RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 7 Jun 2013

KISAH DI DINIHARI

Suatu pagi yang indah dengan sunyi sepi menjadi dendangan. Baru habis kerja luar sekitar jam 12.15 yang mana hari sudah pun memasuki 30 Jun. Siap semua kurang lebih 12.30 aku gerak menaiki motosikal menuju pulang ke rumah. Ntah apa kata biniku nanti aku pun tak tahu.

Nak tunggang laju sangat pun dah penat kerana sudah 2 malam aku tidur lewat dan bangun awal keesokan harinya. Pada pendapat aku boleh la aku tidur lama sikit malam ni kerana badan pun dah penat. Dalam keadaan 70km/jam aku tunggang sampai juga Ampang. Lepas tu dari MRR2 aku masuk ke susur DUKE.

Ketika di selekoh aku rasa lap aku membuai-buai. Mungkin akibat jalan tak rata kerana semasa memandu kereta pun aku pernah rasa benda yang sama. Bila jalan dah lurus aku pun test motosikalku dengan hayunan kiri dan kanan 2-3 kali untuk memastikan tayar motosikal dalam keadaan elok (kalau ada banyak kenderaan jangan buat test ni). Rasa tayar ni ok lagi angin dia. Tapi rasa was-was tetap ada.

Aku fikir nak check tayar dan terus menghimpit ke tepi jalan. Tak sempat aku nak berhenti tetiba melelong kiri dan kanan motosikalku kerana tayar belakang dah takde angin. Brek kaki ku tekan aku berjaya mengawal kelajuan cuma masalah sekarang ni motosikal ni belum berhenti lagi aku tekan kuat sedikit brek kaki supaya makin perlahan. Apalagi tak sempat berhenti aku dah hilang kawalan kerana aku tak tau apa yang tersangkut.

Sedar aje aku dah baring ngan motosikalku antara rumput dan jalan. Aku cuba bangun tapi badan rasa berat semacam. Kepala ku mamai macam mabuk. Suasana mula riuh. Ramai orang datang menolong. Aku tak boleh nak berkata-kata. Tiada daya nak lakukan apa. Mereka tegakkan aku berdiri. Aku rasa stabil. Bila mereka tanya ada patah ke luka aku cakap ok. Kemudian mereka bagi tau aku darah tu luka kat mana. Alamak kukuku patah. Darah meleleh. Aku cuba jalan dah nak terjatuh la pulak. Langsung mereka memimpin aku dan bawa ke klinik dekat Setiawangsa.

Tiada ulasan: