Sebab tu selalu aku lebih suka memandu malam sampai ke dinihari. Suasana yang tenang dan tak banyak gangguan. Cuma gangguan daripada lori treller. Bukan nak kata mereka ni mengganggu perjalanan kerana aku tau tanpa mereka ni sesuatu barangan tak akan sampai ke satu tempat. Cuma yang buat aku rasa menyampah tu bila ekor atau kontena mereka ni kosong. Diorang ni suka berlumba jugak. Lepas tu bila bertembung dengan geng-geng ni selalunya mereka sahaja suka-suka masuk le laluan kita kononnya lori mereka ni besar sangat.
Selalu aku perhatikan bila kita yang memandu kereta, kalau lambat sikit padam lampu tinggi, pemandu lori ni akan sengaja masuk ke laluan bertentangan. padahal laluannya di sebelah kiri luas lagi. Apabila berlaku kemalangan dia lari terus je. Ada 2-3 kali jugak aku dengar kes-kes yang macam ni. Jadi berhati-hatilah apabila melalui jalan 2 hala ni. Terutama bila tiada pilihan lain kerana tiada kemudahan lebuhraya yang dibina. Berhati-hatilah kepada para pengguna dan pemandu yang selalu lalu Jalan Bandar Sri Jempol via Keratong.
Alhamdulillah, akhirnya sampai di rumah mak mertua aku dekat-dekat kul 9mlm.
pahangdaily.blogspot.com
sejenakdiperjalananku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan