Banyak lokasi-lokasi yang telah diadakan drag race ini tak kira motosikal atau pun kereta namun belum wujud lagi litar yang khas dibina untuk mengommecialkan sukan ini. Bila nak dicommercialkan, inilah jadinya akibat daripada kekurangan pengalaman dan kaji selidik sebelum buat sesuatu acara.
Yang nak diutarakan di sini adalah mengenai keselamatan. Saya sangat berminat dengan perkataan ini (KESELAMATAN) kerana aspek ini bukan pada skop tertentu sahaja. Saya harap apa yang dijelaskan nanti jangan dikaitkan dengan politik. Kerana ini hanya pendapat saya atas faktor keselamatan.
G1. Penonton berpaut pada penghadang besi |
Paling ketara adalah penonton yang begitu hampir dengan litar. (Lihat gambar) Hanya penghadang besi yang digunakan untuk menghalang kemasukan penonton. Tetapi penganjur tidak melihat penonton yang berada di seberang sana kerana menyangka pokok yang ditanam pada penghadang tengah jalan adalah memadai. Ia adalah memadai untuk kenderaan yang memecut mungkin 60km/j ke bawah?
G2. Penonton dijarakkan |
G3. Keselamatan penganjur dan pelumba tidak diabaikan dengan adanya dinding batu (kanan) dan penghadang tengah. |
G4. Penganjur hanya meletakkan kon Polis sebagai penghalang kepada 2 lane dan keselamatan diabaikan |
Maka untuk menyelamatkan diri Menteri Datuk Shaberi Chik buat kenyataan akhbar Lumba 'drag' di litar elak kemalangan, kata menteri
- Bernama
- 6:01PM Mei 27 2012
Video kemalangan. klik pada link di bawah:-
Keluarga mangsa pula? Akibat dari perancangan yang tidak rapi inilah jadinya. Harap di masa mendatang pihak-pihak yang ingin menganjur apa-apa acara buat kaji selidik yang mendalam dan bukan jadi bidan terjun untuk mengaut keuntungan semata-mata (PASTIKAN RUJUKAN BUKAN SEKADAR YOUTUBE).
SEKIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan