Sampai di selekoh saya terus membelok ke kanan. Tetapi Perodua Kancil tadi langsung menghimpit saya ke kanan jalan dan hampir-hampir nak termasuk ke lorong paling kanan. Sedangkan Kancil (W#L 4#91) tadi berada di laluan selekoh ke kiri. Saya cuba intai pemandunya dan rupanya seorang perempuan yang penuh dengan keegoannya kerana langsung tak mengangkat tangan kerana dah buat silap. Padahal untuk dia membelok ke utara masih banyak ruang dan masa sebelum dia bertindak demikian.
Nasib baik saya tergerak hati nak tengok tayar kereta Kancil tu. Kalau tak ada dua kemungkinan. Pertama dia akan langgar dinding flying over. Kedua dia himpit saya dan tergolek kat tengah jalan dan dirempuh.
Kepada masyarakat sekalian, gunalah segala deria yang kita ada untuk keselamatan di mana-mana jua. Kerana malas membaca dan tak ada perancangan serta kurang pengetahuanlah soal keselamatan tidak dititikberatkan.
AMALKAN PEMANDUAN SELAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan