RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Rabu, 17 April 2013

TAN SRI SM SALIM DIACU SENAPANG KETIKA MENYANYI

Keratan Harian Metro 17 April
Beginilah sedikit sebanyak kisah mengenasi insan yang bergelar seniman iaitu Tan Sri SM Salim. Beliau adalah Artis kedua di Malaysia yang bergelar Tan Sri selepas Tan Sri P Ramlee.

Sedih juga bila terbaca kisah beliau diacu senapang ketika menyanyi. Tapi demi mencari rezeki dan seni yang beliau minati sanggup direah jua.

Klik SINI untuk dengar.

Salah sebuah lagu yang paling saya minati dan banyak lagi. Sumbangan beliau dalam bidang nyanyian dengan gerne irama asli memang tidak dapat disangkal lagi. Zaman ini mana ada lagi artis yang menyanyikan irama asli kerana tiada minat yang mendalam. Walaupun ada rockers yang menyanyi irama melayu seperti Ramli Sarip tapi gerakan irama asli terus dipinggirkan.

Ramai artis kita yang ada hari ini lebih gemar merosakkan lagu asal dengan memasukkan elemen hip hop atau rap yang kononnya asimilasi (bak kata KRU). Sejauh mana kejayaan mereka? Apa yang saya nampak hanya selangkah sahaja mereka bergerak. Yang lain di depan mereka berterabur.

Menurut Tan Sri lagi, Beliau ingin menghasilkan sebuah album atau single sebelum beliau pergi. Harap-harap jadilah yer...

Tiada ulasan: