RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 7 Februari 2013

ENAM HAK SESAMA MUSLIM

Keratan Harian Metro 7 Febuari

Berikut adalah enam hak sesama muslim yang mungkin kita terabai.

Selamat beramal.

FELDA TAMBAH AKADEMI BOLA SEPAK

Keratan Harian Metro 7 Febuari
Pada masa mendatang, kerancakan bola sepak di negara kita akan lebih rancak dengan tertubuhnya 3 buah lagi akademi bola sepak yang dikelolakan oleh FELDA. Kini hanya ada sebuah iaitu di Kuantan. Menurut Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad 3 buah akademi tersebut akan dibina di Gua Musang, Alor Setar dan Johor Bahru. Ini bermakna kemungkinan pasukan FELDA UNITED akan beranak menjadi FELDA UNITED A, B, C dan D. Bagus kerana kita akan memiliki lebih ramai pelapis. Cuma apa yang kita mahu adalah pemain-pemain yang lebih berkualiti.

DATUK YAHYA SULONG MENINGGAL DUNIA

Keratan Harian Metro 7 Febuari
Arwah popular dengan gelaran PAK YA ini memang banyak berlakon dalam filem-filem melayu. Siapa yang tidak kenal dengan arwah yang terkenal dengan lawaknya tersendiri. Tahun 1992 aku bersekolah di depan rumah arwah walaupun tak pernah berjumpa tapi itulah dia atris yang low profile.

Pernah berkhidmat sebagai anggota polis semasa zaman pemerintahan Jepun. Beliau koma angkara kekejaman pemerintah Jepun ketika itu.

Antara filem lakonan beliau:

  • Abu Nawas (Filem Pertama)
  • Gila-Gila
  • Putus Sudah Kasih Sayang
  • Da Di Du
  • Toyol
  • Si Luncai
  • Prebet Lapok
  • Senario The Movie
*Sumber wikipedia. Klik SINI untuk lagi info mengenai Arwah Datuk Yahya Sulong.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah, Sekian.

Isnin, 4 Februari 2013

KESIAN ABON TAPI SEMANGAT TU YANG BAGUS

Keratan Harian Metro 4 Febuari
Itulah dia semangat juang Abon yang tak mahu menghampakan peminatnya di Mersing. Kejadian yang berlaku di Jalan Endau-Mersing menyebabkan keretanya tersangkut di longkang di tepi sebuah selekoh. Tidak dinafikan Jalan Endau-Mersing ini memang agak merbahaya apabila hujan atau pun tak hujan. Mana taknya jalannya saje banyak selekoh-selekoh maut dan berbukit-bukau dengan ladang kelapa sawit lagi. Saya pun baru beberapa kali saje lalu situ. Memang menakutkan sikit la dari segi faktor fizikal jalan tu. 

Syabas buat Abon yang tak sanggup menghampakan peminatnya kerana beliau sanggup menumpang kereta orang lain dan meninggalkan keretanya di situ demi peminatnya di Mersing.

LAGI CERITA KECUAIAN MEMANDU

Pagi tadi kurang lebih jam 10pg. Saya on the way ke kilang. Di Hiway DUKE dari arah karak ke Sentul lebih kurang 600 meter sebelum sampai di persimpangan utara dan selatan. Saya berada di lorong tepi sekali. Sebuah kereta berada di kanan sedang memotong saya yang menunggang motosikal. Di belakang ada sebuah kereta Kancil earna putih selorong dengan saya. Saya bagi signal ke kanan kerana saya nak ke arah utara. Saya terus ke kanan kerana tiada kereta. Dibelakang Kancil tadi ada sebuah bas persiaran yang masih di lorong tepi dan saya berada di lorong tengah sekali.

Sampai di selekoh saya terus membelok ke kanan. Tetapi Perodua Kancil tadi langsung menghimpit saya ke kanan jalan dan hampir-hampir nak termasuk ke lorong paling kanan. Sedangkan Kancil (W#L 4#91) tadi berada di laluan selekoh ke kiri. Saya cuba intai pemandunya dan rupanya seorang perempuan yang penuh dengan keegoannya kerana langsung tak mengangkat tangan kerana dah buat silap. Padahal untuk dia membelok ke utara masih banyak ruang dan masa sebelum dia bertindak demikian.

Nasib baik saya tergerak hati nak tengok tayar kereta Kancil tu. Kalau tak ada dua kemungkinan. Pertama dia akan langgar dinding flying over. Kedua dia himpit saya dan tergolek kat tengah jalan dan dirempuh.

Kepada masyarakat sekalian, gunalah segala deria yang kita ada untuk keselamatan di mana-mana jua. Kerana malas membaca dan tak ada perancangan serta kurang pengetahuanlah soal keselamatan tidak dititikberatkan.

AMALKAN PEMANDUAN SELAMAT

7 TEMPAT DILARANG SOLAT

Keratan Harian Metro 4 Febuari
Berikut adalah tempat yang dilarang melakukan solat:


  1. Tempat pembuangan sampah
  2. Tempat penyembelihan (haiwan)
  3. Kubur
  4. Di tengah jalan
  5. Di bilik mandi
  6. Kandang Unta
  7. Atas (bangunan) Kaabah.

TUAH BOGO BAKAR TAMBAH 2 CAWANGAN


Keratan Harian Metro 4 Febuari

Bogo Bakar? Pebende nih? Ha ha ha... Burger bakar. Sleng nogoghi. Nasib tak sleng Melaka. Memang kurang jelas bagi aku coz aku nih asal Ganu Kiter... Memang bertuah tokei Tuah Bogo Bakar (TBB) ni dan cukup bertuah jugak kat kat coz aku dan Greenwood memang tak jauh. Buleh try nih. 

Satu lagi cawangannya di Pantai Dalam. Agak jauh la kalau aku nak ke sana. Nasib baik dia nak bukak kat Greenwood. Hmm... Apo laei... Moh la kedogheh pekena Tuah Bogo Bakar. Nanti abih, melopong Jang...