Suatu ketika...
Kata-katanya berupa doa
lagaknya bak seorang khalifah mentadbir
negeri serantau
Mendapat hidayah umpama nur turun menyinari
alam
Menerangi sekalian umat yang ketandusan
akhlak laksana Jahiliah
Muka bumi ini kegelapan dek animisme yang
tiada penyudahannya
Turunnya seorang Sheikh bak bulan purnama
menunjukkan kebenaran di bumi ini
Terpegun akan baginda, pemerintah buta
Lalu bersemadilah dalam hati akan kekuatan
iman serta tawadduknya baginda dalam berilmu
Hingga rakyat jelata mendaulatkan kesaktiannya
berteraskan Islam
Tak lama kemudian...
Lagaknya berubah.
Jalannya mendongak.
Hajat tak kesapaian maka rakyatnya dibunuh,
diseksa dan dihina
Mula mencari kelainan kerna kehancuran iman
yang memang tidak diwarisi
Tidak dinafikan, Islam bukannya warisan semata-mata
Hanya anutan sahaja perlu dalam mengukuhkan
kesejahteraan
Sedikit saja terpancar api kemarahan, hilang
kesabaran, keimanan lenyap, gelaplah hati.
Zaman ini...
Tiada apa lagi kesaktian yang ada
Hanya hiasan semata untuk melengkapkan keadaan
Hormatnya dia semata kerna pangkat dan kuasa
Semua telunjuk dia yang putuskan, baginda mengiakan
Asalkan tidak menyusahkan.
Rakyat menderita mencari kesenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan