
Peperangan, perbalahan dan penentangan hebat berlaku sepanjang perjalanan dan sesetengah tempat yang ada makhluk tertentu tentunya kita tertewas jika terpedaya dengan hasutan mereka. Namun keampuhan Laksamana Sunan sukar digugah sama sekali baik Qishahir, Gimbara dan Nayan Si Harimau Berantai. Paling lucu ketika Gadul terkencing dalam seluarnya kerana mukanya dijilat harimau jadian. Tak pernah lagi saya hampir tergelakkan bila membaca karya RAM selama ini. Cuma sedikit saja tak puas hati mengenai novel ini sehingga cetakan ke-4 pun masih ada ejaan yang tak cukup dieja dan ada juga perkataan yang tiada dalam ayat untuk melengkapkan ayat. Harap ini dapat ditambahbaik lagi mendatang.
Rasanya kisah ini belum tamat lagi kerana di akhir episod ini 5 orang Jambi datang menemui sunan yang mana mereka ini suka memerangi kumpulan harimau jadian. Tak tau pulak mana geng-geng harimau ni menghilang. Kedatangan 5 orang ini pun berupa ugutan. Tak mustahil jika RAM ada idea nak teruskan atau memang sampai sini sahaja.
Akan datang saya akan ulas mengenai AKU BERCERITA pulak coz semalam baru keluar dari plastik wrappingnya... Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan