RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 9 Julai 2012

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

A110


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-
benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi
mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka: orang-orang yang fasik.


Seorang pendakwah yang menegakkan amal makruf dan mencegah
kemungkaran hendaklah mempunyai sifat lemah lembut, beradab dan
bersopan santun, sebab pendakwah yang mempunyai sifat-sifat ini akan
menjadikan pendakwah tersebut dipandang mulia oleh masyarakat. Jika
ia mempunyai sifat sebaliknya, maka sudah pasti ia tidak dihormati dan
dipandang serong oleh masyarakat. Menjadi seorang pendakwah ini
bukan perkara yang mudah, malah ia sentiasa dipantau dan dinilai oleh
masyarakat. Bila melakukan kesalahan yang kecil sahaja, mereka akan
anggap ini kesalahan yang besar dan tidak patut dilakukan oleh para
pendakwah. Paling memalukan ia diperbesarkan dengan menokok
tambah supaya cerita tersebut menjadi tarikan orang ramai.

Syarat Seorang Pendakwah

1- Ikhlas

Pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah mempunyai hati
yang ikhlas dan dilaksanakan untuk menjaga kepentingan Agama Allah.
Pendakwah yang ikhlas dapat memupuk rasa kasih saying dan prihatin
untuk membetulkan segala kesilapan mereka.

2- Berilmu

Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu, dengan ilmu pengetahuan kita

dapat melaksanakan segala pekerjaan dengan mudah. Orang yang berilmu
adalah orang yang mempunyai wawasan yang tinggi dan ia tidak boleh ditipu
oleh orang lain dengan mudah. Setiap ibadah yang dilakukan oleh orang
yang berilmu lebih diterima oleh Allah berbanding orang yang tidak berilmu.

http://www.ustaznoramin.com/2011/11/tujuan-dakwah-ketiga-amal-makruf-nahi

.html

3- Iman yang kuat.

Iman adalah senjata yang terkuat dalam diri seseorang da’ie untuk

membolehkannya berasa yakin dan berani berjuang dan menempuh segala
ujian di jalan dakwah ini.
a) Dengan iman yang kuat kita meyakini Qada’ dan Qadar di tangan Allah.
b) Rezeki hamba itu ditangan Allah.
c) Yakin bahawa Allah sentiasa bersamanya dan sentiasa memerhati gerak
gerinya.

4- Persediaan menjadikan diri sebagai Qudwah Hasanah.

Kita sebagai Ad-Da’ie adalah perlu menjadikan diri kita sebagai contoh yang
baik kepada masyarakat. Bagaimanakah masyarakat boleh menerima seruan
kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran sedangkan kita sendiri
melakukan kemungkaran dan meninggalkan kebaikan.

Sifat yang perlu ada pada da’ie :
a) Sentiasa benar dalam semua perkara.
b) Amanah.
c) Lemah lembut.
d) Rendah diri.
e) Kasih sayang.

5- Persediaan dari segi rohani.

Kebersihan rohani akan menjadikan seorang insan itu bertaqwa,mukmin,soleh
dan kuat.Ia juga memberikan kesan yang besar kepada dakwah. Doa dari rohani
yang suci akan mudah dimakbulkan oleh Allah.