RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 22 Mac 2012

Khasiat Ulam Raja

Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.



1 - Pokok Ulam Raja

2 - Pokok Ulam Raja

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.

Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.



3 - Bunga Ulam Raja

Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

Sumber : Wikipedia

Rabu, 21 Mac 2012

Kisah Jurutera Al-Jazari Si Pereka Cipta Lampau

Al-Jazari merupakan seorang ilmuwan Islam yang tersohor dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan robotik. Nama penuh beliau adalah Abu al-Ismail Bin al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari dilahirkan 300 tahun sebelum Leonardo Da Vinci atau lebih tepat lagi pada tahun 1136 Masihi . Gelaran al-Jazari diambil sempena nama tempat kelahiran beliau, iaitu di Al-Jazira.

Kisah kehebatan al-Jazari sebagai jurutera agung bermula apabila datuknya sendiri mengesan bakat al-Jazari di sebuah Ladang kurma milik keluarga mereka.  Memang sudah menjadi rutin, untuk al-Jazari menolong datuknya di ladang kurma jika ada kelapangan. Sewaktu al-jazari sedang berehat, beliau bermain dengan model mekanikal yang diciptanya sendiri menggunakan buluh dan serangga.
Datuknya terpegun melihat cucunya yang masih kecil mampu mencipta sebuah mini model mekanikal yang berkonsepkan kincir air seperti yang terdapat di kebun itu. Walaupun rekaan mini model itu nampak terlalu ringkas pada mata kasar, tetapi datuknya mengerti yang al-Jazari sedang  mengkaji dan mencipta  setiap gerakan mekanikal.

Rupa-rupanya tindakan al-Jazari yang sering bereksperimentasi itu kurang di senangi  oleh bapanya sendiri. Bapanya menganggap tindakan al-jazari itu suatu perkara yang sia-sia. Namun si datuk yang lebih berpengalaman memberitahu kepada bapa al-Jazari, “kamu tidak perlu melarang anakmu mempelajari ilmu itu, kerana dia akan menjadi ilmuwan yang berjasa kepada masyarakat di masa akan datang. Ilmu yang sedang dikaji oleh anakmu itu adalah ilmu mekanikal. Ilmu mekanikal ini dipelopori oleh keluarga Musa Bin Shakhir pada zaman khalifah Harun al- Rashid. Mereka menterjemah buku-buku Yunani dan mengasaskan ilmu mekanikal. Mereka mencipta teori dan seratus alatan mekanikal bagi menggerakkan benda. Mereka membukukan gambar rajah dan maklumat mengenai cara-cara menggerakkannya. Antaranya ialah kincir air dan takal. Dengan ilmu mekanikal ini juga pekerja binaan dapat membina lebih banyak kubu dan kota”. Terdiam bapa al-Jazari mendengar penjelasan yang panjang lebar itu.
Al-Jazari
Peristiwa di ladang kurma itu memberikan impak yang besar pada diri al-Jazari. Keinginan untuk mendalami ilmu mekanikal semakin membuak-buak ditambah pula dengan sokongan padu yang diberikan oleh datuknya. Selain itu, beliau sudah menghafal al-Quran, Hadis, mendalami Bahasa Arab dan ilmu agama.

Hasil dari kajian dan penyelidikan  secara terperinci, al-Jazari telah menulis dua buah buku. Kitab ‘Fi Marifatil Hiyal al-Handasiyyah’ iaitu buku Perkakas Mekanikal Pintar dan “kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” iaitu pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal.


Bukunya dianggap sebagai manuskrip terkenal di dunia di tambah pula dengan ilustrasi yang mengagumkan di dalam buku tersebut. Malah, ada yang mengatakan kitab-kitab beliau pernah dibaca dan dikaji oleh Leonardo Da Vinci. Ini kerana para penyelidik UKM berpendapat besar kemungkinan Leonardo dipengaruhi oleh tulisan Al Jazari kerana terdapat bukti interaksi di antara Leonardo da Vinci dan Empayar Ottoman dimana Al Jazari tinggal. Al-jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Beliau meninggal dunia pada tahun 1206 Masihi di Diyar Bark, tenggara Turki.

Sumbangan
Walaupun nama al-Jazari cuba dipadam dari dunia kejuruteraan mekanikal dan robotik oleh orientalis barat, namun sumbangannya yang begitu besar dalam bidang ini masih dapat dihidu apabila kumpulan dokumentari dari USA History Channel yang membuat kajian tentang alat ciptaan al-Jazari. Rancangan dokumentari tersebut  pernah disiarkan di USA pada awal tahun 2007.

Roda air bergear

Spesifikasi Teknikal Injap

Sistem gear pertama dicipta Al-Jazari merupakan sistem gear pertama yang berfungsi mengubah pengaliran air ke arah horizontal bagi mengendalikan sebuah pam penyedut. Gear ini adalah yang terpenting dalam sistem tali air Al Jazari dikenali sebagai pam penyedut hidraulik pertama kali digunakan. Agak malang sistem gear dan hidraulik diperkenalkan oleh Al Jazari tidak diberikan pengiktirafan dalam dunia kejuruteraan sebagaimana beberapa orang saintis seperti Sir Isaac Newton dan Leonardo da Vinci, sedangkan mereka hanya menyumbang teori sahaja . Al-Jazari membina sistem bekalan airnya itu 200 tahun sebelum Leonardo da Vinci dilahirkan. Ini sekaligus menolak anggapan berkurun lamanya bahawa Leonardo da Vinci (1452-1519), seorang ahli pencipta yang disanjungi dunia dan dianggap sebagai orang pertama mencipta dan menggunakan gear hidraulik dan mekanikal.  
Menariknya di sini ialah satu penciptaan Al-Jazari ini ialah semua ciptaan-ciptaan beliau merupakan teknologi dan kejuruteraan mekanikal yang selama ini tertanya-tanya oleh saya siapa yang mempelopori bidang ini selain barat mengagung-agungkan hero-hero mereka.
Sumber dari : 
Kincir Air

Untuk kincir air ini Al-Jazari terpaksa menggunakan patung kambing untuk menipu masyarakat yang pada zaman tersebut mereka tidak mempercayai bahawa wujudnya ilmu mekanikal. Masyarakat mesir ketika itu hanya mempercayai bahawa Al-Jazari menggunakan ilmu sihir untuk menggerakkan kincir air ini. Untuk mengelak fitnah terus berleluasa maka dibina satu pelantar dan di atas pelantar itu diletakkan sebuah patung binatang. Dari jauh kelihatan seperti binatang tersebut yang menggerakkan kincir air itu.
Sumber dari : TV3

Perang Khaibar (7 Hijrah selepas Perjanjian Hudaibiah)

Khaibar 2003

Peperangan Khaibar terjadi pada tahun 629 di antara Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya dengan orang-orang Yahudi yang tinggal di oasis Khaibar, sejauh 150 kilometer dari Madinah di bahagian timur laut semenanjung Arab. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan orang Islam.

Perang Khaibar terjadi tidak lama selepas Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah S.A.W memimpin sendiri ekspedisi ketenteraan menuju Khaibar, daerah sejauh tiga hari perjalanan dari Madinah. Khaibar adalah daerah subur yang menjadi benteng utama Yahudi di jazirah Arab, terutamanya setelah Yahudi di Madinah ditaklukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Maka Nabi Muhammad S.A.W menyerbu ke jantung pertahanan musuh. Suatu pekerjaan yang tidak mudah dilakukan. Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menaklukkan benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam mengorganisasikan prajurit Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na'im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan para prajurit pilihan maju ke garis depan.

Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Nabi Muhammad S.A.W menugaskan Abu Bakar As-Siddid untuk menjadi komandan pasukan. Namun gagal. Demikian pula Umar Al-Khattab. Akhirnya kepemimpinan komando diserahkan pada Ali Karamallahu Wajhah. Di Khaibar inilah nama Ali Karamallahu Wajhah menjulang. Keberhasilannya meruntuhkan pintu benteng untuk menjadi perisai selalu dikisahkan dari abad ke abad. Ali Karamallahu Wajhahdan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-komandan Yahudi setelah Sallam-pun tewas. Benteng Na'im jatuh ke tangan pasukan Islam.

Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air menuju benteng yang memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur langsung. Benteng Watih dan Sulaim pun tanpa kecuali jatuh ke tangan pasukan Islam. Yahudi lalu menyerah. Seluruh benteng diserahkan pada umat Islam. Nabi Muhammad S.A.W memerintahkan pasukannya untuk tetap melindungi warga Yahudi dan seluruh kekayaannya, kecuali Kinana bin Rabi' yang terbukti berbohong saat dimintai keterangan Rasulullah S.A.W.

Perlindungan itu tampaknya sengaja diberikan oleh Rasulullah S.A.W untuk menunjukkan beza perlakuan kalangan Islam dan Nasrani terhadap pihak yang dikalahkan. Biasanya, pasukan Nasrani dari kekaisaran Rom akan menghancurluluhkan kelompok Yahudi yang dikalahkannya. Sekarang kaum Yahudi Khaibar diberi kemerdekaan untuk mengatur dirinya sendiri sepanjang mengikuti garis kepemimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam politik.

Nabi Muhammad S.A.W sempat tinggal beberapa lama di Khaibar. Ia bahkan nyaris meninggal lantaran diracun. Diriwayatkan bahwa Zainab binti Harith menaruh dendam pada Nabi Muhammad S.A.W. Sallam, suaminya, tewas dalam pertempuran Khaibar. Zainab lalu mengirim sepotong daging domba untuk Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W sempat mengigit sedikit daging tersebut, namun segera memuntahkannya setelah merasa ada hal yang ganjil. Tidak demikian halnya dengan sahabat Rasul, Bisyri bin Bara. Ia meninggal lantaran memakan daging tersebut.

Dengan penaklukan tersebut, Islam di Madinah telah menjadi kekuatan utama di jazirah Arab. Ketenangan masyarakat semakin terwujud. Dengan demikian, Nabi Muhammad S.A.W dapat lebih menumpukan kepada dakwah membangun moraliti masyarakat.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.