RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 16 Mei 2012

KEHEBATAN DAN KEBIJASANAAN YAHUDI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan. Sebenarnya Rasulullah tidak menggalakkan permakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Rasulullah? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak sebab hati merupakan organ pengumpulan dan peneuralan semua toksin dalam badan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Makanlah kita toksin tersebut dan jadi bengaplah otak umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Rasulullah selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK bangsa Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterolnya, namun kambing juga adalah makanan Rasulullah. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Rasullah. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ini juga mengwar-warkan kebaikan minum soya (USA merupakan pengeluar soya terbesar). Sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam kacang soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Kacang soya juga mengandungi phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. 

p/s:- Tempe dan kicap soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab.. tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially atau pasar malam).


http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-170963.html
http://depalma-sp.blogspot.com/2011/08/betul-ke-kacang-soya-bahaya.html



Isnin, 14 Mei 2012

Al-Kisah Musuh Ketat Negara


Setiap hari kaki terus melangkah. Kata orang kaki ini yang akan berkata-kata di akhirat nanti. Baik tempat langkahnya, baiklah kata-katanya. Buruk tempat langkahnya, buruklah kata-katanya. Masa beredar tanpa henti dan langkahku terhenti di warung ini lagi.

Melihat teman-teman sepermainan bergelak tawa "ha ha ha ha". Aku tumpang senyum sekali. 'Mesti baru lepas', gumam dalam hatiku. Aku pun menghimpit ke tempat duduk mereka. "Woi Mail, kau ni tak reti bagi salam ke? Sampai-sampai terus duduk. Hormatlah sikit kawan", sergah seorang teman. 'Aku malas nak ambil pot. Kau orang pun bukan baik sangat pun', gumamku lagi. Aku diam membisu.

Amri berbisik, "kau pergi beli SP, lepas tu tunggu depan rumah aku". Aku angguk dan terus berlalu meninggalkan mereka. Aku hidupkan motosikal dan terus berlalu. Banyak mata dan mata-mata memerhatikan lagakku yang memecut laju. Seketika penuh asap berkelung-kelung memenuhi ruang dan jalan-jalan yang aku lalui. Bangga rasanya jadi perhatian.

"Bang, bagi rokok daun dengan tembakau," pintaku. Selepas diunjukkan kepada ku, "berapa?". "Seringgit dua puluh sen", sekilas memandang pada ku.'Dari jelingannya sudah ku paham ertinya. Para peniaga bukan tak tahu akan kegunaannya, cuma buat-buat tak tahu. Lagi budak muda yang membelinya,'getus mail dalam hati.

Mail meneruskan langkah keriangan kerana tak perlu bersusah payah mengeluarkan wang lebih untuk berkhayal hari itu. Sesampainya dia, "kau pergi kutip kat kat kebun ke?" Tanya Amri. Tak sempat nak matikan enjin motosikal lantas Mail menjawab, "aku beli kat kedai seberang". "Tak ada kedai lagi jauh ke?" Tanya pula Karim.

Sangka Mail mereka berdua sahaja rupanya Amri mengajak tiga orang lain Shah dan Ajak termasuk Karim sekali lepak. "Kedai Aceh tu tak clear la, line panas. Aku takut nak ke sana," jelas Mail. "Dah, cukup. Kau orang ni kalau sehari tak bertekak macam tak cukup sifat," berang si Ajak. "Mai sini SP," pintanya lagi. Mail pun menghulurkan SP kepada Ajak dan terus duduk di sebelahnya.

"Nanti kau tengok Shah," tegas Ajak. "Kenapa?" Tanya Mail sambil melihat rakan yang disebutksan tadi. "Tak stim lagi tu. Banyak mulut. Stim kalu, melayut je matanya. Dah tu mulut pun terkunci, kepala pun melayang," balas Ajak sambil tersenyum. 

Di tangan Karim, Amri dan Shah masing-masing sibuk menenyeh daun ganja dan disalut pula dengan tembakau. Memang ralik menenyeh daun ganja. Mata asyik tertumpu di tangan takut-takut tertumpah ke tanah. Rugi kata mereka. Tabiat. Mail dan Ajak sibuk mengembangkan rokok daun. Mata mereka pula yang melilau memerhati keadaan jika ada orang lain yang lalu untuk cover line.

"Karim, lighter please," pinta Amri. "Wah! Skiping nampak," tempelak Karim sambil menghulurkan pemetik api. Perkataan Speaking diterbalikkan sebutan pada P dan K. Amri tersengih lalu dibakarnya balutan ganja yang telah siap. Hsip...... Amri menyedut asap ganja panjang-panjang dan disoroti beberapa mata menunggu giliran. Begitulah ragam penagih-penagih ganja.

"Meh la aku punya turn", tiba-tiba satu suara mencelah tanpa mereka sedari. "Ooo... Ini kerja kau orang. Kawan-kawan lain lepak kat kedai, kau orang dok sini", tegas suara itu lagi. Muncul pula empat orang lagi dan menjadikan mereka semua sepuluh orang semuanya. Suasana mula riuh rendah. Amri tidak senang duduk menghadapi keadaan tersebut.


BERSAMBUNG....

NABI ZAKARIA A.S


Nabi Zakaria a.s., ayah kepada Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. 


Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. 



Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.


Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. 


"Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai", dengan suara yang lemah lembut dia berdoa.
"Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi", firman Allah yang memperkenankan permohonan Zakaria.

"Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia", Zakaria berkata.

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"

 Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri ku telah mengandung."

Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."