RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 7 Februari 2013

ENAM HAK SESAMA MUSLIM

Keratan Harian Metro 7 Febuari

Berikut adalah enam hak sesama muslim yang mungkin kita terabai.

Selamat beramal.

FELDA TAMBAH AKADEMI BOLA SEPAK

Keratan Harian Metro 7 Febuari
Pada masa mendatang, kerancakan bola sepak di negara kita akan lebih rancak dengan tertubuhnya 3 buah lagi akademi bola sepak yang dikelolakan oleh FELDA. Kini hanya ada sebuah iaitu di Kuantan. Menurut Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad 3 buah akademi tersebut akan dibina di Gua Musang, Alor Setar dan Johor Bahru. Ini bermakna kemungkinan pasukan FELDA UNITED akan beranak menjadi FELDA UNITED A, B, C dan D. Bagus kerana kita akan memiliki lebih ramai pelapis. Cuma apa yang kita mahu adalah pemain-pemain yang lebih berkualiti.

DATUK YAHYA SULONG MENINGGAL DUNIA

Keratan Harian Metro 7 Febuari
Arwah popular dengan gelaran PAK YA ini memang banyak berlakon dalam filem-filem melayu. Siapa yang tidak kenal dengan arwah yang terkenal dengan lawaknya tersendiri. Tahun 1992 aku bersekolah di depan rumah arwah walaupun tak pernah berjumpa tapi itulah dia atris yang low profile.

Pernah berkhidmat sebagai anggota polis semasa zaman pemerintahan Jepun. Beliau koma angkara kekejaman pemerintah Jepun ketika itu.

Antara filem lakonan beliau:

  • Abu Nawas (Filem Pertama)
  • Gila-Gila
  • Putus Sudah Kasih Sayang
  • Da Di Du
  • Toyol
  • Si Luncai
  • Prebet Lapok
  • Senario The Movie
*Sumber wikipedia. Klik SINI untuk lagi info mengenai Arwah Datuk Yahya Sulong.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah, Sekian.