RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 27 April 2012

SEJAK KAHWIN HINGGA USIA 90 TAHUN BELUM ADA ZURIAT



Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai nikmatnya. Tetapi di negara kita, kisah pembuangan bayi banyak sekali berlaku. Malah perbuatan ini hari-hari berlaku. Merata-rata dibuang cuma kita tak nampak malah kesiannya bayi tersebut yang mati tanpa pengetahuan sesiapa. Nasibnya baik kalau dijumpai. Nasibnya malang......... (sedih nak tulis).

Sesetengah orang begitu ghairah untuk mendapatkan zuriat tapi atas kekuasaan Allah, mereka ini buntu kerana masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara dicuba tetapi belum ada rezeki. Saya harap dengan paparan di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memiliki dan menambah zuriat.

Nabi Zakaria A.S

Kekhuatiran itu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa sejak kahwin hingga mencapai usia 90 tahun, Allah belum lagi mengurniakannya seorang anak yang diidam-idamkan untuk menggantikannya bagi memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.

Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."

Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi." Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."

Doa Nabi Zakaria a.s.

Surah Al-Anbiya:21:89


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
- الأنبياء/89


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)


Surah AI Imran 3:38


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
- آل عمران/38



"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)

Sumber:-
1-http://biqque.blogspot.com/2009/10/doa-untuk-mendapatkan-zuriat.html
2-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Yahya_a.s.

Wassalam....

Selasa, 24 April 2012

PATUT LA SENANG DAPAT TAPAK MENIAGA ... BARU TAHU

Assalamualaikum,


Maaflah yer jika pada kali ini saya bercerita sedikit hal2 politik ni. Bukan nak campur atau pandai dalam hal ini, cuma terasa sangat kesannya kat masyarakat kita hari ini. Semalam saya terbaca kat satu blog PASPB yg tajuknya "TU DIA!!! Penempatan KEMBOJA & MYANMAR di PEKAN Pahang".


Saya bukan nak sokong sangat pasal posting tu. Ini dari pengalaman saya sendiri dari Pekan ke Kuala Rompin. Saya bukan anak jati Pahang tapi disebabkan berkahwin dengan orang Pahang jadi selalulah saya ke sana.


Apa yang nak di sampaikan adalah suatu malam sebelum saya berkerja sekarang ini, saya mengganggur dan mencuba-cuba berniaga jual nasi ayam. Ada sekali tu balik ke kampung di Rompin. So malam saya akan bertugas menolong la apa-apa yang patut di kedai mertua saya sampai ke jam 2 pagi. 


Tiba-tiba pada malam minggu tu 3 buah van jenis Toyota HiAce parking kat depan kedai. Boleh dikatakan hampir 10 orang juga yang turun dari van-van tersebut. Mulanya tiada apa yang menarik sangat dengan mereka ni. Apabila saya menghampiri mereka untuk ambil order makan, terdengar perbualan dalam bahasa atau loghat yang tak pernah saya dengar sebelum macam Jawa, Aceh, Minang dan yang seangkatan dengannya. Memang luar biasa. Tapi mereka ni boleh bercakap Bahasa Melayu. Dari segi rupa pakaian pun sama macam melayu.


Selesai ambil order saya perhatikan mereka yang sibuk melayan bolasepak kat skrin besar. Dah rasa tersisih pula dan macam duduk kat negara orang pulak rasanya. Kemudian saya nekad dan bertanya kepada mereka. "berniaga kat mana?". "Esok pasar pagi kat Rompin", Jawapnya. "Awal sampai?" saya bertanya. "Kene awal bang, nanti susah nak mauk tapak," jelasnya. "Tidur sana la?" tanya lagi. Mereka angguk sahaja. 


Untuk pengetahuan saudara/i sekalian tika tu saya masih tak tahu dari mana mereka ini. Saya pernah ke pasar minggu Rompin yang panjang dan besar juga. Ramai penduduk sekitar yang yang malah dari Daerah Pekan dan Daerah Mersing yang turut serta.


Esoknya saya bertanya kepada abang ipar saya mengenai kehadiran geng Toyota HiAce. Menurut abang ipar saya mereka orang rupa-rupanya orang kemboja. Masa tu saya terfikir sesuatu dan menjadi tanda tanya dalam diri. Bermacam persoalan timbul. Antaranya:
1-Senangnya diorang ni dapat tapak meniaga? 
2-Dari mana dapat modal untuk berniaga sampai dapat beli van?


Jadinya semua soalan tadi dah terjawab semalam. 


Sumber : http://paspb2.blogspot.com/2011/09/tu-dia-penempatan-kemboja-myanmar-di.html

Isnin, 23 April 2012

PIAGAM MADINAH



PIAGAM MADINAH : Ialah Perlembagaan Bertulis yang pertama yang digunakan oleh umat Islam Madinah dimasa pemerintahan Islam. Ia telah digubal oleh Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Asal Usul Kenapa Piagam Ini Tertulis.
Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin (golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sebenarnya berada di dalam satu kawasan yang sama (kawasan masjid nabawi sekarang). Mereka sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dan pengikutnya. Orang-orang Munafik pula menjadi musuh dalam selimut. Disamping itu orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah sollallaahu ‘alaihi wasallam membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah

Kandungan Piagam
Piagam ini terdiri daripada 47 fasal.:

23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Nama Lain Bagi Piagam Madinah
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.


Perangkaan Piagam Madinah
Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama : Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Baginda.

Langkah kedua : Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga : Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

• Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

• Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

• Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

• Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

• Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,


Tujuan Piagam Madinah
• Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
• Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
• Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
• Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
• Mewujudkan keamanan di Madinah
• Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
• Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
• Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
• Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
• Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.


Prinsip Piagam Madinah
• Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
• Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
• Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
• Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
• Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
• Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
• Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
• Kebebasan beragama
• Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
• Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.