RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 30 November 2012

PERJUANGANKU

almuhandisu.com
Di sana arah tujuku
Menyunting bunga kejayaan
Di menara ilmu
Menunai kewajipan hayatku
Demi Keluarga
Harapan agama, bangsa dan negara.

Seribu Pengorbanan ku sertakan
Menempuh Kehidupan sesingkat ini
Berbekalkan semangat yang tabah
Dengan azam besi waja
Walau apa juga keadaan
Siang dan malam menduga
Akan ku rempuh onak berduri
Agar tercapai hasrat ku ini.

Perjuangan ku takkan terhenti
Walau usia menjangkau senja
Tiada batas pengadang waktu
Untuk ku teruskan penerokaan ini

Berusaha kan ku terus berusaha
Belajar kan ku terus belajar
Berjuang kan ku terus berjuang.

Dewan Siswa, April 1996, 
Muhammad bin Mohd Yusoff

Khamis, 29 November 2012

LORI GAS, MPV DAN LESEN MEMANDU

payungchenta.blogspot.com
Kisah road safety ni rasanya takkan habis kerana hari-hari kita berada di jalanraya dan banyak pula yang dapat kita lihat gelagat pemandu-pemandu. Bermacam ragam. Tak kiralah lesen penuh, lesen percubaan, lesen L, GDL dan lesen terbang. Maaf cakaplah ya, pasal lesen terbang. Ianya masih banyak dikeluarkan. Malah ia dilakukan sendiri oleh pihak-pihak yang hanya mengaut keuntungan semata-mata. Maksud saya ada permainan orang dalam juga lah.

Anda pergilah mana-mana private driving school kalau tak percaya. Mesti ada yang menawarkan pakej 'gerenti lulus' dengan syarat bayaran yang tinggi. Persoalannya:
1- Adakah anda rasa perkara ini bagus untuk pengguna jalanraya? 
2- Adakah dengan memiliki pengalaman memandu tanpa latihan asas dan ilmu pengetahuan sudah layak memandu di jalanraya? 
3- Selamatkah pemanduan mereka yang memiliki lesen terbang?
4- Adilkah bagi anda yang memiliki lesen yang sah dibuat begini?

Kita berbalik dulu kepada tajuk di atas kerana ia ada kaitan dengan lesen. Kisah ini berlaku pada pagi semalam kurang lebih jam 9.45am. Seorang makcik memiliki lesen percubaan (lesen P) yang pada saya nampak mungkin nak hantar anaknya ke suatu tempat dan mungkin dah lewat. MPV yang dipandunya dalam keadaan parking dan hendak mengundur. Memang makcik ini nampak lori membawa gas ini. Agakan  seorang wanita biasanya meleset kerana golongan ini semacam kurang pandai mengagak kelajuan sesebuah kenderaan (kepada kaum wanita, maaf cakap ya).

Dengan selambanya dia terus mengundur kenderaannya ke belakang tanpa rasa bersalah. Lori tersebut terpaksa brek mengejut supaya tak melanggar MPV makcik tu. Untuk pengetahuan semua, jika berlaku kemalangan, pemandu MPV akan dipersalahkan dahulu kerana dikatakan tidak memeriksa keaadaan sekeliling. Nasib baik pemandu lori tu bertimbang rasa.

Dua hari lepas pada waktu yang kurang setengah jam dari di atas, makcik itu juga saya perhatikan memang kelam kabut orangnya. Ini kerana dia terlupa sesuatu agaknya lah. Lepas dia menegur suaminya yang menaiki kereta lain, dari sebelah kanan jalan dia dengan agakan yang sama terus melulu masuk ke laluan kiri dengan tak sempat berhenti langsung dia memotong Bas Rapid yang sedang mengambil penumpang serta merta makcik tu bagi signal untuk membelok ke kiri. Saya kira perbuatan makcik tersebut kurang dari 10 saat. Bayangkan kereta dari belakang dan dari depan semasa dia memotong bas terpaksa brek mengejut. Terlalu penting sangatkah sampai ada orang nak mati kot urusan makcik tu sehinggakan orang lain bertimbang rasa padanya. Cuba bayangkan jika pemandu-pemandu di sekelilingnya tidak bertimbang rasa?

Moral pada cerita ini ialah "jangan kerana 2-3 saat yang terlewat jadi 2-3 jam lewat".

Berbalik kita kepada cerita lesen tadi. Bagi pemandu lori kebiasaannya setahun sekali akan memperbaharui lesen GDL mereka. Ini termasuklah medical check-up sebelum memperbaharui lesen. Selalunya mereka ini malas nak ke klinik buat pemeriksaan dan ke JPJ dan mereka akan mencari kaki yang selalu ke sana dengan memberikan sejumlah upah tertentu. Ramai yang buat macam ni. Taraf kesihatan seorang pemandu lori masih tidak selamat kerana faktor ini juga salah satu punca meningkatnya jumlah kemalangan.

Bagi pemilik Lesen D pula, mereka selalu menggunakan kesempatan atas Lesen P yang dimilikinya. Jika mereka membuat silap ketika memandu, anggapannya pada orang disekelilingnya adalah menghormati mereka kerana masih dalam percubaan. Terdapat juga pemandu yang memiliki Lesen CDL (lesen penuh) yang sengaja menampalkan Sticker P untuk alasan yang sama. Sikap inilah merupakan satu lagi penyebab jumlah kemalangan meningkat.

Soalan-soalan yang saya kemukakan di atas masih belum terjawab. 
1- Memang tidak bagus kerana golongan ini hanya tahu memandu sahaja dan Cara pemanduan yang berhemah pun belum tentu dapat dipraktikkan. 
2- Tidak layak memandu.
3- Tidak selamat dan membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
4- Tidak adil. Anda bertungkus lumus menghafal, membaca dan macam-macam lagi, mereka senang-senang dapat lesen memandu.

Banyak lagi nak diceritakan, tapi sampai sini dulu lah ye kerana cerita lesen memandu ini banyak cabangnya walaupun saya ni bukan anggota JPJ tapi inilah sedikit pendapat dan ilmu yang saya ada. Sekian buat sementara waktu.

Selasa, 27 November 2012

PEMANDU TEKSI TUNJUK ISYARAT LUCAH

Gambar hiasan dari paultan.org
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pembaca yang budiman. Saya tak suka nak memburuk-burukkan tambahan pula di peringkat dunia pun golongan mereka ini dah memang buruk menurut LondonCabs.co.uk

Tapi pagi ini ketika saya berada di Jalan Pahang (depan Hospital Tawakal) dalam perjalanan untuk menghantar orang rumah saya ke pejabatnya sebelum susur nak ke utara (menuju ke Lebuhraya Mahameru) sebuah teksi yang berwarna oren (bukan seperti dalam gambar) berada di laluan kedua menuju ke Bulatan Pahang. Untuk pengetahuan Jalan Pahang ada 3 laluan. Saya ketika itu menunggang motosikal sedang memotong separuh badan teksi tersebut di sebelah kiri kerana sebelah kiri saya ada laluan pertama dan di depan saya ada kereta.

Dengan tiba-tiba teksi tersebut memberikan signal untuk membelok ke kiri dan terus menghimpit ke kiri. Memang saya mengelak dari kena langgar. Apa yang saya sempat lihat pemandu tersebut tidak mengenakan pakaian yang disyaratkan kepada pemandu teksi. Lalu saya pun menunjukkan isyarat yang seolah-seolah akan menghubungi SPAD. Dia yang tidak berpuas hati langsung mangangkat tangan menunjukkan isyarat lucah dan terus memecut menuju ke Lebuhraya Mahameru.

Nasib kami berdua selamat tiba di lokasi tujuan. Cuma apa yang saya kesalkan di sini adalah, sebagai seorang pemandu yang profesional mestilah bijak dalam pemanduannya. Maksud saya mereka mesti tau hala tuju atau laluan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan bukan menurut kehendak pelanggan tanpa memikirkan soal keselamatan orang lain.

Kebanyakan pemandu-pemandu yang memiliki lesen GDL dan PSV yang ada di negara kita adalah tidak profesional. Saya pun memiliki lesen GDL. Apa yang telah diajarkan kepada saya selama 2 minggu lepas betul-betul menginsafkan saya sebagai seorang pemandu. Cuma saya tak dapat nak teruskan niat nak bekerja tu kerana ada beberapa masalah yang tak dapat nak elak. Mereka sangat menekankan soal keselamatan.

Berbalik kepada isu tadi, Pegawai JPJ pun mengakui yang golongan pemandu teksi dan bebarapa bas henti-henti ini teruk dari segi pemanduan mereka. Maklumat ini saya dapat semasa kursus untuk mendapat lesen GDL kerana calon lesen PSV akan sama-sama berada dalam dewan.

Realitinya di sini "dah lah busuk, bertambah-tambah busuknya". Harapan saya semoga pemandu-pemandu lain ambil kesedaran atas apa yang berlaku di sekeliling kita. Peka dengan keadaan dan pihak-pihak berwajib carilah langkah-langkah untuk meningkatkan taraf pemanduan yang lebih selamat.

Sekian...

Jumaat, 23 November 2012

PENJANAAN KEUNTUNGAN USD100 SETIAP HARI MELALUI PERKHIDMATAN PELABURAN EMAS



Tahukah anda tentang pelaburan emas yang sering diperkatakan umum oleh masyarakat. Ramai yang berpendapat positif tentang pelaburan emas ini kerana pelaburan yang betul memang menguntungkan, akan tetapi malangnya terdapat juga golongan yang berfikiran negatif. Bukan disebabkan pemikiran mereka tetapi pengalaman mereka yang pernah ditipu dengan 1001 cara oleh pihak-pihak tertentu dan segelintir manusia yang menyalahgunakan benda yang menguntungkan ini untuk kepentingan diri sendiri.

Cuba fikir sejenak sebelum anda membuat pelaburan tentang latar belakang syarikat sebelum anda melabur bak kata orang selidiklah sebelum duit hangus…

Market Trend
Di sini Harvest Reliance Consultancy Sdn Bhd. telah mengeluarkan undang-undang baru untuk mengukuhkan kepercayaan para pelabur yang berminat (tapi risau duit kena tipu dengan pihak-pihak tertentu). Diantaranya:

-Client boleh mencuba market selama seminggu, ,jika tidak berpuas hati client / pelabur boleh menutup akaun dan ambil balik modal dan profit tanpa sebarang caj sampingan.
-Segala agreement, surat hitam dan putih serta semua berkenaan profil kompeni termasuklah status syarikat-syarikat yang di blacklist oleh pihak bank Negara.
-Proses melalui panel bank syarikat kami iaitu Ambank.
-Sistem yang dikendalikan oleh pihak consultant, pelabur juga berhak untuk melihat naik turun harga pasaran, untung /rugi pelabur, pelabur mempunyai password sendiri dan boleh buka dimana-mana sekalipun pihak pelabur berada.
-dan juga tiada apa-apa kontrak, pelabur boleh menutup akaun pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Jika berminat, sila hubungi saya (MUHAMMAD BIN MOHD YUSOFF) atau email saya untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara untuk anda gandakan wang anda… Saya disini sekadar membantu dan juga berkerja untuk mencari rezeki yang halal... 'INSYA ALLAH…'

h/p :- 013 - 397 2255

Rabu, 21 November 2012

APA SUDAH JADI DENGAN HARIMAU MALAYA YANG TAK HENTI-HENTI DIEKSPERIMENKAN



"Skuad kali ini lebih baik: Raja"
2012/11/20 - 06:32:11 AM

Khairil S Iswan | mkhairil@bharian.com.my
klik sini untuk baca keratan akhbar.


Memang benar kata-kata jurulatih di atas. Aku setuju sesangat dengan kenyataan beliau tu kerana kita memang memiliki ramai pemain yang berada di tahap kecergasan yang membanggakan. Cuma ada beberapa sebab yang aku nampak macam ada yang tak kene pada 4 pertemuan yang telah berlangsung perlawanan persahabatan dengan Vietnam, Thailand, Hong Kong dan Bangladesh. Terutama sekali dengan Bangladesh tadi kerana warga penonton yang menonton di sekitar tempat aku tinggal seolah-olah memboikot TEAM MALAYSIA pada minit-minit akhir perlawanan yang dikatakan "Skuad kali ini lebih baik: Raja".

Apa sebenarnya yang berlaku dalam pasukan? Ini sekadar pendapat aku la yer. Kalu tak setuju maaf cakap la kerana ini hasil penelitian aku berdasarkan 4 perlawanan persahabatan baru-baru ini. Yang kita menang tu aku tolak tepi la coz malas nak campuraduk.


Pertama
-dua kekalahan kepada Vietnam (1-0) dan Thailand (2-0). 
Kedua
-dua kali seri kepada Hong Kong (1-1) dan Bangladesh (1-1).


Gambar dari --> kamisanasini.blogspot.com
Kedua-dua babak kekalahan dan seri mempunyai jalan cerita yang hampir sama malah macam director yang buat filem bagi arahan pada pelakon yang buat silap supaya perbetulkan lakonan yang sama berulang kali, tapi menggunakan pelakon yang berlainan untuk mendapatkan hasil yang sama. Itulah yang saya nampak apa yang berlaku atas padang. Benar apa yang diceritakan dalam akhbar yang mana jurulatih negara lebih kepada eksperimen pemain kerana "ini cara saya", katanya. Nampaknya cara awak menyebabkan negara hanya mampu seri pada dua perlawanan akhir antara Hong Kong dan Bangladesh. Dalam keadaan mereka tinggal 10 orang pemain masih mampu menjaringkan gol pada 10 minit terakhir perlawanan. Kalau menentang di tempat lawan atau menentang pasukan yang agak kuat seperti Lubnan mungkin boleh diterima dan masuk akal.

Memalukan kerana TEAM MALAYSIA telah mendahului 1-0 dan hanya perlu mengekalkan kedudukan atau menambah jaringan tetapi sebaliknya pula yang berlaku dan seri dengan pasukan yang boleh kita menang sebenarnya. Pada saya 2 pertemuan tersebut bukan seri keputusannya. Kita bermain di tempat sendiri dan kita masih ada 11 pemain yang hanya bermain atas tiket eksperimen Datuk K Rajagopal sebagai Jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia. Maaf kalau kasar bahasanya ya. Tapi itulah kenyataan yang saya dengar dan itulah corak permainan yang ditunjukkan dalam 4 perlawanan persahabatan yang lepas. 

Piala AFF? Nilaikanlah sendiri...

Selasa, 20 November 2012

HUJAN PADA REALITI SIFAT (BUKAN KUMPULAN HUJAN)


Jika nak diceritakan pengalaman hujan ni banyak sangat dan masing-masing ada cerita dan kenangan. Sesungguhnya hujan itu menurunkan rezeki dari yang sememangnya tersirat dan tersurat.

Beruntungnya kita sebagai seorang Islam kerana setiap kejadian, Allah tidak jadikan ia sia-sia. Apa sahaja yang kita buat pasti ada ganjarannya, sempena musim hujan ini jom kita ambil kesempatan untuk mendapat pahala dan rahmat Allah dengan membaca doa berikut, Insyaallah...

Doa untuk keselamatan dunia dan akhirat untuk kita amalkan dan sampaikan, Insyaallah


Sabtu, 17 November 2012

MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA ALLAH S.W.T PERKENANKAN.

DOA MATI DALAM ISLAM



Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

Pertengahan ayat 101, Surah Yusuf.


"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".Pertengahan ayat 101, Surah Yusuf.
Pertengahan ayat 101, Surah Al-A'raaf.


Sumber Ustaz Hadi, Imam Masjid Sunway.

DOA MINTA MATI DI-MADINAH, telah diajarkan oleh Al-marhum Sheikh Soleh Al-Kenali guru di Masjidil Haram, Mekkah.


اَللهُمَّ إِذَا أَرَدْتَ اَنْ تَقْبِضَنِيْ فَاقْبِضْنِيْ بَعْدَ أَنْ أَدَّيْتُ حُقُوْقَكَ وَحُقُوْقَ عِبَادِكَ جَمِيْعًا صَبَاحَ يَوْمِ الْجُمْعَةِ مِنْ شَهْر رَمَضَانَ سَاجِدًا أَوْ شَهِيْدًا فِيْ بَلَدِ رَسُولِكَ وَ أَنْتَ رَاضٍ عَنِّيْ

"Ya Allah jika Engkau hendak mengambil ku, ambillah setelah aku tunaikan sekelian hak Mu dan hak hamba-hamba Mu, pada pagi hari Jumaat dari bulan Ramadhan dalam keadaan sujud atau mati syahid didalam kota RasulMu, dalam keadaan Engkau redha akan daku."

Nabi s.a.w. sangat menganjurkan agar jika dapat kematian kita diMadinah. Sebagaimana sabdanya, “Sesiapa yang boleh mati diMadinah hendaklah doa mati diMadinah”. Ini adalah kerana ahli kubur yang pertama sekali mendapat syafa'at Nabi s.a.w. diYaumil Qiyamah ialah ahli Kubur Baqi diMadinah.

ZIKIR HARIAN


Amalkan zikir harian ini moga mendapat keberkatan berkali ganda. Nak Share ke copy paste ke silakan. Tiada sebarang halangan. Terima Kasih.