RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 20 Mac 2012

Design

Assalamualaikum......

Kali ini saya nak bercerita sedikit dengan kawan2 yang ada. Apa yang saya nk sebutkan di sini ada berkaitan dengan lakaran (design) pada sesuatu rumah, bangsal, surau, masjid, bangunan atau pun kerusi kerana perekacipta yang ada kini kebanyakannya tidak mengambil berat tentang unsur-unsur yang ada pada ciptaan mereka.

Hal-hal ini secara tidak sedar telah menular dalam masyarakat dan kebanyakan akan berkata secara tidak sengaja. Simbol2 seperti salib, anti christ, freemason dan macam2 lagi perlu diketepikan.

Seakan2 lambang anti christ

Terbaru yang saya ternampak simbol anti christ ini pada bangunan Pusat Bekalan Polis PULAPOL (lihat melalui Hiway Duke). hampir keseluruhan bahagian tingkapnya dipenuhi lambang ini yang diperbuat daripada aluminium.Apakah faktor ini tidak diambil kira semasa pembinaannya?

Adalah lebih baik jika kita melihat diri kita dahulu dengan menilai setiap sudut rumah kita atau barang2 yang ada dalam rumah kita supaya simbol2 yang saya jelaskan di atas tadi dapat disorokkan, dibuang dan dilupuskan terus daripada penglihatan kita. Wassalam

Musuh ketat negara


  • 2015 tahun akhir dadah? "Dengan semangat dan aspirasi Perdana Menteri (Pak Lah) kita  "Malaysia Bersih Dadah 2015". Dapat capai ke?
  • Peranan Pusat Serenti sebagai pusat pemulihan atau pusat penerusan? (dalam pusat pun ada urusniaga jual beli dadah).
  • Dadah di bakar atau di agihkan? 
  • Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan pertukaran nama Pusat Serenti kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspek). Boleh berjaya ker nih?

Warga Asing terus bermain.

Si keldai terus diperdaya dan terpedaya.

Cantik + Binasa

Halus tapi bisanya... Maaaaaasyarakat.


Bangga-bangga....

Nak buang ke bagi member2, anak2 buah atau sendiri pakai?

Budak sekolah rendah pun dah hisap ganja.


  • Semua berita pukul 8 malam menyiarkan rampasan, penangkapan penagih dan macam lagi perkara berkaitan dengan najis nih. Sampai bila? 
  • Sedar tak kita semasa di pejabat atau di mana2 tempat penagih yang duduk di sebelah kita? 
  • Penagih ni hanya maukan "layan" jer.
  • Penjual hanya nakkan wangnya.
  • Penguasa hanya dok buat mende yang sama..



"Udah disuap, 
kene ketuk.


Udah melekat,
termakan diri.


Udah meresap,
kene lauk.


Udah dapat,
anak-anak sendiri."

Isnin, 19 Mac 2012

Apa yang ditakutkan Mat Rempit

Dah jadi macam budaya
Pernah tak kita terfikir akan ketakutan budak2 yang suka aktiviti ni. Dekat dengan kawasan perumahan yang saya tinggal, selalunya pada waktu petang antara jam 5 - 7 petang aktiviti ini memang rancak dengan ngauman motosikal perempit2 ni. Tapi pada waktu yang sama semasa hari hujan, saya berani beri jaminan mereka takkan berani buat aksi2 yang mereka selalu buat.

Jadi air hujan merupakan salah satu musuh kepada mat2 rempit ini kerana mereka tahu jalan basah, jalan licin dan jalan berlopak. Semasa hujan mereka nih tak boleh nak beraksi kerana air hujan mengganggu mereka nak beraksi. Itu yang pelik skit je, takut juga mereka ni dengan air. Ingatkan berani sangat.

Kesimpulannya, di sini dapat saya simpulkan untuk menyekat aktiviti tak bermoral ni senang jer. Bagi anggota polis yang bertugas pada malam minggu, saya cadangkan supaya mereka menyimbah perempit2 motosikal nih dengan air longkang yang busuk hapak. Bila dah busuk mesti tak jadi nak merempit sebab bila motosikal yang basah dan busuk ini menjadi kemaluan kepada budak2 ni.

Sekian....