Jadinya, saya harap kepada producer, penerbit, kawan-kawan, saudara saudari dan saya sendiri akan mengucapkan dan mengamalkan sebutan salam dan menjawab salam dengan betul. Kerana salah sebutan salam lain maksudnya. Harap kita dapat keberkatan dunia dan akhirat. Sekian

Isnin, 4 Mac 2013

DENGGI MEMANG KACAU

3 minggu sudah aku kene suspect demam denggi berdarah. Nasib baik aku ni nak kata cepat bertindak tak la cuma masa badan dah naik merah2 baru sedar kene denggi. Tapi memang dia buat kacau sampe ke ari ni aku hilang idea nak menulis coz nak update blog jadi kering idea. Camana nih.

Tapi takpe la. mungkin kene rehat lagi la tu...

REVERSE SKIT KE TAJUK 16 TAHUN DAH TINGGAL BENDA NI

Maaflah kepada pembaca sekalian kerana lama tak update blog ni. Bukan sebab sibuk. Tapi nak berehat panjang sikit kerana baru baik dari demam denggi. 


Tang tajuk tu ada kaitan jugak la coz sebelumnya aku tau kene denggi nih hari minggu tu aku main sekali lagi badminton. Cuma kali ni masuk court terus main dan tak buat streching dulu. Semangat terover sangat kot coz baru beli raket malam sebelum tu. So bila main dah tentu penat.

Esoknya pulak drive balik KL kul 10malam sampe KL kul 2.30 pagi. Tak boleh tido aku dibuatnya. Esoknya hari Rabu gi kije coz ada janji ngan orang kat kilang. Janji mesti ditepati. Cam orang politik la pulak. Badan dah sengal2 dan panas sejuk je sehari. Khamis malam baru gi klinik. Doktor bagi ubat sakit kepala ngan ubat tahan sakit. Paling power punya ooo. Malam tu aku telan ubat tu. Rasa sihat semacam jerk siap bagi tau bini sok dah boleh gi kije. Doktor ada bagi MC 2 hari. Aku cakap kat bini aku dah OK dah.

Lastly, kul 6 pagi badan aku menggeletar semacam orang kehabisan dadah. Selimut camana pun tetap menggeletar. Lepas tu aku jadi fobia nak makan ubat tu. Tapi disebabkan nak meniaga hari minggu ni kene jugak la makan. Kalu tak camana nak gi beli barang. Pagi Sabtu masa mandi aku tengok kat kaki dan badan dah naik merah-merah. Membe-membe kat pasar malam cakap memang kompem aku kene denggi. Diorang suruh aku gi spital malam tu jugak.

Hari Ahad pagi aku gi GH then memang betul bila result kuar. Cuma tak kene tahan kat wad la. GH bagi ubat yang sama jugak cuma tak sepower ubat yang mule-mula aku dapat.

Start dari hari tu atas nasihat doktor aku kene minum 100 plus atau lebih murah minum air masak banyak-banyak. Membe yg kije kat GH pun cakap macam tu. Aku amalkan dan 2 hari berikutnya aku bebas Denggi... Alhamdulillah...