RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 31 Disember 2013

KELEBIHAN SURAH AL-MULK 67:114


Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:

"Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu?" Lelaki itu menjawab: Bahkan.


Katanya: "Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk (surah al-Mulk ) , dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini ...adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi, pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur".


Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku".


Surah Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata:

Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.

Maka Nabi s.a.w. bersabda:

Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.
(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.
Surah Al-Mulk,(HR At Tabrani).

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata:

Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab,

Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Sabtu, 27 Julai 2013

BILA CAKAP TERLALU MELAMBUNG

Assalamualaikum... Lama tak bercerita coz bz skit bulan posa ni ngan bazaar... Tapi ada satu perkara atau kira macam cerita la kan... Kisah ni saya hadapi di tempat saya meniaga. Ada satu mamat ni agak tak berkenan la cara percakapannya.
Kira2 jam 4.45petang saya dan kawan sedang memunggah barang niaga. Ketika itu azan asar baru berkumandang. Dalam masa yang sama mamat td bangun meninggalkan kawannya di gerai dengan bininya dan pekerjanya yang sorang lagi. Tetiba kawannya tanya dia nak kemana? Nak tau apa dia jawab? "aku nak masuk syurga". Bagus jawapannya. Tapi sebenarnya dia nak perli kepada saya dan teman2 lain yang berniaga di situ.

Tapi lain jadinya selepas berbuka puasa. Perbuatannya agak mengarah ke neraka skit. 2 hari saya perhatikan si mamat ni dan sehari kawan saya perhatikan dia kerana saya balik awal.

Hari pertama dia minum dan makan masa buka puasa. Kemudian dia capai rokok dan berjalan menuju ke surau. Ok. Masih ada kerespekan padanya. Hari kedua saya pulang awal. Kawan bagi tau dia tak ke surau dan terus lepak di tempat dia meniaga. Hari ke 3 iaitu 2 hari lepas. Langsung hilang respek saya kerana lepas makan 3 batang rokok disedutnya tanpa berhenti dan langsung tidak ke surau lagi dah.

Itu la dia serba sedikit kisah yang agak kurang matang bagi seorang lelaki yang sudah berumah tangga dan suka cakap tanpa berfikir. Kesannya dia sendiri tak sedar cakap tak serupa bikin.

Moralnya di sini apabila sesuatu percakapan yang nak dituturkan itu sebaik-baiknya fikirkan dulu. Semoga ia menjadi pengajaran untuk saya dan teman2 yang membaca...

Sekian terima kasih... Wassalam

Selasa, 9 Julai 2013

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Fans Club)
①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)