RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 21 November 2012

APA SUDAH JADI DENGAN HARIMAU MALAYA YANG TAK HENTI-HENTI DIEKSPERIMENKAN



"Skuad kali ini lebih baik: Raja"
2012/11/20 - 06:32:11 AM

Khairil S Iswan | mkhairil@bharian.com.my
klik sini untuk baca keratan akhbar.


Memang benar kata-kata jurulatih di atas. Aku setuju sesangat dengan kenyataan beliau tu kerana kita memang memiliki ramai pemain yang berada di tahap kecergasan yang membanggakan. Cuma ada beberapa sebab yang aku nampak macam ada yang tak kene pada 4 pertemuan yang telah berlangsung perlawanan persahabatan dengan Vietnam, Thailand, Hong Kong dan Bangladesh. Terutama sekali dengan Bangladesh tadi kerana warga penonton yang menonton di sekitar tempat aku tinggal seolah-olah memboikot TEAM MALAYSIA pada minit-minit akhir perlawanan yang dikatakan "Skuad kali ini lebih baik: Raja".

Apa sebenarnya yang berlaku dalam pasukan? Ini sekadar pendapat aku la yer. Kalu tak setuju maaf cakap la kerana ini hasil penelitian aku berdasarkan 4 perlawanan persahabatan baru-baru ini. Yang kita menang tu aku tolak tepi la coz malas nak campuraduk.


Pertama
-dua kekalahan kepada Vietnam (1-0) dan Thailand (2-0). 
Kedua
-dua kali seri kepada Hong Kong (1-1) dan Bangladesh (1-1).


Gambar dari --> kamisanasini.blogspot.com
Kedua-dua babak kekalahan dan seri mempunyai jalan cerita yang hampir sama malah macam director yang buat filem bagi arahan pada pelakon yang buat silap supaya perbetulkan lakonan yang sama berulang kali, tapi menggunakan pelakon yang berlainan untuk mendapatkan hasil yang sama. Itulah yang saya nampak apa yang berlaku atas padang. Benar apa yang diceritakan dalam akhbar yang mana jurulatih negara lebih kepada eksperimen pemain kerana "ini cara saya", katanya. Nampaknya cara awak menyebabkan negara hanya mampu seri pada dua perlawanan akhir antara Hong Kong dan Bangladesh. Dalam keadaan mereka tinggal 10 orang pemain masih mampu menjaringkan gol pada 10 minit terakhir perlawanan. Kalau menentang di tempat lawan atau menentang pasukan yang agak kuat seperti Lubnan mungkin boleh diterima dan masuk akal.

Memalukan kerana TEAM MALAYSIA telah mendahului 1-0 dan hanya perlu mengekalkan kedudukan atau menambah jaringan tetapi sebaliknya pula yang berlaku dan seri dengan pasukan yang boleh kita menang sebenarnya. Pada saya 2 pertemuan tersebut bukan seri keputusannya. Kita bermain di tempat sendiri dan kita masih ada 11 pemain yang hanya bermain atas tiket eksperimen Datuk K Rajagopal sebagai Jurulatih Skuad Bolasepak Malaysia. Maaf kalau kasar bahasanya ya. Tapi itulah kenyataan yang saya dengar dan itulah corak permainan yang ditunjukkan dalam 4 perlawanan persahabatan yang lepas. 

Piala AFF? Nilaikanlah sendiri...

Tiada ulasan: