RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 14 Mei 2012

Al-Kisah Musuh Ketat Negara


Setiap hari kaki terus melangkah. Kata orang kaki ini yang akan berkata-kata di akhirat nanti. Baik tempat langkahnya, baiklah kata-katanya. Buruk tempat langkahnya, buruklah kata-katanya. Masa beredar tanpa henti dan langkahku terhenti di warung ini lagi.

Melihat teman-teman sepermainan bergelak tawa "ha ha ha ha". Aku tumpang senyum sekali. 'Mesti baru lepas', gumam dalam hatiku. Aku pun menghimpit ke tempat duduk mereka. "Woi Mail, kau ni tak reti bagi salam ke? Sampai-sampai terus duduk. Hormatlah sikit kawan", sergah seorang teman. 'Aku malas nak ambil pot. Kau orang pun bukan baik sangat pun', gumamku lagi. Aku diam membisu.

Amri berbisik, "kau pergi beli SP, lepas tu tunggu depan rumah aku". Aku angguk dan terus berlalu meninggalkan mereka. Aku hidupkan motosikal dan terus berlalu. Banyak mata dan mata-mata memerhatikan lagakku yang memecut laju. Seketika penuh asap berkelung-kelung memenuhi ruang dan jalan-jalan yang aku lalui. Bangga rasanya jadi perhatian.

"Bang, bagi rokok daun dengan tembakau," pintaku. Selepas diunjukkan kepada ku, "berapa?". "Seringgit dua puluh sen", sekilas memandang pada ku.'Dari jelingannya sudah ku paham ertinya. Para peniaga bukan tak tahu akan kegunaannya, cuma buat-buat tak tahu. Lagi budak muda yang membelinya,'getus mail dalam hati.

Mail meneruskan langkah keriangan kerana tak perlu bersusah payah mengeluarkan wang lebih untuk berkhayal hari itu. Sesampainya dia, "kau pergi kutip kat kat kebun ke?" Tanya Amri. Tak sempat nak matikan enjin motosikal lantas Mail menjawab, "aku beli kat kedai seberang". "Tak ada kedai lagi jauh ke?" Tanya pula Karim.

Sangka Mail mereka berdua sahaja rupanya Amri mengajak tiga orang lain Shah dan Ajak termasuk Karim sekali lepak. "Kedai Aceh tu tak clear la, line panas. Aku takut nak ke sana," jelas Mail. "Dah, cukup. Kau orang ni kalau sehari tak bertekak macam tak cukup sifat," berang si Ajak. "Mai sini SP," pintanya lagi. Mail pun menghulurkan SP kepada Ajak dan terus duduk di sebelahnya.

"Nanti kau tengok Shah," tegas Ajak. "Kenapa?" Tanya Mail sambil melihat rakan yang disebutksan tadi. "Tak stim lagi tu. Banyak mulut. Stim kalu, melayut je matanya. Dah tu mulut pun terkunci, kepala pun melayang," balas Ajak sambil tersenyum. 

Di tangan Karim, Amri dan Shah masing-masing sibuk menenyeh daun ganja dan disalut pula dengan tembakau. Memang ralik menenyeh daun ganja. Mata asyik tertumpu di tangan takut-takut tertumpah ke tanah. Rugi kata mereka. Tabiat. Mail dan Ajak sibuk mengembangkan rokok daun. Mata mereka pula yang melilau memerhati keadaan jika ada orang lain yang lalu untuk cover line.

"Karim, lighter please," pinta Amri. "Wah! Skiping nampak," tempelak Karim sambil menghulurkan pemetik api. Perkataan Speaking diterbalikkan sebutan pada P dan K. Amri tersengih lalu dibakarnya balutan ganja yang telah siap. Hsip...... Amri menyedut asap ganja panjang-panjang dan disoroti beberapa mata menunggu giliran. Begitulah ragam penagih-penagih ganja.

"Meh la aku punya turn", tiba-tiba satu suara mencelah tanpa mereka sedari. "Ooo... Ini kerja kau orang. Kawan-kawan lain lepak kat kedai, kau orang dok sini", tegas suara itu lagi. Muncul pula empat orang lagi dan menjadikan mereka semua sepuluh orang semuanya. Suasana mula riuh rendah. Amri tidak senang duduk menghadapi keadaan tersebut.


BERSAMBUNG....