RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 6 Disember 2012

SMS SEMASA MENUNGGANG DAN MEMANDU.

tigeritem.wordpress.com
Kali ini pun lagi cerita road safety kerana cerita bab ini takkan habis selagi dunia tak kiamat. Tambah lagi negara kita antara 10 buah negara yang rekod kemalangannya tertinggi dunia. Tapi ini cerita berkenaan sms semasa menunggang dan memandu. Bila dok cerita pasal road safety ni rasa cam JPJ nye trainer lak (perasan).

Tengok pada gambar pun dah dapat bayangan macam mana keaadaan orang dok meng'SMS'kan handphone yang seolah-olah kalau tak dibalas segera mati la pulak orang di sana (ibaratnya la). Untuk pengetahuan anda sekalian, sesuatu perkara buruk yang kita lakukan itu kebiasaannya akan menjadi kebanggaan kepada setiap orang. Tak percaya? Pergilah lepak kat mamak ke mana-mana ada group sembang, cuba pasang telinga. Bukan nak jaga tepi kain orang cuma pastikan apa yang saya kata tadi tu betul ke tak.

otomotif-vivanews.blogspot.com
Pernah seorang kawan saya bercerita pasal kawannya yang suka tunggang motosikal laju sambil membalas SMS. Hebatkan? Konon. Memang dia merasakan dirinya hebat berbuat demikian, kesan pada orang lain sebenarnya golongan ini tak mengambil kira dalam soal keselamatan. 

Suka saya nak menceritakan pengalaman sendiri yang memandu sambil berSMS. Tahun 2008 saya ada menjual prepaid melalui SMS. Biasanya pelanggan akan hantar SMS kepada saya untuk membeli, ini kerana  hampir semua nombor pelanggan saya ingat. Masa tu saya dalam perjalanan pulang ke kampung di pantai timur awal pagi jam kurang lebih 2 pagi. Memang kereta jarang-jarang kerana bukan musim perayaan. Selalunya saya akan serahkan pada orang rumah saya tapi beliau tidur. Jadinya saya pun cuba buat sendiri, tanpa disedari, kereta saya dah ke tengah masuk laluan disebelah dan nasib saya baik kerana tak ada kenderaan yang lain masa tu. Serik dah lepas tu walaupun tak kena apa-apa.

Kesimpulannya di sini adalah seelok-eloknya hentikan kenderaan anda jika nak balas SMS atau nak baca atau nak menggunakan handphone. Saya amat bersetuju jika kamera AES yang dok sibuk-sibuk nak pasang dan dah pasang tu salah satu tujuannya menangkap gambar kecuaian-kecuaian pemandu atau penuggang dan bukan semata-mata perangkap had laju.

Selasa, 4 Disember 2012

TAK TAHU, TAK PANDAI, MALAS ATAU SENGAJA TAK HIDUPKAN?

memandu‑ketika‑hujan.jpg
Cerita pasal hujan lagi. Memandu semasa hujan sememangnya merbahaya jika tidak waspada, kurangnya panduan keselamatan dan mengharapkan timbang rasa pada orang lain semata-mata. Ianya boleh diibaratkan seperti memandu pada waktu senja. Nak kata malam tu mungkin gelap sangat kerana memandu pada waktu gelap (malam - pagi) adalah cabang yang akan saya ceritakan kemudian.

Sambung cerita tadi. Waktu hujan memang banyak dugaannya kerana ia adalah rezeki yang diturunkan kepada kita. Untuk mencari rezeki itu kita perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat sama ada jauh atau dekat. Tetapi untuk bergerak ke satu-satu tempat itu,
- adakah kita memandu?
- adakah kita menumpang?
- adakah kita menaiki kenderaan awam?
- adakah kenderaan lain yang dipandu secara selamat? dan paling penting sekali,
- adakah kita selamat?

Di sini saya berminat nak bercerita pada kisah semasa memandu pada waktu hujan dan bukan baru nak memulakan perjalanan kerana semasa memandu tiba-tiba hujan turun. Jika baru memulakan perjalanan semasa hujan biasanya kita masih segar dan masih mampu mengingat semua benda. Bila kita dalam perjalanan dalam waktu hujan faktor utama yang kita cari adalah cahaya lampu. Terutama sekali adalah pada waktu hujan lebat. Saya tahu anda semua pun banyak pengalaman jika nak dibandingkan dengan saya yang hanya baru 7 ke 8 tahun memandu.

Selalu saya perhatikan kebanyakan dari kita pada saya terlalu kedekut untuk menyalakan lampu kenderaan mereka. Sebab itu tajuknya "TAK TAHU, TAK PANDAI, MALAS ATAU SENGAJA TAK HIDUPKAN?" kerana nak kata tak tahu atau tak pandai adalah perkara yang amat mustahil bagi seseorang pemandu yang memiliki CDL (Lesen Memandu Kompeten (Penuh)) dan bukan lesen terbang. Kebiasaannya orang yang pengalaman memandunya lebih dari 10 tahun sudah pasti mengetahui akan hal ini kerana 'pengalamankan mengajar erti kehidupan'. Bagi yang lebih 5 tahun dan kurang 10 tahun pengalaman yang biasanya ingat-ingat lupa dan boleh dikategorikan SENGAJA TAK HIDUPKAN. Kurang dari 5 tahun ini boleh saya kata sebagai PEMALAS kerana mereka ini fresh graduate daripada JPJ kerana dengan pengalaman lesen percubaan (P) selama 2 tahun dan CDL baru 3 tahun adalah mustahil mereka ini terus melupakan apa yang telah mereka dilatihkan.

Berikut adalah contoh lampu yang boleh dinyalakan sewatu memandu dalam hujan.
Lampu kabus / Fog lamp
Lampu Malam

Lampu Senja
Lampu belakang
Jangan terlalu kedekut untuk menghidupkan lampu kenderaan semasa hujan anda kerana ini kan membahayakan diri anda sendiri. Pesanan dari saya, "Pastikan pemandu lain nampak akan kenderaan yang anda pandu dan kita sentiasa nampak atau peka dengan kenderaan di sekeliling".

Dengan adanya ilmu ini anda akan dapat pengetahuan serba sedikit yang dapat membantu pemanduan selamat semasa waktu hujan. Sekian.

Isnin, 3 Disember 2012

SERONOKNYA JADI PENIAGA MELAYU

Gambar hiasan dari allmalaysia.info
Maaflah lari dari topik. Tapi inilah realiti yang kita semua mahu sebagai warga negara. Maunya tak, pergilah mana-mana pasar pun yang ada kat Malaysia ni, Pasar pagi, Pasar minggu pasar besar pasar borong, pasar kecik, pasar tani, pasaraya dan macam-macam pasar lagi mesti yang anda jumpa warga asing. Kalau mereka ni setakat bekerja boleh la tahan, tapi kalau dah jadi taukeh macam mana anda rasa?

Apa yang seronokmya? Hari Sabtu baru-baru ini, petang hujan lebat, kurang lebih pukul 5 petang berhenti. Kami para peniaga mula memasuki tapak meniaga dan dalam masa yang sama hujan mula renyai-renyai. Kami masih meneruskan perjuangan menyusun barang-barang niaga dan memasak mana-mana yang belum siap. Sambil berbual-bual dengan makcik sebelah tiba-tiba datang seorang pelanggan nak beli, mungkin pelanggan tetap. Saya kata pada dia, "10 minit lagi boleh?" Dia kata boleh. Lepas pasang lampu, saya terus siapkan untuk pelanggan pertama tadi, hujan makin laju, malam ni ada perlawanan bola sepak antara Indonesia vs Malaysia. Mungkin kurang la orang yang datang ke pasar malam dengan cuaca yang kurang baik.

Antara jam 6 petang  hinnga 8.30 malam ada juga pelanggan yang berduyun-duyun yang datang kerana dari siang sampai ke malam masih belum reda hujannya. Akhirnya jam 9.30 malam saya ambil langkah drastik untuk mengemas barang-barang kerana perlawanan bolasepak dah nak mula separuh masa kedua. Mana-mana yang tak habis tu niat bagi kat peniaga-peniaga lain sebagai sedekah. Mmm... tak kisahlah. Bukannya saya meniaga tak untung, cuma tak habis jer. 

Lepas dah bagi kat peniaga-peniaga lain, saya pun mengemas barang-barang saya satu persatu. Tak lama kemudian, peniaga-peniaga (sebenarnya inilah kawan-kawan yang saya ada sekarang) datang memberikan makanan dan minuman kepada saya. Dalam hati saya tak sangka mereka ini pun berniat sedekah juga. Cuma satu perkara yang saya nampak, bangsa indon. Sikit pun takde nak berbalas-balas barang makanan mereka. Bila saya ceritakan pada rakan-rakan yang bertugas SRS, baru saya dapat jawapan yang paling pahit nak diterima. Rupa-rupanya bangsa mereka ini akan membuang makanan tersebut kerana mereka tau yang di masak itu tak berapa elok nak dimakan. Bagi orang kita yang memakan mungkin rasa sedap. Jadi apabila pergi ke mana-mana pasar, perhatikan dulu peniaga tu bersih ke tidak dari segi pakaiannya dan lihat sekali alatan yang digunakan. Kalau boleh tunggu lama sikit lihat cara dia bekerja maksud saya penyediaan makanan tu macam mana. Kemudian baru beli.

Sekian...