RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 30 Januari 2013

HATI-HATI DENGAN HARGA-HARGA BARANG YANG DITAWARKAN

Apabila kita ke sesebuah pasaraya pasti mata kita jadi tak menentu kerana melihat banyak sangat barang-barang yang ditawarkan. Sampaikan apa yang kita tulis dalam senarai pun dilupakan. Kadang-kadang tak ikut dah senarai yang ada dek kerana nafsu keinginan yang tak boleh dikawal.

Tahukah anda, Walaupun slogan seperti GIANT "peneraju harga terendah" itu hanya tipu muslihat yang berjaya mereka kenakan kepada pengguna seperti kita? Walaupun Tesco, Carrefour, GM, Econsave dan macam-macam lagi pasaraya yang ada membuat jualan murah.

Iklan Giant dalan Harian Metro 30 Januari
Jika anda ingin berbelanja untuk jualan murah seperti iklan di atas, boleh. Tapi hanya lihat iklan tersebut kandungan barang-barang yang ada sahaja. Bagi barang yang tiada dalam iklan berkemungkinan besar harganya adalah berbeza atau tinggi sikit.

Lihat tanda harga pada baju dan harga yang dipamerkan

Lihat tanda harga pada baju dan harga yang dipamerkan
Percaya atau tidak anda mungkin ditipu hidup-hidup kenapa? Kerana harga yang anda nampak pada baju-baju terebut tidak dipamerkan hanya kerana saya tidak berpuas hati, jadinya saya keluarkan untuk dijadikan bahan bukti. Maknanya saya tak sembang kosong la kan...

Inilah gambar asal yang dipamerkan harga yang agak murah
Semoga dengan sedikit pendedahan ini kita akan lebih berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan dan menjadi pengajaran untuk semua bak kata Saidina Ali Karromallahunahu:

"Hari ini lebih baik dari semalam dan Esok lebih baik dari hari ini."

Sekian terima kasih.


PILIHAN WARNA UNTUK SI JEJAKA

Yang mana satu pulihan anda? Ikut suka? Atau memang anda tak minat pada warna yang ada? Tak Kisah ker kalau pilihan warna tak mengikut pilihan anda? Bacalah ye. Mana tau dapat sedikit info berguna...

Keratan Harian Metro 30 Januari

SUNGGUH MENYAYAT HATI BILA DITINGGALKAN IBU BAPA

Keratan Harian Metro 30 Januari
Luluh hati bila terbaca cerita ini manakan tidak baru beberapa hari dilahirkan dan kene tinggal merata-rata. Apalah nasib anak ini ditinggalkan? Nasib baik ada orang yang jumpa.

Soundtrack kisah ini. Klik SINI untuk dengar.

Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu bapa yang bertanggungjawab. Suka sama suka. Kalau bertepuk sebelah tangan takkan terjadi begini nasib anak ini. Manusia kini ke arah zaman jahiliyah. Masa melakukannya bukan main sedap sampai berjam-jam. Hasilnya dibuang begitu sahaja. 

"Ya Allah mudahnya kau berikan mereka zuriat ini, namun apakah nasib saudara-saudariku yang sukar mendapatkan zuriat mereka? Kau permudahkanlah mereka-mereka yang ingin mendapat zuriat Ya Allah. Aamiiin, Yaa Robbal Aalamiin."

SATU LAGI FAKTA SEJARAH TERBARU DI MELAKA

Keratan Harian Metro 29 Januari
Hard Rock Cafe menempa sejarah di Bandaraya Bersejarah Malaysia di Melaka dengan kos RM17 juta yang dilaburkan. Bertujuan untuk menjadi pusat hiburan untuk menarik pelancong. Inilah dia melaka yang kita kenali di mana sejarah membuktikan negeri ini asalnya pelabuhan entreport suatu ketika dahulu yang mempunyai sultan yang amat disayangi ramai dan akhirnya sultan itu pula yang mangkat dijulang. Oops... Orang Melaka jangan marah yer. Itu fakta sejarah. Nak marah kat Arkib Sejarah dan buku sejarah.

Ia adalah yang ke-3 di Malaysia selepas Pulau Pinang. Ia merupakan satu lagi MERCU TANDA BERTARAF ANTARABANGSA  yang menjadi kebanggaan PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI.

16 TAHUN DAH TINGGAL BENDA NI


Lama sungguh aku tak pegang raket badminton. Setakat main kat tepi rumah tu ada la sekali. Main kat gelanggang tahun 1997 dulu kat sekolah. Tu pun outdoor court. Member kerja kilang ajak main dalam dewan macam-macam alasan aku create. Tapi kali nie aku dah takde idea nak create alasan coz bila dok kampung memang takde aktiviti nak dibuat. So layan jugak la abang ipar aku ni.

Dia punya penangan memang satu badan terasa. Ya lah 16 tahun tak main, mana maunya nak pukul tepat pun dah tak buleh dok kene tulang raket je medang. Nasib tak semput aku dibuatnya. Ha hah ha hah ha...

RENTETAN DARI PERISTIWA BUAT KACAU

Memang di hati para peniaga pasar malam ada rasa terkilan dan benci melihat mereka yang meniaga barangan haram ini. Tapi apakan daya, semua kerana dunia duit dan budaya makan suap yang telah menjadi amalan sejak dari zaman purba lagi. Malah negara kita pula menduduki ranking pertama dunia dalam indeks rasuah. Jadi tidak mustahil la kan. Satu lagi catatan terbaik yang akan direkodkan ke "The Malaysia Book Of Records".


Klik SINI untuk baca kisah di atas.

Dari cerita yang saya pamerkan di atas, saya bertanya kepada tauke CD haram tersebut seminggu selepas kejadian penguatkuasa datang buat kacau. "Kalau nak setel kita buat cara gentle la. Buat apa nak takut-takut. Dia datang gentle. Kita datang pun gentle la, " kata tauke CD. Apa yang anda paham?

Maknanya semua kerja-kerja penguatkuasaan di Malaysia ni melibatkan makan suap. Kalau dulu seekor tikus pasti akan menyorokkan diri apabila ternampak kucing atau terbau akan kehadiran kucing di tempat mereka. Kini tidak lagi. Kenapa? Kerana saiz badan tikus itu sendiri membuatkan si kucing kecut perut untuk mengejar atau menangkap si tikus. Tak hairanlah kalau zaman sekarang pencuri, perompak, penjenayah boleh lepas begitu sahaja kan?

Selasa, 29 Januari 2013

JANGAN DIPOLITIKKAN ISU KALIMAH ALLAH, CARI JALAN PENYELESAIANNYA KAN LEBIH BAIK


Allah S.W.T telah mengurniakan mukjizat kepada semua rasul-rasul dan diantara rasul-rasul ini terdapt 4 Rasul yang dikurniakan mukjizat yang berupa kitab. Antaranya ialah Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quranulkariim. Namun penurunan kitab ini adalah berdasarkan waktu-waktu yang berbeza dan mengikut keadaan semasa ketika itu. Namun hanya satu sahaja kitab yang diturunkan secara berperingkat yang syumul meliputi segala aspek kehidupan, sosio-ekonomi, politik dan macam-macam lagi iaitu Al-Quranulkariim.

Bagi para penghafaz Al-Quranulkariim, mereka adalah sebaik-baik insan yang menjaga isi-isi kandungan Al-Quranulkariim kerana perkataan 'hafaz' itu bermaksud jaga. Apabila mereka ini menghafal kandungan Al-Quranulkariim secara automatiknya golongan kafir tidak mampu memperdayakan umat Islam yang ada kini kerana mereka inilah yang menyelamatkan isi kandungan daripada disalahcetak atau diubah ayatnya.


Isu kalimah Allah dalam Bible dimuatkan dalam media yang mempromosikan kitab itu atas cetakan dalam Bahasa Melayu yang mana perkataan GOD ditafsir ALLAH. Dari apa yang saya nampak, punca kepada segala kekusutan yang melanda ini adalah salah pentafsir itu sendiri. 

1) Siapa yang menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda kita?

2 Bukankah ada badan berwajib yang perlu melihat isi kandungan sebelum mencetak sesuatu buku?

Pada saya jika 2 soalan di atas dapat dijawab, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Tetapi masyarakat kita sendiri Islam umumnya kurang menggunakan perkataan ALLAH dan selalu menggunakan perkataan TUHAN sahaja. Malah bila sesuatu buku yang belakangnya atau dalamnya ada tertulis kalimah ALLAH pun dibiarkan atas lantai. Kita sendiri tidak hormat padaNYA macam mana kita nak ajar anak-anak kita menghormatiNYA?

Lagi satu soalan:

Adakah BIBLE itu kitab INJIL yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S?

Jawapannya ada di sini. Klik link untuk baca.

Seraya dengan itu telah kita ketahui agama SAMAWI (langit) iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam. Agama yang diturunkan melalui rasul dan wahyu membawa ajaran tauhid dan agama Islam. Perbezaan dari zaman Nabi Adam A.S hingga kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah dari segi syariat dan mempunyai persamaan dari segi akidah yang diterapkan kepada umat-umatnya.

Sedikit keterangan berkenaan Agama Samawi. Klik SINI untuk baca


Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Setiap bayi terlahir dalam keadaan fitrah (muslim muwahhid), namun kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nashrani atau Majusi. Sebagaimana seekor hewan melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna, adakah kamu dapati cacat padanya."

(Muttafaq 'alaih)


Sedikit keterangan berkenaan Agama MAJUSI. Klik SINI untuk baca

Kesimpulannya di sini adalah Yahudi dan Kristian yang ada kini bukanlah agama samawi yang diturunkan ALLAH. Malah tidak layak bagi mereka menggunakan perkataan ALLAH untuk terjemahan kitab mereka dalam Bahasa Melayu. Jika difahami betul-betul konsep kedua-dua agama ini sudah cukup untuk kita mengetahui akan tujuan mereka. Kepada media-media yang ada di Malaysia, faham-fahamlah ya.

PERJALANAN PULANG KE RUMAH IBU MERTUAKU

Perjalanan pada waktu siang ni agak kurang kurang minat kerana jalan pasti sesak apabila memasuki kawasan bandar. Satu lagi sebabnya mesti banyak singgah coz masing-masing mata nampak jer keadaan sekeliling. Nafsu dalam diri mula la tak terkawal. Dari KL jam 4 petang. Sampai Kuala Pilah kurang lebih 5.30 petang. Kepala dah mula sakit coz panas sangat. Perut pun lapar dan macam-macam lagi la dengan kerenah anak-anak. Nasib baik sume dok belakang ngan ibunya sekali.


Sebab tu selalu aku lebih suka memandu malam sampai ke dinihari. Suasana yang tenang dan tak banyak gangguan. Cuma gangguan daripada lori treller. Bukan nak kata mereka ni mengganggu perjalanan kerana aku tau tanpa mereka ni sesuatu barangan tak akan sampai ke satu tempat. Cuma yang buat aku rasa menyampah tu bila ekor atau kontena mereka ni kosong. Diorang ni suka berlumba jugak. Lepas tu bila bertembung dengan geng-geng ni selalunya mereka sahaja suka-suka masuk le laluan kita kononnya lori mereka ni besar sangat.


Selalu aku perhatikan bila kita yang memandu kereta, kalau lambat sikit padam lampu tinggi, pemandu lori ni akan sengaja masuk ke laluan bertentangan. padahal laluannya di sebelah kiri luas lagi. Apabila berlaku kemalangan dia lari terus je. Ada 2-3 kali jugak aku dengar kes-kes yang macam ni. Jadi berhati-hatilah apabila melalui jalan 2 hala ni. Terutama bila tiada pilihan lain kerana tiada kemudahan lebuhraya yang dibina.  Berhati-hatilah kepada para pengguna dan pemandu yang selalu lalu Jalan Bandar Sri Jempol via Keratong.

Alhamdulillah, akhirnya sampai di rumah mak mertua aku dekat-dekat kul 9mlm.

pahangdaily.blogspot.com
sejenakdiperjalananku.blogspot.com

KESIAN BRO TAK DAPAT SOKONGAN DARI KELUARGA SEDANGKAN DIA AMAT MEMERLUKANNYA

Satu kisah yang saya rasa memang memutus suatu semangat, hati dan perasaan seseorang yang pernah buat salah kepada keluarga, adik beradik dan masyarakat secara amnya. Kisah benar ini dialami sendiri oleh seorang Bro. Saje aku panggil dia Bro dalam blog ini kerana ia ada kaitan dengan hidup aku dan ahli keluarga yang lelainnya. 

Kisah Bro ini kalu nak diceritakan memang menyampah dan malas nak cerita coz ia sama macam dalam cerita kat TV dan orang lain pun ada mengalaminya. Cuma bila rasa tak puas hati yang membuak-buak dalam hatiku ini, membuatkan ku perlu meluahkan pendapat dan pandangan. Aku mintak maaf awal-awal kalau apa yang akan aku sampaikan nanti ada menyakitkan hati sesiapa. Tapi itulah realiti yang ada pada masyarakat kita sejak azali lagi hingga kini.

I'm not perfect, but the fact is truth.

Bro sudah banyak kali keluar masuk pusat serenti akibat kekantoiannya dalam pengambilan dadah yang berbagai jenis. Lihat pada wajahnya sahaja sudah menampakkan kecengkungan pipinnya serta badan yang kurus kering macam tak cukup makan, walhal rakyat Malaysia ramai mati sebab makan. Sudah memiliki 3 orang zuriat dan seorang isteri yang saban hari terlalu banyak bersabar dengan kerenah Bro ini yang kadang-kadang suka menyusahkan dirinya selama mereka berkahwin. Namun kali ini dia terpaksa melepaskan suaminya untuk kesekian kalinya kerana Bro masih ada kes lama yang tak selesai hukumannya. Akibatnya Bro ditahan lagi untuk ke pusat serenti selama 2 tahun (2011).

Tahun 2013 menjelma yang mana pertengahan bulan Januari adalah tarikh Bro bebas dan harapannya dia takkan ditahan lagi selepas ini. Bro bertekad tak mahu lagi mengulangi kesilapan lalu. Sayu di hati tak siapa yang tahu bila mengenangkan peristiwa silam yang banyak menghantui diri. Banyak kesilapan yang perlu diperbetulkan. Banyak lagi perubahan yang ingin dilakukan demi keluarga tercinta dan untuk melihat adik beradik dapat menerima dirinya yang selama ini SAMPAH MASYARAKAT.

Bro mula melangkah ke stesen bas berdekatan kerana tak sabar nak menemui keluarganya yang sudah sekian lama ditinggalkan. Sesampainya di rumah, tiada sesiapa pun kecuali sebuah motosikal. Anak-anaknya belum lagi pulang ke rumah kerana masih berada di rumah nenek mereka. Manakala isterinya sedang bekerja. Bro terus menuju ke rumah ibunya. Di situ Bro nampak adik-adik dan abangnya sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Ada diantara mereka ini yang bekerja shift petang. Itulah reaksi mereka yang kurang senang dengan kehadiran Bro pada tengah hari itu. Bro seperti biasa buat-buat macam tak ada apa yang berlaku. Bro menuju ke dapur untuk menemui ibu tercinta dan melihat anak-anaknya sedang menikmati makan tengah hari. Terlihat akan ayahnya yang sudah pulang, menjerit keriangan mereka ini kerana lamanya kerinduan bersarang di hati.

Setelah melihat keadaan keluarganya dalam situasi yang menggembirakan Bro pun memulakan langkah seterusnya untuk mencari kerja-kerja yang boleh dilakukan dirinya. Sebagai permulaan dia ingin berbakti kepada kaum keluarganya dahulu.

Bro        :Ada tak apa-apa yang mak nak saya tolong?
Mak Bro  :Kau tolong kutip besi-besi buruk yang ada kat keliling rumah ini. Banyak mak nampak dah karat seribu. Lepas tu kau jual la.

Tanpa banyak bicara Bro pun memulakan tugas. Kebetulan pula hari itu hari cuti umum, adik-adiknya yang tinggal berjauhan ada pulang ke kampung. Jadinya Bro merasa puas hati kerana dapat bertemu semua adik-beradiknya. Selepas dia mengumpul di suatu tempat, Bro memanggil anak-anaknya untuk pulang ke rumah kerana isterinya telah balik dari kerja.

Keesokan harinya ketika sedang melepakkan diri di rumah ibunya, Bro terdengar hebohan lori membeli besi buruk. Dah selesai satu tugas. Kemudian pada petang itu Bro sedang mencari mesin rumput. Adik beradik sedang berkumpul di atas pangkin sambil menikmati minum petang. Bro terdengar butir-butir percakapan mereka mengutuk dirinya. Ada yang kata 'dia kerja mentenen, masuk shift kul 3 sampai kul 7' berserta hilai gelak ketawa kerana terhibur. Banyak lagi kata-kata mereka yang cukup pedas diperlikan kepada Bro, cuma Bro buat-buat tak dengar je.

PENULIS

P/s : 

Inilah perangai yang aku tak suka dan gemar bila adik-beradik ramai. Mulut pun jadi ramai jugak. Suka sangat jaga tepi kain orang. Mengutuk, mengata dan macam-macam lagi. Takkan dah banyak kali masuk Pusat Serenti tak reti-reti nak insaf. Kurangnya sokongan dari keluarga adalah punca kepada insan seperti Bro ini akan kembali kepada dadah durjana. Ibu dan bapanya perlu menggunakan kesempatan itu untuk mengajar dan bukan provokasi ke atas Bro yang dijadikan bahan cerita. Sampai bila pun masalah takkan selesai. Macammana Bro nak berubah. Aku nampak banyak bekas-bekas pelatih Pusat Serenti kembali kepada cerita lama mereka kerana kebanyakkannya berpunca daripada keluarga sendiri.


Isnin, 21 Januari 2013

PERJALANAN KE KAMPUNG BERTEMAKAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Sepemulangan diri ke kampung tercinta yang telah mencipta pelabagai kenangan indah sepanjang kehidupan atas urusan kerja mengundang beberapa cerita yang indah dan turut sama yang tak indah. manakan tidaknya, pelbagai masalah perlu ditempuh. Antaranya tiket bas 11pm 13/1/2013 terpaksa ditukar kerana pemandu bas tidak mahu mengambil para penumpang yang akan menaiki bas di Hentian RAPID di Greenwood dengan alasan mereka terlambat setengah jam dari jadual asal. Kami dok menunggu di situ hampir 3 jam.


Esoknya terpaksa pergi ke Hentian Putra untuk mendapatkan tiket yang ditukarkan waktu perjalanannya. Nasib baik dapat tapi kos perjalanan ku bertambah tambah kerana dari rumah ke Hentian Putra dah kene tambang teksi RM10. Kemudian sampai di KT lagi kena ambil teksi kerana bas hanya ada sampai pukul 6 petang sahaja. Bas dari KL 10.45am dan sampai KT lebih kurang 6.45pm. Lagi kene caj RM15. Namun ada tugas yang perlu diselesaikan ku teruskan jua.


Bila dah ramai yang turun kat Kuantan aku pun mengambil seat depan sekali. Maklumlah tak pernah naik SKY VIEW ni. Cam jakun sikit laa. Yang best tu cam aku sendiri yang drive cuma takde stereng jer. Memang luas pandangan.


Masa ni dah pukul 6pm. Kat dalam gambar tu adalah Pulau Kapas. Last aku pegi pun tahun 1991. Agak-agaknya lah dah banyak kemajuan kat sana.


Itulah sedikit mengenai perjalanan ke KT. Hari kedua dok wat kije ke sana ke mari. Hari ketiga sampe tengah hari jer wat kija. So lepas tu aku merayau sampe ke Seberang Takir. Mestilah naik Bot Penambang coz itulah jalan yang paling mudah, murah dan seronok.



Yang buat aku konfius ni ha jeti yang cantik dan lebih kukuh serta memudahkan pengguna dari Seberang Takir untuk ke Pasar Kedai Payang atau urusan lain di bandar. Hanya cantik di pandangan mata sahaja dan tidak digunakan langsung. Atau ia dibina dan digunapakai semasa menonton Monsun Cup.


Mereka hanya menggunakan jeti ini sahaja yang terumbang-ambing dilambung ombak. Sekali tersalah langkah jatuh dalam sungai.

Jeti Seberang Takir
Bekas tapak jeti lama bot penambang


Inilah dia Bazaar Warisan yang bukan semua peniaga menjual warisan punya barang-barang. Baju budak-budak Boboboy pun ada. TAPAK WARISAN DUNIA.

Klik SINI untuk info TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Selepas patah balik ke Bandaraya Kuala Terengganu, aku singgah kat Kedai Payang sedikit beli ole-ole untuk anak-anak dan langsung menuju ke Restoren Nurul Iman yang mana ada kenangan yang menjadi inspirasi tertubuhnya Nasi Ayam Safi.


Berselera jugak aku makan kat sini cuma rasanya nasi ayamnya dah banyak berubah. Banyak pulak menu-menu lain seperti rojak buah, mee goreng dan macam-macam lagi. Kira tak menumpu sepenuhnya pada nasi ayam sahaja.

Seterusnya aku ke Terminal Bas Baru Kuala Terengganu untuk membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur esoknya dan terus pulang ke rumah untuk merehatkan badan kerana sakit kepala yang dok berdenyut-denyut dari semalam belum reda.


Itu dia si merah yang akan membawa ku ke Kuala Lumpur. Aku duduk di bawah pulak coz nak rasa macammana dia punya selesa seat 1 & 2. Seat boleh tahan cuma sempit sikit. Bagi orang yang berbadan besar dari aku memang tak selesa dibuatnya. Duduk di bawah ni cuma senang nak bagi tau pemandu dekat mana nak turun. Itu je kelebihannya.

Sekitar Kuala Dungun 1

Sekitar Kuala Dungun 2
Bas yang bertolak dari Kuala terengganu 9.30am akhirnya tiba di tepi rumahku dekat dengan Hiway Duke kurang lebih jam 4.45pm. Langsung aku jalan kaki 5 minit dah sampai. Aku letak barang-barang terus pegi lepak dengan member.

Kesimpulan pad perjalanan dan cerita di atas adalah banyak pengalaman yang aku dapat di sana dan dalam kesusahan sesuatu perkara itu ada kesenangan yang tak terduga yang akan kita dapat dalam sekelip mata. Jangan jadikan kesusahan itu suatu yang menyusahkan kerana ada kebaikan dalamnya yang tidak kita nampak. SEKIAN.


Jumaat, 18 Januari 2013

"TERBURU-BURU LAKSANAKAN GST"

Memang terburu-buru kerajaan kita nih. sikap yang macam nih la menyebabkan sokongan rakyat akan bertambah kurang kerana semua benda nak kena cukai. Kalu sebelum ni kita menikmati segala perkhidmatan yang hanya dibayar pada harga yang ditetapkan sahaja. Kini hantar kereta buat servis pun dah kena GST 6%.



Buat balancing dengan alignment pun dikenakan GST 6%. Ayat terakhir pada keratan akhbar tu hanyalah auta kare sahaja. 2 minggu lepas saya pergi buat servis kereta di Pusat Servis Proton pun ada kena GST. Ini bermakna rakyat hanya ditipu saje. PROTON YANG MENIPU ATAU KERAJAAN YANG MENIPU SAMA-SAMA KITA DIKENAKAN.

TAK BERBALOI PARA PENYOKONG RAMAI TAPI MAIN MACAM TAKDE PENYOKONG

Penat, rugi, buang masa dan macam-macam lagi luahan yang diluahkan para penyokong sang penyu. Lihat pada gambar sahaja sudah tahu betapa semangatnya para penyokong ini mengharapkan kemenangan pasukan mereka.




Keliling Stadium Sultan Ismail Nasharuddin Shah ini merupakan bangunan kerajaan. Semua kakitangan kerajaan turut sama menyaksikan perlawanan ini walaupun terpaksa duduk di tangga kecemasan bangunan untuk memberi sokongan. Namun harapan mereka meleset yang mana Terengganu hanya mendapat kekalahan yang kedua ketika Selangor bertandang ke Kuala Terengganu dengan kesudahan 1 - 2.

Harapan kepada pasukan Terengganu, jika anda mahukan penyokong terus disokong seramai ini, ubahlah corak pengurusan anda. ABC.

MEK HABSAH MASUK WAD


Timbul rasa terharu apabila mengetahui jiran setaman ini menghidap penyakit yang saya pun kurang pasti namanya. Apa yang diberitahu paru-paru bocor, menurut suami beliau. Itu pun selepas seminggu Mek Habsah masuk wad baru saya tahu. Macam lama juga tak nampak kelibat beliau di kedai makannya kerana beliau sering bergurau dengan mengatakan saya seniman jalanan. Harap beliau cepat sembuh. InsyaALLAH...

SEDIKIT MACAM PUTAR ALAM PUNYA CAKAP

Keratan Akhbar Metro 14 Januari 2013

Betui ka tak naik tarif? Dia kata nak selesaikan serta-merta masalah ini. Kalau serta-merta bermaksud dalam beberapa jam atau paling lama 2 hari. Tapi masalah ini takkan selesai jika kuasa tampuk pemerintahan terus berada pada Pakatan Rakyat. Jelas terbukti masalah air ini takkan dapat diselesaikan sepenuhnya. Baca tajuk berita ni pun dah faham.

Isnin, 14 Januari 2013

APA KE JADAHNYA NI?

apa la TRANASIONAL? BAS TRIP KUL 11PM 13/1/2013 KE KOTA BHARU, KUALA TERENGGANU DAN KUANTAN BOIKOT KER HENTIAN RAPID GREENWOOD? KITORG TUNGGU 3 JAM, BAS TAK SAMPAI? APA KE JADAHNYA NI?


Ingat kitorang ni tunggul kat bus stop ker?

Ahad, 13 Januari 2013

Memang buat kacau... Bukan nak menjalankan tugas...


Semalam Jam kurang lebih 8~9.30 malam area taman koperasi polis fasa 1, turun anggota DBKL seramai 2 orang yang berlagak macam orang awam konon-kononnya kerana nak berlakon untuk melihat peniaga yang tiada lesen, tiada kad thypod dan menggunakan khidmat PATI. 

Apa yang lebih menyedihkan di sini adalah terdapat segelintir peniaga yang memang terang-terangan meniaga barangan haram tidak langsung menunjukkan reaksi dalam ketakutan malah bangga-bangga. Peniaga makanan dan barangan lain jelas ketakutan kerana tiada lesen walaupun menjual barangan yang halal jelas VCD haram ini menjadi lubuk kepada 2 anggota DBKL ini kerana dua kali KAUTIM.

Mengikut sejarah susur galur pakciknya yang boleh dikatakan agak penakut kerana beliau sendiri yang akan menjadi TONTO, kini anak buahnya lebih hebat kerana semasa anggota DBKL ini berada di pasar malam ini, mereka masih meneruskan penjualan tanpa rasa bersalah. Adalah amat mustahil 2 anggota yang dihantar ini mempunyai masalah penglihatan, dan amatlah mustahil jika 2 anggota ini dikatakan kurang pengetahuan mengenai tujuan atau skop kerja.

Saya ada ambil gambar mereka tetapi terlalu kabur sehingga saya sendiri tak berapa nak jelas nampak kerana banyak pantulan cahaya yang sedikit sebanyak mengganggu.

Kesian beberapa peniaga yang dirampas hanyalah penyepit, ada yang dirampas talam, iaitu beberapa barang yang konon-kononnya penting untuk perniagaan mereka.

DENGAN AKU TAKUT PULAK LANGSUNG TAKNAK CEK!!!

Khamis, 10 Januari 2013

Al-Kisah Musuh Ketat Negara 2

Di warong Kak Melah.

Mat Din    : Bro, Ape cerita?
Shah        : Takde cerita la der...
Mat Din    : Lu cerita bro...
Shah        : Semalam gua dah cerita, hari ni lu pulak.
(Cerita adalah perkataan simbolik kepada aktiviti mengisap dadah ini. Hanya golongan ini sahaja yang memahaminya.)
Mat Din    : Gua line panas bro. Stok kering ni. Semalam kena kacau. Bersepah lari.
Shah        : Kau lepak mana semalam?
Mat Din    : Port Kubur sebelah loji.
Shah        : Amri dah pesan jangan pergi situ lagi selagi kes tak reda.
Mat Din    : Apa maksud kau kes tak reda?
Shah        : Kau tak tau ke Malek masuk dalam 2 hari lepas?

Salah seorang tokan besar telah tertangkap di Port Kubur pada waktu petang. Hampir setengah jam Malek menunggu pelanggannya yang belum tiba. Malek tidak mengenalinya. Disebabkan harga ditawarkan pelanggannya agak tinggi, langsung tak diendahkan keselamatannya. Manakala Dayak pembawa ganja mampat 1Kg juga belum sampai. Malek cuba hubungi Dayak.

Malek       : Aloo... Lu kat mana?
Dayak       : Gua tengah angkat lantai nak tutup lubang ni.
Malek       : OK. Diorang ni pun satu hal. Buang masa betul.
Dayak       : Apahal? Tak sampai lagi ke?
Malek       : Tu la sapal...
Panggilan dimatikan.

Belum pun sempat Malek menyimpan handphonenya pelanggan yang ditunggunya tiba. Dia mengecam lelaki ini kerana awal-awal lagi telah diberitahu akan penampilannya. Berseluar jeans lusuh dan berbaju T tanpa lengan. Sedang Malek bersembang dengan pelanggannya, kelibat Dayak terlihat dari jauh dengan jarak 500 meter. Tapi pergerakan motosikalnya amat perlahan. Dalam hati Malek membengkak. 

Gambar hiasan

Tika itu Malek langsung tidak menyedari akan penyamaran pelanggannya. Sekurang-kurangnya ada dua orang awam berdiri di luar kereta berdekatan mereka. Dua orang lagi anggota berada dalam kereta. Penyamaran mereka sebagai orang awam seakan berjaya. Target mereka untuk mendapatkan Malek yang sememangnya terkenal. Kekerapannya keluar masuk penjara amat merunsingkan pihak berkuasa. Dek kerana bukti yang tidak kukuh, dia dilepaskan. Setelah beberapa kali intipan dilakukan oleh mereka, akhirnya membuahkan hasil.

Keadaan sekeliling agak terkawal dengan pengawasan yang mencukupi. Lakonan sudah separuh jalan. Babak orang gila lalu adalah isyarat kepada pemberkasan Malek. Ini sedikit sebanyak mampu mengalih tumpuan Malek. Dia sememangnya cepat berang dengan orang yang mengganggu urusannya. Lalu orang gila tadi meminta sebatang rokok untuk dihisap. Dayak baru tiba. Tak sempat berhenti ganja di tangan terus dicampak. Dia segera beredar kerana menyedari keadaan tidak selamat. Di saat inilah SB-SB ini bertindak dengan memasung tangan Malek. Akhirnya Malek tertewas untuk kesekian kalinya Rakan-rakannya tidak mengetahui akan kejadian ini. Cuma Dayak sahaja.

'Celaka Dayak, dia tahu rupanya. Cis. Bedebah. Aku keluar nanti siap kau.' Bentak Malek dalam hati.

Malek pula tak di bawa terus ke balai. Ini kerana intipan para SB ini mendapati aktiviti Malek yang selalu keluar masuk di sebuah kedai. Apabila keluar, mesti menunggang motosikal dengan laju. Arah tujunya kurang dipastikan kerana mereka sering terlepas jejaknya. Jadinya Malek diheret ke kedai itu dulu. Kemudian mereka menemui 5Kg ganja mampat dalam sebuah bilik berlubang di bawah lantai. Di atas siling pula mereka menjumpai setengah kilogram lagi. Sebilah pisau atas meja untuk kerja-kerja pemotongan. Malek terdiam dan tak mampu berkata-kata.


Dayak terus memecut motosikalnya tanpa menoleh ke belakang lagi. Langsung menuju ke rumahnya dan memerap dalam bilik. Cuaknya Dayak bukan kepalang. Ini kerana semasa membelok motosikalnya tadi dia ternampak Malek sedang berbual. Tidak semena-mena dia terpandang akan sebuah kereta Proton Waja berwarna putih berjalur biru kuning. Ia diparkir lebih kurang 100 meter dari tempat Malek berbual seiring dengan kereta penduduk setempat. Dalam hatinya sudah terdetik untuk menghubungi Malek. Namun apakan daya kelibat dua orang mencurigakan dirinya memaksa dia meneruskan perjalanan. Kerana ianya memang perangkap. Langsung dia menuju ke arah Malek dan dia kaget. Lelaki itu adalah Dino.


'Apa yang Dino buat di sini. Setahunya, teman sepersekolahan itu telah berhijrah ke utara tanah air. Menurut Dino bapanya dipindahkan ke sana atas alasan kenaikan pangkat. Perkara ini berlaku selepas mereka menduduki peperiksaan SPM. Disebabkan beberapa isyarat yang dikenalpastinya tadi dia membuat kesimpulan bahawa Dino adalah seorang anggota polis. Memang dia terkejut sangat sehingga tercampak ganja yang hendak diberi kepada Malek. Malek memang tidak mengenali Dino. Dino hanya bersekolah di sini hanya setahun sahaja dan tinggal di beret polis. Memang kurang dia bergaul dengan masyarakat luar. Bapanya tegas dalam mendidik anak-anak.'

*                  *                 *

Mat Din    : Mana kau tau cerita ni?
Shah        : Dayak yang cerita kat aku.
Mat Din    : Mana kau tau kedai dia pun kena serbu?
Shah        : Jom kita lepak kat Rumah Puaka.
Mat Din    : Siapa ada kat sana?
Shah        : Kawan-kawan la.
Mat Din    : Stok takde. Takkan lepak kosong je?
Shah        : Nak tau tak kedai Malek kena serbu?
Mat Din    : Siapa yang tahu?
Shah        : Cerita kat sini nanti kau tak faham. Baik kau tanya orang yang tau.
Mat Din    : Jom. 

LAGI BERSAMBUNG...

Rabu, 9 Januari 2013


TERKESIMA DAN TERPEGUN MEMBACA BUKU HAMKA

Pada tahun 1958, Prof Dr. Hamka telah menulis risalah kecil bertajuk TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR. Buku ini kemudiannya diterbitkan kembali oleh Pustaka Dini pada tahun 2010.
Ia ditulis oleh Hamka dalam masa 5 hari bagi menjawab segala dakwaan mufti Johor kepada kaum Muda. Melihat kepada susun atur bahasa, soroton latar belakang sejarah sesuatu isu, fakta sejarah Islam sedunia pada masa itu, jawapan untuk setiap tuduhan, kemahiran Hamka memainkan ilmu alat Islam dan sebagainya jelas menunjukkan ketinggian ilmu Buya Hamka.

Hamka agak kecewa dengan beberapa tuduhan berat Mufti Johor pada masa itu Sayyid Alwi, lalu dijawabnya satu persatu secara teratur dan kemas. Antara tuduhan berat oleh Mufti Johor adalah:Kaum Muda meninggalkan beberapa tiang agama Islam, kaum muda penyebab
sambung baca klik SINI

Selasa, 8 Januari 2013

KISAH NABI SALEH A.S


Kaum Thamud adalah nama suatu suku kaum yang dimasukkan bahagian dari bangsa Arab oleh ahli sejarah dan ada pula yang menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama " Alhijir " terletak antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Aad yang telah habis binasa disapu angin taufan yang dikirim oleh Allah sebagai pembalasan atas pembangkangan dan pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud A.S.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud. Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah ruah, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yang indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang rata dan dipahatnya dari gunung. Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram, sejahtera, dan bahagia, merasa aman dari segala gangguan alam dan mengaku bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mereka berkorban, tempat mereka meminta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan. Mereka tidak dapat melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang dapat mereka jangkau dengan pancaindera.

Nabi Saleh berdakwah kepada kaum Tsamud

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya pesuruh disisi-Nya untuk memberi penerangan dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Demikian pula Allah tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada suatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjuk oleh-Nya dengan perantara seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasul-Nya. Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mereka telah diutuskan Nabi Saleh seorang yang telah dipilih-Nya dari suku mereka sendiri, dari keluarga yang terpandang dan dihormati oleh kaumnya, terkenal tangkas, cerdik, pandai, rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.

Dikenalkan mereka oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yang sepatutnya mereka sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah mencipta mereka, menciptakan alam sekitar mereka, menciptakan tanah-tanah yang subur yang menghasilkan bahan-bahan keperluan hidup mereka, mencipta binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna bagi mereka dan dengan demikian memberi kepada mereka kenikmatan dan kemewahan hidup dan kebahagiaan zahir dan batin. Tuhan Yang Esa itulah yang harus mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mereka bahwa ia adalah seorang daripada mereka, terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah. Mereka adalah kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adalah seketurunan dan sesuku dengan mereka. Ia mengharapkan kebaikan dan kebajikan bagi mereka dan sesekali tidak akan menjerumuskan mereka ke dalam hal-hal yang akan membawa kerugian, kesengsaraan dan kebinasaan bagi mereka. Ia menerangkan kepada mereka bahwa dia adalah pesuruh dan utusan Allah, dan apa yang diajarkan dan didakwahkan kepada mereka adalah amanat Allah yang harus dia sampaikan kepada mereka untuk kebaikan mereka semasa hidup dan sesudah mereka mati di akhirat kelak. Dia berharap yang kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan bersungguh-sungguh apa yang dia serukan dan anjurkan agar mereka segera meninggalkan penyembahan kepada patung berhala itu dan percaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon keampunan kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan. Allah maha dekat kepada mereka dengan mendengarkan doa mereka dan memberi keampunan kepada yang bersalah apabila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yang bagi mereka merupakan hal yang baru yang tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mereka sendiri. Maka serentak ditolaknya ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya:"Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbanganmu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya untuk memimpin kami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami hadapi, memberi petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis dan kesusahan. Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dengan tingkah lakumu dan tindak tandukmu yang menyalahi adat-istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami? Engkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap menjadi pegangan untuk selama-lamanya. Kami sesekali tidak akan meninggalkannya kerana seruanmu dan kami tidak akan mengikutimu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap kosongmu bahkan meragui kenabianmu. Kami tidak akan mendurhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan mereka dan mengikuti jejakmu."

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah yang telah mengurniai mereka rezeki yang luas dan penghidupan yang sejahtera. Diceritakan kepada mereka kisah kaum-kaum yang mendapat seksaan dan azab dari Allah kerana menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. Hal yang serupa itu dapat terjadi ke atas mereka jika mereka tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya, yang diberikannya secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar mereka dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah daripada mereka atas usahanya itu. Ia hanya menyampaikan amanat Allah yang ditugaskan kepadanya dan Allahlah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya memberi pimpinan dan tuntutan kepada mereka.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang yang berkedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yang terbesar terutamanya mereka yang tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata kepadanya:" Wahai Saleh! Kami kira bahawa engkau telah dirasuk syaitan dan terkena sihir. Engkau telah menjadi sinting dan menderita sakit gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau tidak sedar yang engkau telah mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku bahwa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu daripada kami semua sehingga engkau dipilih menjadi rasul, padahal ada orang-orang di antara kami yang lebih patut dan lebih cekap untuk menjadi nabi atau rasul daripada engkau. Tujuanmu dengan bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin bagi kaummu. Jika engkau merasa bahwa engkau cerdas dan cergas dan mengaku bahwa engkau tidak mempunyai arah dan tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah usahamu menyiarkan agama barumu dengan mencerca penyembahan kami dan nenek moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang tua kami lebih dahulu.

Nabi Saleh menjawab: " Aku telah berulang-ulang mengatakan kepadamu bahwa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun daripadamu sebagai balasan atas usahaku memberi penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini yang aku lakukan semata-mata atas perintah Allah dan daripada-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menterlantarkan tugas dan amanat Tuhan kepadaku, padahal aku talah memperoleh bukti-bukti yang nyata atas kebenaran dakwahku. Janganlah sesekali kamu harapkan bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk melanjutkan penyembahan nenek moyang kami yang jahil itu. Siapakah yang akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu."

Setelah gagal dan berhasil menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh dan dilihatnya ia bahkan makin giat menarik orang-orang mengikutnya dan berpihak kepadanya, para pemimpin dan pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang makin lama makin mendapat perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.

Allah memberi mukjizat kepada Nabi Saleh a.s

Nabi Saleh sedar bahawa tentangan kaumnya yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat itu adalah bertujuan hendak menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya bila ia gagal memenuhi tentangan dan tuntutan mereka. Nabi Saleh membalas tentangan mereka dengan menuntut janji dengan mereka apabila dia berhasil mendatangkan mukjizat yang mereka minta bahwa mereka akan meninggalkan agama dan penyembahan mereka dan akan mengikuti Nabi Saleh dan beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah agar memberinya suatu mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia memohon dari Allah dengan kekuasaan-Nya menciptakan seekor unta betina dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.

Maka sejurus kemudian dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu dan keluar dari perutnya seekor unta betina.

Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mereka: " Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah, dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan minuman bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya apabila kamu mengganggu binatang ini." Kemudian berkeliaranlah unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan dan ketika giliran minumnya tiba pergilah unta itu ke sebuah perigi yang diberi nama perigi unta dan minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh itu datang minum, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari makin merasakan bahwa adanya unta Nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Saleh mendatangkan mukjizat yang mereka tuntut gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usahanya untuk menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pengaruh Nabi Saleh bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilangkan banyak keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mereka pemilik-pemilik ternakan yang merasa jengkel dan tidak senang dengan adanya unta Nabi Saleh yang bermaharajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.

Unta Nabi Saleh Dibunuh

Persekongkolan diadakan oleh orang-orang dari kaum Tsamud untuk mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh dan selagi orang masih dibayangi oleh rasa takut dari azab yang diancam oleh Nabi Saleh apabila untanya diganggu di samping adanya dorongan keinginan yang kuat untuk melenyapkan binatang itu dari atas bumi mereka, muncullah tiba-tiba seorang janda bangsawan yang kaya raya yang akan menyerah dirinya kepada siapa yang dapat membunuh unta Saleh. Di samping janda itu ada seorang wanita lain yang mempunyai beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yang berhasil membunuh unta itu.

Dua macam hadiah yang menggiurkan dari kedua wanita itu di samping hasutan para pemuka Tsamud mengundang dua orang lelaki bernama Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif berkemas-kemas akan melakukan pembunuhan bagi meraih hadiah yang dijanjikan di samping sanjungan dan pujian yang akan diterimanya dari para kafir suku Tsamud bila unta Nabi Saleh telah mati dibunuh.

Dengan bantuan tujuh orang lelaki bersembunyilah kumpulan itu di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta dalam perjalanannya ke perigi tempat ia minum dan begitu unta-unta yang tidak berdosa itu lalu segeralah dipanah betisnya oleh Musadda' yang disusul oleh Gudar dengan menikamkan pedangnya di perutnya.

Dengan perasaan megah dan bangga pergilah para pembunuh unta itu ke ibu kota menyampaikan berita matinya unta Nabi Saleh yang mendapat sambutan sorak-sorai dan teriakan gembira dari pihak musyrikin seakan-akan mereka kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang gilang- gemilang. Berkata mereka kepada Nabi Saleh:" Wahai Saleh! Untamu telah mati dibunuh, cubalah datangkan akan apa yang engkau katakan dulu akan ancamannya bila unta itu diganggu, jika engkau betul-betul termasuk orang-orang yang terlalu benar dalam kata-katanya."

Nabi Saleh menjawab:" Aku telah peringatkan kamu, bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu maka tunggulah engkau akan tibanya masa azab yang Allah talah janjikan dan telah aku sampaikan kepada kamu. Kamu telah menentang Allah dan terimalah kelak akibat tentanganmu kepada-Nya. Janji Allah tidak akan meleset. Kamu boleh bersuka-ria dan bersenang-senang selama tiga hari ini kemudian terimalah ganjaranmu yang setimpal pada hari keempat. Demikianlah kehendak Allah dan takdir-Nya yang tidak dapat ditunda atau dihalang."

Ada kemungkinan menurut ahli tafsir bahwa Allah melalui rasul-Nya, Nabi Saleh memberi waktu tiga hari itu untuk memberi kesempatan, kalau-kalau mereka sedar akan dosanya dan bertaubat minta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh kepada risalahnya.

Akan tetapi dalam kenyataannya tempoh tiga hari itu bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepat datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari lagi.

Turunnya azab Allah yang dijanjikan

Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yang akan menimpa di atas mereka akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu pada hari pertama bila mereka terbangun dari tidur, wajah mereka menjadi kuning dan akan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih.

Mendengar ancaman azab yang diberitahukan oleh Nabi Saleh kepada kaum kelompok sembilan orang iaitu kelompok pembunuh unta merancang melakukan pembunuhan ke atas diri Nabi Saleh mendahului tibanya azab yang diancamkan itu. Mereka mengadakan pertemuan rahsia dan bersumpah bersama akan melaksanakan rancangan pembunuhan itu di waktu malam, di saat orang masih tidur nyenyak untuk menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh, jika diketahui identiti mereka sebagai pembunuhnya. Rancangan mereka ini dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh siapapun kecuali kesembilan orang itu sendiri.

Ketika mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancangan jahatnya di malam yang gelap-gelita dan sunyi-senyap jatuhlah di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan yang seketika merebahkan mereka di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Demikianlah Allah telah melindungi rasul-Nya dari perbuatan jahat hamba-hamba-Nya yang kafir.

Satu hari sebelum hari turunnya azab yang telah ditentukan itu, dengan izin Allah berangkatlah Nabi Saleh bersama para mukminin pengikutnya menuju Ramlah, sebuah tempat di Palestin, meninggalkan Hijir dan penghuninya, kaum Tsamud habis binasa, ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.

Pengajaran dari kisah Nabi Saleh a.s


Pengajaran yang menonjol yang dapat dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah bahwa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat yang negatif dapat membinasakan masyarakat itu seluruhnya.

Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur, bahkan tersapu bersih di atas bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh beberapa orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S. Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah agar kita melakukan amar makruf, nahi mungkar. Ini kerana dengan melakukan tugas amar makruf nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam masyarakat dan perlindungan kita, kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu.

Bersikap acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

Kisah Nabi Saleh dalam al-Quran

Kisah Nabi Saleh telah diceritakan dengan 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A'raaf, ayat 73 hingga 79, surah "Hud" ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah "Al-Qamar" ayat 23 sehingga ayat 32.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Saleh_a.s.

Jumaat, 4 Januari 2013

DATUK TEMENGGONG KANANG ANAK LANGKAU MENINGGAL DUNIA

Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau
Berita klik sini

Slogan "AGI IDUP AGI NGELABAN", yang membawa maksud selagi hidup, selagi berjuang kerana beliaulah yang mempopularkannya. Terbukti dalam sejarah kehidupan beliau dalam perjuangan menentang Komunis amat hebat sehingga mendapat pingat Panglima Gagah Berani ketika itu. Sedikit mengenai beliau semasa berperang iaitu akan ketakutan beliau dengan badi askar yang ditembak mati. Untuk mengelak dari terkena badi beliau akan membelah kepala askar yang mati itu dan memakan otaknya. Beliau juga selalu diganggu dengan imej orang tua yang berbaju putih semasa di dalam hutan.

Untuk mengetahui kisah yang lebih lanjut klik sini.

Kalau tak silap ini adalah versi pertama

Selebihnya anda boleh membeli atau meminjam dari perpustakaan buku 'KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN' keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang telah saya baca ketika berada di tingkatan satu.

NABI MELAKNAT PEREMPUAN YG MENIPISKAN/MENCUKUR BULU KENING

Gambar hiasan

FIRMAN Allah bermaksud: 

"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan -umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59).

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani).

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Semoga anda mendapat iktibar dan pen
gajaran daripada petikan hadis di atas. Wallahu a'lam bissowab.