RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 27 November 2012

PEMANDU TEKSI TUNJUK ISYARAT LUCAH

Gambar hiasan dari paultan.org
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada para pembaca yang budiman. Saya tak suka nak memburuk-burukkan tambahan pula di peringkat dunia pun golongan mereka ini dah memang buruk menurut LondonCabs.co.uk

Tapi pagi ini ketika saya berada di Jalan Pahang (depan Hospital Tawakal) dalam perjalanan untuk menghantar orang rumah saya ke pejabatnya sebelum susur nak ke utara (menuju ke Lebuhraya Mahameru) sebuah teksi yang berwarna oren (bukan seperti dalam gambar) berada di laluan kedua menuju ke Bulatan Pahang. Untuk pengetahuan Jalan Pahang ada 3 laluan. Saya ketika itu menunggang motosikal sedang memotong separuh badan teksi tersebut di sebelah kiri kerana sebelah kiri saya ada laluan pertama dan di depan saya ada kereta.

Dengan tiba-tiba teksi tersebut memberikan signal untuk membelok ke kiri dan terus menghimpit ke kiri. Memang saya mengelak dari kena langgar. Apa yang saya sempat lihat pemandu tersebut tidak mengenakan pakaian yang disyaratkan kepada pemandu teksi. Lalu saya pun menunjukkan isyarat yang seolah-seolah akan menghubungi SPAD. Dia yang tidak berpuas hati langsung mangangkat tangan menunjukkan isyarat lucah dan terus memecut menuju ke Lebuhraya Mahameru.

Nasib kami berdua selamat tiba di lokasi tujuan. Cuma apa yang saya kesalkan di sini adalah, sebagai seorang pemandu yang profesional mestilah bijak dalam pemanduannya. Maksud saya mereka mesti tau hala tuju atau laluan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan bukan menurut kehendak pelanggan tanpa memikirkan soal keselamatan orang lain.

Kebanyakan pemandu-pemandu yang memiliki lesen GDL dan PSV yang ada di negara kita adalah tidak profesional. Saya pun memiliki lesen GDL. Apa yang telah diajarkan kepada saya selama 2 minggu lepas betul-betul menginsafkan saya sebagai seorang pemandu. Cuma saya tak dapat nak teruskan niat nak bekerja tu kerana ada beberapa masalah yang tak dapat nak elak. Mereka sangat menekankan soal keselamatan.

Berbalik kepada isu tadi, Pegawai JPJ pun mengakui yang golongan pemandu teksi dan bebarapa bas henti-henti ini teruk dari segi pemanduan mereka. Maklumat ini saya dapat semasa kursus untuk mendapat lesen GDL kerana calon lesen PSV akan sama-sama berada dalam dewan.

Realitinya di sini "dah lah busuk, bertambah-tambah busuknya". Harapan saya semoga pemandu-pemandu lain ambil kesedaran atas apa yang berlaku di sekeliling kita. Peka dengan keadaan dan pihak-pihak berwajib carilah langkah-langkah untuk meningkatkan taraf pemanduan yang lebih selamat.

Sekian...

Tiada ulasan: