RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 10 April 2013

PAK AJI, KEDAI KOPI DAN UMPAT

Macam dah serasi dengan geng baru ni. Gara-gara kene racun ngan abang ipar, terbeli jugak sebatang raket dan sepasang kasut yang agak sesuailah ngan badminton ni. So sekarang ni join plak ngan geng badminton. Bagus skit la untuk kesihatan dan minda. So ada jugak geng sekampung yang sememangnye dah lama join cuma aku jer baru nak melekat.

Dalam geng-geng sekampung ni adalah yang abang-abang, ustaz, pak-pak aji dan yang sebaya ngan aku main badminton. Kebetulan pulak ada kedai tomyam untuk melepak kat situ dekat ngan court badminton tu. So apalagi kira meriah la ngan kaki warong buat kedai kopi diorang.

Masuk topik kita plak. Selesai aku main tadi lepas 2 set. Memang la berpeluh. Itu aku tak kisah. Memang aku berpeluh sampe basah semua sekali termasuk selur kecik. Tapi dah jadi cerita umpatan dikalangan pak-pak aji warung kopi. So aku tak berapa seronok nak mendengar. Patut la semalam ada satu brader semalam diorang ajak melepak kat kedai tu. Dia kata malas nak lepak (join) nanti ngumpat. Ingatkan main-main jer cakap. Rupa-rupanya bila terdengar tadi masa aku nak gi lepak sama tu memang betul. So, aku ambil keputusan tak payah lepak dan aku layan geng-geng aku yang main badminton lagi bagus. Kalu tak comfirm subahat dapat saham yang sikit-sikit tu.

Tak guna la ada pangkat Haji, Ustaz tapi mulut dok mengata...

Isnin, 8 April 2013


Anonymous hapus Israel dari peta Internet HARI INI

Penggodam berjanji untuk "menghapuskan Israel dari peta Internet" dilancarkan secara rasmi pusingan baru serangan siber ke atas laman web Israel pada petang Sabtu.

Penggodam di seluruh dunia telah menganjurkan sasaran Israel dalam serangan siber besar-besaran pada hari Ahad, 7 April.

Setakat ini berpuluh-puluh tapak telah dirosakkan dan beratus-ratus alamat e-mel dan kata laluan yang telah dikeluarkan oleh kempen itu, yang digelar "Operasi....

Lagi cerita sambungan, Klik SINI

Selasa, 2 April 2013

FREEMASON adalah dalang sebenar Insiden di LAHAD DATU...

Amerika Syarikat setelah berjaya menguasai kawasan simpanan minyak dunia di Asia Barat seperti di Iraq dan Libya, nampaknya tidak mustahil cuba untuk menguasai rantau asia tenggara terutama Malaysia bagi mencapai matlamat mereka untuk menguasai minyak dunia. Matawang US yang tidak bergantung kepada nilai emas tetapi bergantung kepada nilai minyak, yang juga dikenali sebagai petro-dollar amatlah bergantung kepada pasaran minyak bagi menaikkan nilai dollar untuk mengatasi krisis ekonomi kapitalis yang semakin meruncing.


Mengikut kajian diberitakan bahawa Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari.


Berbanding dengan Filipina yang hanya mengeluarkan 6,000 tong sehari. Pada tahun 2012 Filipina mengeluarkan sejumlah 1.64 juta tong dan dipati pengeluarannya telah berkurang sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya. Sumber utama minyaknya dari kawasan minyak Galoc hanya menyumbangkan sebanyak P1.74 billion, amat sedikit jika dibandingkan dengan hanya 5% sumbangan royalti minyak dari Sabah iaitu sebanyak P12.5 billion.


Seperti dilapurkan dalam akhbar antarabangsa, salah seorang waris Sultan Sulu yang merupakan seorang senator, Abraham Rasul Jr. menyatakan...

Klik SINI untuk sambung baca.