RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 10 Jun 2013

RAMLEE AWANG MURSHID - AKU BERCERITA


Sinopsis novel ni ialah satu mamat digelar AKU yang dijadikan watak utama yang mengalami gangguan sehinggakan semua orang dimarahnya dan takut juga dengan gangguan. Walaupun konon-kononnya kuat tapi selalu tewas bila berlawan. Saya yang buat sinopsis sendiri.

Berkenaan 5 cerita yang ada dalam novel ni.

1 - Bunian

Jalan cerita memang menarik. Mulanya agak biasa. Saya mula mengesyaki sesuatu akan keterbalikan cerita. Ini kerana awal penceritaan semuanya agak biasa cuma melanggar pesanan seorang ibu. Pada pendapat saya ramai orang melanggar pesan ibu di dunia ni cuma masing-masing cover la kan. Jika anda seorang peminat karya RAM, mesti anda dapat tahu bagaimana penulisan beliau. Beliau jarang menulis cerita yang biasa dibuat orang. Dah masuk part tengah, memang sangkaan saya tidak meleset sama sekali kerana bila Jailani dapat merempuh tembok dengan kuasa kenyakinan yang tiada batas, segala-galanya terungkai. Apakah yang dapat dirungkaikan? Boleh ke manusia kawin ngan bunian dan keluar balik jadi manusia?

2 - Culik

Cerita ini pun sama jugak permulaannya yang lazim RAM buat dalam MANDATORI, ADAM, RAYYAN FANTASI & FIKSYEN 302. Ada thrillnya. Cuma aku tak sangka betapa mulianya endingnya. Aku ingatkan jadi la si Faizal a.k.a Pee Chai nak bunuh Mizwar. Yang dia sempat buat psiko anak Mizwar and the gang dan bunuh sesama mati ngan Kasimin. Satu ending yang menarik dari Johan sebagai membalas jasa baik kawannya Faizal.

3 - Cinta Matiku

Yang ni aku asalnya tak berapa berkenan sangat kerana ada campur politik dan sejarah hitam negara kita yang mana unsur 13 Mei 1969, Darurat dan Komunis diceritakan. Aku adalah peminat cerita sejarah, cuma tak minat filem dan novel yang ada unsur sejarah. Jalan cerita agak menarik kerana RAM memang suka mengelirukan pembacanya. Aku sangkakan Rukiah tu memang jahat. Tapi kali ini aku kene ulang sampe 3-4 kali bab Kalsom membuat pengakuan pada Tahir. Memang aku keliru part tu dan termasuk semasa dia kawin ngan Tahir coz ada pulak jantan keparat yang menyamar.Uncle Muthu. Uncle Muthu.


4 - Sang Kancil

Yang ini paling happy dan siap aku tergelak baca cerita ni. Jalan cerita macam dalam SEMANGAT HUTAN, TOMBIRUO DAN RANGGAU. Cuma kali ini ada unsur pelik sedikit. Macam karya Les' Copaque 'PADA ZAMAN DAHULU' semua binatang boleh bercakap. Cuma kali ini RAM buatkan Ahmad boleh bercakap ngan binatang sehingga dipulaukan semua kawan di sekolah. Mak bapak mana nak percaya bila anaknya kata boleh bercakap ngan binatang. Ada yang kata dia gila dan macam-macam.

Diselitkan pulak cerita si Jasmir yang kelakar dibuatnya. Kalu di filemkan pun OK kot coz macam saya kata awal-awal tadi RAM punya penulisan mesti ada lagi keterbalikan yang tak di sangka-sangka. Cuma saya tak tau pulak sampai ke tahap tu Jasmir punya idea nak selamatkan orang-orang Bank dengan kawannya Narayan. Usaha mereka tidak sia-sia.

5 - Cut

Pada saya tajuk cerita ini adalah penutup kepada cerita ini. Memang pada awalnya diterangkan tentang pangkal nama seperti selebriti Indonesia 'Cut Tari'. Dalam cerita ni sama la fungsinya untuk 'Cut Asmidar' anak kepada Ibrahim Fakeh. Jalan ceritanya dah saya baca 15 tahun yang lepas dengan penulis lain. Cuma jalan ceritanya yang dulu tu tak jadi kawin coz jantan keparat tu nak bertanggungjawab. Dalam cerita ni pun jantan yang bernama Jeremy memang nak bertanggungjawab cuma lambat sikit. Si Herman dah tackel dulu hati anak Cut. Cerita ni Happy ending cuma jalan cerita biasa yang macam dalam TV. Kita selalu tengok cerita-cerita telenovela, filem-filem sekitar tahun 90-an. So sama aja. Cuma untuk ending sebuah cerita dalam novel rasanya ini kali pertama wujudnya senarai pelakon beserta pengarah macam cerita yang habis kat TV. Memang tiada la pada novel-novel lain kot.

Berkisah pada watak AKU. Pada dasar penceritaan RAM kali ini, dalam novel ini memang ada 5 short story tapi diselang selikan dengan cerita AKU. Siapa AKU yang sebenarnya. Secara rumusannya AKU itu adalah watak yang sengaja dinamakan AKU dalam penulisan RAM. AKU adalah pelengkap kepada semua jalan cerita yang ada. 

Kenapa jadi pelengkap? Jawapannya 5 tajuk cerita dengan kisah berlainan ni perlu ada dalam karya RAM 'AKU BERCERITA' kerana RAM bercerita. Untuk menjadikan cerita, mesti ada jalan ceritanya. So watak 'AKU' tu lah yang menjadikan semuanya terkait rapat. Maka kesemua cerita dalam 'AKU BERCERITA' adalah 6 cerita (1 novel dan 5 cerita).

Setian telima tatih (kata anakku Salsabila).

Tiada ulasan: