RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Sabtu, 17 November 2012

DOA MINTA MATI DI-MADINAH, telah diajarkan oleh Al-marhum Sheikh Soleh Al-Kenali guru di Masjidil Haram, Mekkah.


اَللهُمَّ إِذَا أَرَدْتَ اَنْ تَقْبِضَنِيْ فَاقْبِضْنِيْ بَعْدَ أَنْ أَدَّيْتُ حُقُوْقَكَ وَحُقُوْقَ عِبَادِكَ جَمِيْعًا صَبَاحَ يَوْمِ الْجُمْعَةِ مِنْ شَهْر رَمَضَانَ سَاجِدًا أَوْ شَهِيْدًا فِيْ بَلَدِ رَسُولِكَ وَ أَنْتَ رَاضٍ عَنِّيْ

"Ya Allah jika Engkau hendak mengambil ku, ambillah setelah aku tunaikan sekelian hak Mu dan hak hamba-hamba Mu, pada pagi hari Jumaat dari bulan Ramadhan dalam keadaan sujud atau mati syahid didalam kota RasulMu, dalam keadaan Engkau redha akan daku."

Nabi s.a.w. sangat menganjurkan agar jika dapat kematian kita diMadinah. Sebagaimana sabdanya, “Sesiapa yang boleh mati diMadinah hendaklah doa mati diMadinah”. Ini adalah kerana ahli kubur yang pertama sekali mendapat syafa'at Nabi s.a.w. diYaumil Qiyamah ialah ahli Kubur Baqi diMadinah.