RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 29 Mei 2012

KESELAMATAN... SIAPA YANG SELAMAT? (REVERSE TO 17 CEDERA DALAM KEMALANGAN ACARA LUMBA DRAG)

Tika ini ramai orang memperkatakan perihal kereta buat aksi drag merempuh penonton. Apa yang berlaku minggu lepas adalah pengajaran buat semua umat di Malaysia. Ini kerana perlumbaan Drag ini sebenarnya belum lagi dicommercialkan lagi. Masih di peringkat underground dari segi penganjurannya. 


Banyak lokasi-lokasi yang telah diadakan drag race ini tak kira motosikal atau pun kereta namun belum wujud lagi litar yang khas dibina untuk mengommecialkan sukan ini. Bila nak dicommercialkan, inilah jadinya akibat daripada kekurangan pengalaman dan kaji selidik sebelum buat sesuatu acara.


Yang nak diutarakan di sini adalah mengenai keselamatan. Saya sangat berminat dengan perkataan ini (KESELAMATAN) kerana aspek ini bukan pada skop tertentu sahaja. Saya harap apa yang dijelaskan nanti jangan dikaitkan dengan politik. Kerana ini hanya pendapat saya atas faktor keselamatan. 
G1. Penonton berpaut pada penghadang besi 


Kejadian yang berlaku di Putrajaya baru-baru ini sungguh memeranjatkan semua pihak yang mana ada beberapa pihak menuding jari dan ada pihak nak melepaskan diri. Venue yang digunapakai untuk litar drag ini sebenarnya adalah sangat-sangat tidak sesuai kerana  pengabaian faktor keselamatan. Antaranya tiada dinding atau batu penghadang yang tebal, jarak penonton yang dekat dengan litar malah ada yang berada betul betul atas penghadang jalan, dan beberapa faktor keselamatan yang lain (Rujuk Youtube pun boleh).


Paling ketara adalah penonton yang begitu hampir dengan litar. (Lihat gambar) Hanya penghadang besi yang digunakan untuk menghalang kemasukan penonton. Tetapi penganjur tidak melihat penonton yang berada di seberang sana kerana menyangka pokok yang ditanam pada penghadang tengah jalan adalah memadai. Ia adalah memadai untuk kenderaan yang memecut mungkin 60km/j ke bawah? 


G2. Penonton dijarakkan
Berbeza dengan penganjuran yang diadakan di luar negara yang mana faktor keselamatan dititik beratkan. Semua aspek pelumba, penonton dan penganjur juga di jaga keselamatan mereka. Memang perlumbaan (bermotor) apa-apa pun haram pada asalnya. Untuk menghalalkan cara (walaupun bukan 100%) faktor keselamatan jangan diabaikan. 


G3. Keselamatan penganjur dan pelumba tidak diabaikan dengan adanya dinding batu (kanan) dan penghadang tengah.

G4. Penganjur hanya meletakkan kon Polis sebagai penghalang kepada  2 lane dan keselamatan diabaikan
Jadi apa yang telah berlaku adalah satu kejadian yang memang seakan-akan perlumbaan haram (maaflah kalau ada yang tersinggung) kerana faktor keselamatan hanya pada kon dan pagar besi sahaja. Penganjur juga hanya melihat perlumbaan haram yang ada di Malaysia sebagai rujukan untuk mengadakan drag racing ini. Jika anda tidak percaya dengan apa yang saya tulis ini, lihatlah sendiri lumba-lumba haram yang ada kat negara kita. Memang sama, cuma bezanya ada kon dengan pagar besi tempat penonton berpaut tu.


Maka untuk menyelamatkan diri Menteri Datuk Shaberi Chik buat kenyataan akhbar Lumba 'drag' di litar elak kemalangan, kata menteri
  • Bernama
  • 6:01PM Mei 27 2012

Video kemalangan. klik pada link di bawah:- 

Keluarga mangsa pula? Akibat dari perancangan yang tidak rapi inilah jadinya. Harap di masa mendatang pihak-pihak yang ingin menganjur apa-apa acara buat kaji selidik yang mendalam dan bukan jadi bidan terjun untuk mengaut keuntungan semata-mata (PASTIKAN RUJUKAN BUKAN SEKADAR YOUTUBE).

SEKIAN

Tiada ulasan: