RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 24 September 2012

BEZA ISLAM YAHUDI DAN NASRANI

Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur.”

(Riwayat Muslim)


Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan dalam ibadah puasa ini.

Antaranya ialah:


i. Berbuka Puasa

~ Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa

~ Orang-orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya"

ii. Bersahur

Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.

iii. Ikhlas

Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tiada ulasan: