RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Sabtu, 27 April 2013

RAJA LAWAK 7 MINGGU KE 3 (TEMA IKLAN)

Agak memukau gak kali ni kerana untuk ulasan saya kali ini ramai pulak yang baca. Terima kasih la yer kerana sudi.


1. Kumpulan GANU (Selamber)

Punch linenye macam tak menjadi. Mungkin sebab persembahan pertama boleh dikira OK. Masih punch line minggu lepas pandai dan canggih. Stail pun cakap pun lebih kurang. Ada peningkatan dari segi persembahan dengan punch line yang lain di depan gua, unta, badak, laju, gajah kawin, coklat dan very nice yang bulah la klakarnya.

AC
- Ada trademark.
- Pandai, canggih cantik
- Pandai guna elemen abnormal.
- memang sukar buat lawak dengan tema iklan.


2. Kumpulan BORA

Starting lagu sedih pedih terluka kena air garam. Punch line dengan perkataan buah. Buah manggis, buah dalam tin, buah hati, buatan Malaysia, Buaya, Sebuah cerita. Endingnya bagi saya cukup menarik dengan silent comedy yang berjaya.

Apek
- Lambat habis camni
- Memang masalah dengan kontent dan kemisri yang menjadi.
- Isma kata tak dengar cakap (mungkin gurau).
- Jangan terlampau selesa dan terus workhard.


3. Kumpulan PAHAT (kasi pahat dalam hati)

Punch line yang tak berapa nak jadi. Dia mai, kepala dia aku putaq, UPSR return 5 kali, Si Eton dengan Si Minah beruk kesayangan hang. Ada kisah Kasim Selamat yang taknak menyanyi dan main seksofon. Semput, Kisah apek tukang kasut makan kitkat.

Isma
- bagi lucu lagi.
- orang sunyi dan tak ketawa


4. Kumpulan KINTAN (Selamber)

Sayakan driver bos. Punch line yang menjadi, Gaji baru pulak cam malap terus. Kemudian diorang bercerita cam sembang berdua jer coz dah selesa menyembang. Selamat hari pekerja.

AC
- mencuba tapi tak berjaya.
- buat iklan tapi produk kurang menonjol.
- bila di pentas reaksi muka tak nampak sebab berinteraksi berdua sahaja
- seolah-olah membelakangkan penonton


5. Kumpulan OK (Careee)

Saya leman takkan Fasha Sanda. Jangan rerame naik, takut roboh. Kamu duduk, kamu makan. Besonya rumah pak akop, rumah teman lagi beso. Apa ke rahsia kamu leman, dah nama pun rahsia. Menternak kambing hidroponik. Bisnes kene inovatif, kreatif, Najwa Latif. Air tebu Air kelapa.

Di atas tu adalah punch line yang jadi dan ada yang tak.

Apek
- macam tak berapa jadi
- kome ok cuma kene berusaha, buat homework dan sustaine.

AC
- Persembahan betul
- tak lebih tak kurang


6. Kumpulan GAMAT (ambik ubat)

Amerika Syarikat dibuka oleh Amir I'm sori, Oppa gangnam style, psy korea, yang ni pty petai. Paling baru Gamat raja lawak. Abang lupa jaafar On the way. betul ke bohong? Gagal ke tak lulus. Makan kit kat dapat A+. Dapat student pandai.

Isma
- Komedi ada datang ada lucu ada cerita penonton ketawa.


7. Kumpulan XTRA (layan)

Teka teki, semut beratur naik bas. Bas yang semut naik tadi. Jadi suara P Ramlee. Mintak Anuar Zain jadi M Zain. Jadi Awie. Amy Search. Kira ok lah persembahan diorang ni.

AC
- Menarik cuma paling best dekat last-last
- macam tak yakin dengan diri sendiri
- lawak menarik.


8. Kumpulan BOY (bikin panas)

Papan tanda iklan. Dengan Kit Kat, belum tahan sudah berenti. tersepit kaki.
tersepit jari, makan kitkat terus beranak, bayar tambang, lambat punya pasal, lepas makan kitkat boleh pulak. lambat kome ni. lakon johan dan zizan. Boleh untuk seorang peserta solo.

Apek
- solo tugas berat.
- Yakin dan percaya dengan apa yang dibuat.


9. Kumpulan TUAH (jeghan)

Lompat ke tepi dah jadi 2 tempat kita berjalan. hamba nampak arnab tadi, tom tombak, balik rumah ambik keris, nama hamba jebat, don't talk like crab, ubat kurus, jangan bermain dengan kata, tadi terbang sekarang belahlah.

Isma
- Lawak kasi komedi orang tak ketawa
- Part tertentu OK
- Kalu boleh bagi 3 minit tu ketawa.


10. Kumpulan WALA

Sekejap boleh, kereta kasi lalu dulu, nama don wori be hepi, senang hati susah tiada lagi, ini lagu tara kuca, rasa rambut ada lurus, semua duduk dalam, rilek la kitkat pun ada duduk dalam, bukan please, dari tadi tunggu bas, single seat, souple seat, belajar sikit-sikit, Rasa coklat bukan rasa pisang dan yang penting ditanggung jawab. Punch line menjadi.

AC
- Agak frust macam ni baru betul
- Boleh tergelak dari mula sampai habis
- Penuh gelak konsisten dan pandai jaga momentum.


11. Kumpulan TARAS (Tunjuk kat dia)

Panggil hantu ke batu,the rock yang keluar. lapar, macam sathiya jawapan kosong 3 suku, vibrate, no. yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Langsung tak menjadi.

Apek
- minggu lepas jadi mamak. minggu ni pirate jadi mamak.
- sunyi sangat, kene kerja keras lagi.


12. Kumpulan SAKAN (balun)

Ngantuk, malu, hantu tak tutup aurat, ambil remote tutup, awat tak keluar, Cari stadium bukit jalil tapi sampai tembok besar cina, didie alias marathon. Ending ada hampeh sikit.

Isma
- Komedi lawak
- Bagus

Keseluruhan persembahan agak membosankan dan hanya ada 2 ke 3 kumpulan yang agak-agak ok. Saya tak suka kata ok sangat kerana ada juga perserta yang turun dan naik graf persembahannya.


Bottom 3 --> Ganu, Taras & Gamat.

Lastly Taras terkeluar/Tersingkir.

P/s: Buat abang Isma, Tang komen tu jangan la nyanyi coz peserta agak sukar nak tau yang mana komen yang mana lagu. Harap maklum

Sabtu, 20 April 2013

RAJA LAWAK 7 MINGGU KE 2 (TEMA KEDAI KOPI)

Kumpulan OK

Intro dah cantik, punch line banyak berkisar tang burger. Bergetah, bergema bergeliga, bergegas. Tempo selamba dengan muka mamat skema memang menjadi untuk aksi permulaan yang hangat.

AC - Bergembira.


Kumpulan KINTAN

Lawak biasa, Punch Line botol minyak jer laku, cakap laju.

Apek - Kreativiti nampak tapi kontent takde


Kumpulan GANU

Punch Line besar, muka hangus, pandaaai, air, rumah batu. Jalan cerita ok cuma tak kene dengan tema.

Isma - Konfiden, ada mood, dan tak kene dengan tema.


Kumpulan BORA

Punch line bergegar, tilam, buta huruf, tetiba tercelik. Ikut tema tapi punch line tak menjadi.

AC - Menyeramkan dan perlu lebih baik minggu depan.


Kumpulan TUAH

Punch line dilarang mengepaip, satu nafas sebut pak hang,tercekik gigi palsu, dia lari aku ligan. Lawak biasa tak berapa nak menjadi sangat.

Apek - Cantik pasu pada bunganya, Cantik melayu pada bahasanya. Ada yang boleh dan tak boleh.


Kumpulan PAHAT

Punch line AC nak smash kepala, mak mertua gigit kepala, kain mana, nasi dah jadi bubur. Biasa jer, muka cam Zaibo.

Isma - Kene peka dengan environment dan related dengan tema.


Kumpulan SAKAN.

Punch line pukul, berselerak, babyface, jem beli roti tekong.

AC - Tak semestinya semua ahli kumpulan ada buat punch line.


ALI (Peserta single)

Punch line sedap mata memandang, tengok kat youtube, jangan suka curi masa, eh eh arnab.

Apek - Kitorang tegur sebab kitorang saaayang semua.


Kumpulan TARAS

Punch line pakai wifi, tanya depan la, tanya tepi apa cerita, lembaga tak nampak, orang kencing, hah satu kali. Sembang je lebih.

Isma - Elemen yang JOZAN mainkan kene ambil dan peka dengan persekitaran.


Kumpulan WALA

Punch line ayat power, pakaian funky, touch n go, what up doc, line clear linesman, kau on hidup la kau off dia mati. Lawak memang menjadi.

AC - Begitu baik malam ni dan terus berkembang.


BOY (Peserta single)

Punch line cerita sedih, mmm halus, salahkah saya hensem, pakai ..., setia sampai dapat girlfriend baru, dasar jantan gelojoh, bikin panas. Penceritaan slow motion.

Apek - Stail lawak lain dari yang lain. Saya Ache...


Kumpulan XTRA

Punch line makan angin, kereta dia yang mati, Ali sayang semua, bersabar dengan perangai kau ni.

Isma - Lawak menjadi tapi kurang mantap.


Kumpulan GAMAT

Punch line muka burok memang kene halau, rambut palsu, dapur, masaklah je kat aku, masalahnya ros tu adik dia, nama dia mawar.

Lawak sembang.

AC - Dari segi penceritaan kurang dan punch line tak menjadi.


EMY (Peserta Single)

Punch line, siap ko aku kerjakan lepas ni, air liur basi, joget hindustan, kopi O, copyright control, kau pikir la sendiri.
Macam tak jadi je lawaknya.

Apek - Emy & Amir macam sama, bahaya dan perlu lebih dari Amir.


3 perserta bottom 3 GANU, EMY dan ALI.

2 peserta terkeluar minggu ini EMY dan ALI.

Secara keseluruhan aku puas hati dengan persembahan diorang ni cuma tang punch line tu nak kene diperbetulkan kerana banyak yang tak menjadi. 

Bagi kami yang menonton di rumah amat TIDAK PUAS HATI DENGAN MUTU AUDIO YANG DISEDIAKAN KERANA BANYAK PUTUS-PUTUS. HARAP AUDIO MANAGER RANCANGAN RAJA LAWAK JANGAN SUKA-SUKA NAK TUTUP SUARA KERANA BANYAK PUNCH LINE YANG KAMI TAK DAPAT DENGAR DAN HANYA NAMPAK GERAKAN PADA MULUT PESERTA SAHAJA. AMAT RUGI. KAMI BAYAR PAKAI DUIT KAMI. BUKAN PAKAI DUIT KORANG....


INI BUKAN LAWAK CHARLIE CHAPLIN!!!


Rabu, 17 April 2013

TAN SRI SM SALIM DIACU SENAPANG KETIKA MENYANYI

Keratan Harian Metro 17 April
Beginilah sedikit sebanyak kisah mengenasi insan yang bergelar seniman iaitu Tan Sri SM Salim. Beliau adalah Artis kedua di Malaysia yang bergelar Tan Sri selepas Tan Sri P Ramlee.

Sedih juga bila terbaca kisah beliau diacu senapang ketika menyanyi. Tapi demi mencari rezeki dan seni yang beliau minati sanggup direah jua.

Klik SINI untuk dengar.

Salah sebuah lagu yang paling saya minati dan banyak lagi. Sumbangan beliau dalam bidang nyanyian dengan gerne irama asli memang tidak dapat disangkal lagi. Zaman ini mana ada lagi artis yang menyanyikan irama asli kerana tiada minat yang mendalam. Walaupun ada rockers yang menyanyi irama melayu seperti Ramli Sarip tapi gerakan irama asli terus dipinggirkan.

Ramai artis kita yang ada hari ini lebih gemar merosakkan lagu asal dengan memasukkan elemen hip hop atau rap yang kononnya asimilasi (bak kata KRU). Sejauh mana kejayaan mereka? Apa yang saya nampak hanya selangkah sahaja mereka bergerak. Yang lain di depan mereka berterabur.

Menurut Tan Sri lagi, Beliau ingin menghasilkan sebuah album atau single sebelum beliau pergi. Harap-harap jadilah yer...

IRAN AKAN DISERANG ISRAEL?

Keratan Harian Metro 17 April
Inilah warkah terbaru Rejim Zionis. Mungkin mereka tertekan dengan keadaan yang mana serangan pada website mereka.

Kini mereka tidak hiraukan sekutu-sekutunya yang mereka anggap sahabat selama ini. Menurut kenyataan yang dibuat, mereka tidak perlu pertolongan dari Amerika atau mana-mana sekutu yang ingin menolong kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri.

Memang benar perangai Yahudi yang sememangnya tak kenang budi. Sebab apa? Memang mereka ini akan jadi seperti pepatah 'melepaskan anjing yang tersepit.' 


Jumaat, 12 April 2013

JOZAN MASIH KEKAL SEBAGAI PENGACARA RAJA LAWAK, DAH MASUK MUSIM KE-7.

Keratan Harian Metro 12 April
Nampaknya kelibat Jozan masih diperlukan untuk mengacara Raja Lawak Musim Ke-7 (RJ7). Kredibiliti Jozan memang tidak diragui lagi kerana bermula musim ke-2 hingga ke-7 seolah-olah telah dtetapkan kepada mereka.

Keratan Harian Metro 12 April
Apa yang hebat Jozan ni? Saya bukan nak mempersoalkan kehebatan mereka ini cuma apabila ada peserta yang lawaknya tak menjadi, maka Jozanlah yang akan jadi cover kepada kelemahan peserta supaya penonton terus menerus terhibur dengan rancangan ini.

Keratan Harian Metro 12 April
So malam ni jom la... Cerita panjang-panjang pung tak guna... Saksikan mereka di Warna saluran 132...

Khamis, 11 April 2013

KITA DUDUK GOMBAK DENGAN AMAN DAN SELAMAT. HARAP DIA TAK JADI BERTANDING. TAKUT NANTI BALA MENDAPAT BILA DIA DAPAT MANDAT.


Umi Hafilda tawar diri bertanding lawan Anwar Ibrahim... wakaka

PETALING JAYA: pengkritik lantang PKR Ummi Hafilda Ali bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya di bawah Barisan Nasional selagi parti pemerintah memberi laluan kepada beliau untuk bertanding menentang "dua pengkhianat negara" - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan abangnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Jika diberi peluang, saya ingin menentang kedua-dua mereka sahaja. Saya tidak berminat dengan yang lain kerana matlamat saya bukan untuk menjadi pemimpin tetapi untuk memusnahkan pengkhianat, "beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.

"Ini adalah negara saya dan saya tidak mahu pengkhianat bangsa untuk memburuk-burukkan Malaysia walaupun orang itu adalah daging saya sendiri dan darah," kata Ummi Hafilda merujuk kepada Azmin

Ummi Hafilda menjadi terkenal apabila dia menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar yang pertama pada tahun 1998. Beliau adalah seorang ahli Umno yang telah tidak henti-henti dalam kempen terhadap Anwar, Azmin dan PKR

Klik SINI untuk sambung baca.

PERIA UBAT KENCING MANIS

Keratan Harian Metro 11 April
PAHIT LEPANG!!! Kalu orang ganu memang cakap macam tu. Masin rebing, manis leting, tawo hebe. Bukan saya nak menjaja bahasa. Khasiat peria yang boleh manjadi ubat kepada penyakit kencing manis atau dalam bahasa hospitalisnya Diabetes. Saya memang suka makan Peria cuma kalau kedai makan tu jarang ada yang masak buah peria ni. Tu yang susah nak jumpa. Tapi kat pasar melambak aje adanya.

PEGAGA BANTU AWET MUDA

Keratan Harian Metro 11 April
Ni ada ubat yang tak perlu keluar modal nak jadi awet muda. Ini adalah yang kedua terbaik di dunia setakat ini (pada pandangan saya la yer). Dengan khasiat Vitamin B, C, K. Daun Pegaga mudah didapati di negara kita ni. Saya sendiri kurang makan daun ni.

Rabu, 10 April 2013

TERCAMPAK DAN MAUT DITEMPAT KEJADIAN

Keratan Harian Metro 10 April
Bagi Penunggang motosikal jangan selalu memotong di sebelah kiri atau tepi jalan. Risikonya amat tinggi walaupun jalannya lurus. Inilah akibatnya jika tidak berhati-hati.


PAK AJI, KEDAI KOPI DAN UMPAT

Macam dah serasi dengan geng baru ni. Gara-gara kene racun ngan abang ipar, terbeli jugak sebatang raket dan sepasang kasut yang agak sesuailah ngan badminton ni. So sekarang ni join plak ngan geng badminton. Bagus skit la untuk kesihatan dan minda. So ada jugak geng sekampung yang sememangnye dah lama join cuma aku jer baru nak melekat.

Dalam geng-geng sekampung ni adalah yang abang-abang, ustaz, pak-pak aji dan yang sebaya ngan aku main badminton. Kebetulan pulak ada kedai tomyam untuk melepak kat situ dekat ngan court badminton tu. So apalagi kira meriah la ngan kaki warong buat kedai kopi diorang.

Masuk topik kita plak. Selesai aku main tadi lepas 2 set. Memang la berpeluh. Itu aku tak kisah. Memang aku berpeluh sampe basah semua sekali termasuk selur kecik. Tapi dah jadi cerita umpatan dikalangan pak-pak aji warung kopi. So aku tak berapa seronok nak mendengar. Patut la semalam ada satu brader semalam diorang ajak melepak kat kedai tu. Dia kata malas nak lepak (join) nanti ngumpat. Ingatkan main-main jer cakap. Rupa-rupanya bila terdengar tadi masa aku nak gi lepak sama tu memang betul. So, aku ambil keputusan tak payah lepak dan aku layan geng-geng aku yang main badminton lagi bagus. Kalu tak comfirm subahat dapat saham yang sikit-sikit tu.

Tak guna la ada pangkat Haji, Ustaz tapi mulut dok mengata...

Isnin, 8 April 2013


Anonymous hapus Israel dari peta Internet HARI INI

Penggodam berjanji untuk "menghapuskan Israel dari peta Internet" dilancarkan secara rasmi pusingan baru serangan siber ke atas laman web Israel pada petang Sabtu.

Penggodam di seluruh dunia telah menganjurkan sasaran Israel dalam serangan siber besar-besaran pada hari Ahad, 7 April.

Setakat ini berpuluh-puluh tapak telah dirosakkan dan beratus-ratus alamat e-mel dan kata laluan yang telah dikeluarkan oleh kempen itu, yang digelar "Operasi....

Lagi cerita sambungan, Klik SINI

Selasa, 2 April 2013

FREEMASON adalah dalang sebenar Insiden di LAHAD DATU...

Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.


Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.


Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.


Seperti dilapurkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan...

Klik SINI untuk sambung baca.