RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 27 Jun 2012

CERITA SALAM (KISAH 2)



Suatu pagi yang damai, ketika kami semua pekerja sedang bekerja, tiba-tiba bos masuk ke bilik production untuk membuat pengumuman mengenai pelawat (auditor) yang akan hadir. Selepas taklimat kami berbincang untuk membuat persiapan. Di dalam bilik production kami terdapat lebih kurang 20 orang yang bekerja pada satu-satu masa.

Jadi tak ada masalah untuk menggantikan pekerja seketika jika mereka ingin menunaikan solat atau ke tandas. Jarak antara surau dan tandas dengan bilik production agak jauh. Ini menyebabkan kerja-kerja manjadi tertangguh. Atas sebab itulah kami hanya membenarkan seorang sahaja staf keluar untuk sesuatu masa.

Pelawat tersebut akan datang selepas rehat tengah hari lebih kurang jam 2.30 petang. Line leader kami juga telah memantau semua kelengkapan, SOP, dan rekod-rekod supaya kecuaian tidak berlaku. Semua mengikut arahan supervisor berpandukan SOP. Masing-masing makin bersemangat melaksanakan tugas yang diberikan.

Setelah jam meniti ke 2.30 petang, kelibat mereka belum juga muncul. Kemudian staf-staf ini masih menunggu sehingga hampir jam 3.15 petang. Supervisor tak tahan lagi untuk menunaikan hajat kecil. Lalu dia pun segera ke tandas. Kebetulan pula tika itu air paip terputus bekalan, maka tak basuhlah tangannya dan dia ingin ke tandas yang lain.

Ketika melewati depan pintu bilik productionnya dia ternampak pelawat sudah berada di dalam. (Untuk pergi ke tandas lain perlu menempuh bilik production kerana ia berada di tingkat bawah). Berbelah bagi hati si supervisor ini kerana dia belum cuci tangan lagi. Tapi dalam hatinya berkata 'Sekadar pegang mesin dan buat kerja, bukan nak makan pun. Nak makan nanti aku cucilah tangan'.

Baru dia menutup pintu dan tak sempat melangkah, pengurusnya memperkenalkan supevisor tersebut kepada pelawat. Lantas pelawat itu menghulurkan tangannya untuk berjabat salam. Terpinga-pinga sejenak, lalun dia pun berjabat salam dengan pelawat tersebut. Rasa bersalah pula dia kerana tangannya kotor memegang kemaluan dan tidak dibasuh. Bukan niat nak mendajalkan orang. Memang tidak disengajakan kerana dia perlu berada di sana kerana dia adalah ketua dalam bilik itu...