RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 21 Jun 2012

ORGAN BADAN MEMERLUKAN AIR

A

ir merupakan keperluan untuk kehidupan seharian, Ia meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita yang mana hampir menyamai dengan bentuk muka bumi. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman. Amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, penyakit buah pinggang dan jangkitan kuman pada air kencing. Tanpa air, tubuh manusia tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana air juga merupakan satu elemen penyejuk dan pelincir kepada setiap anggota tubuh badan kita. Untuk itu perlu kita mengetahui kepentingannya pada tubuh kita, lihat di bawah :

1. Otak

Tubuh yang cukup kandungan air akan membuat daya ingatan lebih tajam, perasaan stabil dan motivasi diri lebih baik. Jika kandungan air dalam tubuh mencukupi, kemampuan kita dalam memecahkan masalah juga akan meningkat. 

Para ilmuwan menyebutkan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan aliran oksigen ke kawasan otak berkurangan sehingga sel-sel saraf akan menyusut seketika. Sebab itu kita lihat orang yang haus atau dahaga akan mudah marah.

2. Mulut

Bibir akan lebih basah dan aroma yang keluar dari mulut juga kurang berbau. Mulut yang  kekeringan akan menyebabkan bau mulut dan rasa yang tidak enak, bahkan gigi berlubang.

3. Jantung



Kekurangan air boleh menyebabkan penurunan isipadu darah dalam badan kerana ia menjadi pekat. Ini menyebabkan jantung bekerja lebih kuat dalam mengepam darah agar sel-sel mencukupi untuk sesuatu akitiviti. Selain itu oksigen dalam badan juga bertambah kesan dari sifat-sifat yang ada pada air secara semulajadi.

4. Peredaran darah

Tubuh mengeluarkan haba panas dengan cara melebarkan pembuluh darah yang dekat dengan permukaan kulit sehingga aliran darah lebih cepat dan panas lebih banyak yang dikeluarkan. Bila kita kekurangan air, haba dalam semakin meningkat. 

5. Otot


Bila air mencukupi dalam tubuh, sel-sel akan menyediakan nutrien yang cukup dan membantu otot-otot berfungsi dengan baik. Ia juga penting untuk mengerakan sendi.

6. Kulit

Kulit merupakan organ terbesar. Ia menjadi kering apabila kekurangan air. Keadaan ini menampakkan kulit kita seperti mahu merekah jika dilihat dari dekat. Berbeza sekiranya kandungan air mencukupi yang mana kulit akan nampak segar.

7. Ginjal

Ginjal memerlukan air untuk berfungsi, jika tiada air, ginjal atau buah pinggang tidak dapat bekerja. Maka akibatnya ginjalnya akan rosak.
AMALAN-AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN
1- Setengah jam sebelum makan

2- Setengah jam selepas makan 

3- Sebelum Mandi

4- Sebelum tidur

5- Bangun dari tidur

(Sebaik-baiknya minumlah segelas air kosong dulu).


Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari.  

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Memang keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice. 


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

~SELAMAT BERAMAL~