RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 9 Mei 2013

RAMLEE AWANG MURSHID - SUTERA BIDADARI 2011


Memang agak terlewat kali ini kerana sudah lama aku mencari baru mendapat. Bukan tak boleh order, tapi rasa cam tak seronok nak menunggu.Tapi tak kisah la, janji dapat juga baca.

Dari segi penceritaan sangat bagus cuma ada part yang masa nak berlawan dengan toghut (Raja Roman/Abdullah Sidik) tu cam tak berapa best coz sikit sangat part lawannya. Dah tu cepat pulak si Raja Roman tu nak masuk Islam sebab terlalu lama menanggung hayat. Sedangkan persiapan si Sunan kan main lagi siap Hang Tuah ajar jurus angin. Seolah-olah macam susah sangat nak berlawan ngan Raja Roman.

Saifullah pula macam tak berapa nak kena sikit ceritanya pada awal bab coz dikatakan suka hidup membujang tak macam orang lain kerana pada peringkat umurnya menjadi gilaan wanita. Semacam tak berapa kena plot ceritanya.

Ada satu part 'pada ketika Maryam, Sunan, Panglima Awang Bagan dan Luna tiba di tanah perkuburan kerana Sunan nak melawat kuburan ibunya. Luna yang ketika itu bersiap nak memanah ke arah abang Sunan tatkala dia melepaskan anak panahnya yang hampir mengena, anak panah tersebut patah 4 kerana laksamana Sunan menggunakan jurus angin'. Ayat tak sama, tapi saya nak bagi tau tang part ini rasanya ada satu perkataan tertinggal 'PANAH'. Dalam ayat, "Luna terkejut melihat anaknya patah empat".

Itulah sedikit ulasan untuk kali ini. Akhir sekali harap dari segi ejaan tu kena dibuat penelitian lagi yer...

Tiada ulasan: