RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 30 Oktober 2012

Liga bolasepak kita ke taraf bintang ! (Pinjam tajuk)



Sorry nyampuk sikit yer... (Dah lama tak update dan menda ni dok simpan dalam pala otak)

Cerita kat atas tu mmg menarik... cuma tang kemajuan bola sepak kat negara kita ni kurang minat sikit coz ada satu benda yang bro x cite... Robbie Fowler bukan setakat jadi coach, dlm masa yg sama beliau adalah pengurus kepada PBDKT-Team (T-TEAM) dan juga sebagai pemain jika beliau memiliki kecergasan seperti dulu.

Yang saya nak tekankan mengenai kemajuan bola sepak ni berkenaan pengurus dan jurulatih. Semua kelab dan pasukan yang ada di negara kita dari dulu sampai sekarang ni diasingkan (maksudnya 1 pengurus dan 1 jurulatih). Tidak seperti liga-liga di Eropah yang mana coach adalah pengurus.

Kita lihat pasukan Negeri Terengganu contoh yang paling dekat, kerana masalah dalaman yang berlaku sepanjang musim 2012 adalah paling terburuk dalam sejarah PBSNT. Hampir 30 tahun saya ikuti team ini (peminat & penyokong), tahun ni mereka bermain seolah-olah ada pakatan antara pemain atau pun ada pemain yang buat provokasi dalam pasukan. Bukan mereka tak boleh menang dalam game2 yang mereka kalah tapi disebabkan berlakunya kesumbangan antara pihak pengurusan dan coach, mereka pecah belah dalam pasukan kerana tak puas hati dan mereka tunjukkan di atas padang.

Ramai hero-hero dari terengganu berhijrah ke pasukan lain kerana perasaan tidak puas hati dan atas desakan peminat dan penyokong PBSNT mereka telah mendesak dan membuat bantahan kepada Che Mat Jusoh supaya meletak jawatan sebagai pengurus pasukan.

Seperkara lagi yang menarik minat saya berkenaan dengan pengurus juga iaitu 'siapa yang layak menjadi pengurus pasukan bola sepak?' Salah satu yang saya nampak adalah kebanyakannya ahli politik yang berkemungkinan tendang bola pun 5 tahun sekali lebih malang lagi ada yang tak pernah sentuh pun bola sepak. Negara kita bukannya tak ada tokoh-tokoh bola sepak, tapi dipinggirkan. Sumbangan tokoh-tokoh bola sepak inilah yang kita perlukan. kenapa? Kerana mereka lebih luas pengalaman dalam bola sepak malah dah bermain lebih lama berbanding pengurus pasukan yang ada.

Langkah yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Said adalah bijak dan tepat kepada t-team walaupun robbie fowler bukan rakyat malaysia, tetapi keputusan melantik robbie sebagai pengurus dan jurulatih amat saya sokong 100% supaya apa yang berlaku pada pasukan terengganu dan pasukan2 lain tidak akan berulang. T-TEAM adalah pasukan pertama yang memilikinya.

"Saya akan beri perhatian kepada T-Team untuk diuruskan secara profesional termasuk melantik ketua jurulatih dan pengurus pasukan adalah orang yang sama. Apa-apa saja, mereka (ketua jurulatih merangkap pengurus) kena bertanggungjawab termasuk untuk pilih pemain.

"Kita akan tengok di segi kecergasan dan sebagainya. Mengenai Robbie Fowler, dia sanggup berkhidmat di negeri ini sebagai ketua jurulatih dan pengurus (T-Team). Begitu juga Boateng, mereka ini kita akan panggil untuk diuji," katanya.

Artikel Penuh:

Mohon maaf pada PBSNT kerana manjadikan anda contoh, juga kepada saudara BEN ASHAARI kerana saya menokok nambah sedikit yer...

Tiada ulasan: