RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Khamis, 22 Mac 2012

BERKATA BAIK ATAU DIAM

فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ

"berkata baik atau diam"

Sabda Rasulullah S.A.W diriwayatkan oleh Bukhori & Muslim Dari Abu Hurairah R.A.

Sumber: Hadits Arba’in An Nawawi

Semasa sekolah menengah sekitar awal 90-an dahulu seorang ustaz selalu mengulangi ayat di atas. Kini sudah hampir 20 tahun meninggalkan sekolah dan zaman tersebut. (Cukuplah sejarah skit2).

Dari ayat di atas, setiap hari kita mengeluarkan kata-kata baik dan buruk serta berkata-kata seperti lajunya keretapi dan seperlahan siput babi bergerak. Terfikirkah kita akan kesan ungkapan-ungkapan yang kita keluarkan itu kepada sesiapa yang dengar. Ini kerana setiap ungkapan itu adalah doa. 

Selain dari kata-kata, ayat di atas juga turut mengajak kita menjaga hati sesama jiran tetangga dan dilanjutkan kepada semua makhluk-makhluk yang beriman kepada Allah S.W.T.

Rujuk : mas saari, "kata-kata itu DOA", Isnin, 23 Mei 2011.


Sebenarnya banyak kajian yang telah dibuat oleh para saintis Islam dan sahabat-sahabat maya Islam lain cuma saya tekankan di sini dalam bab mengumpat. Sebab Islam melaknat kepada mereka-mereka yang mengumpat kerana kesannya mendatangkan kesengsaraan sejagat. Bukan setakat berkata-kata, dengar orang mengumpat pun dah dikira bersubahat. Dalam dunia kini eloklah kita menjauhi mengumpat terutamanya dengan jiran tetangga, di tempat kerja di pasar-pasar.

Kata-kata adalah lebih pedih daripada torehan pisau di jari. Jadi setiap ungkapan atau kata-kata mestilah dijaga. Walaupun nak melatah sebutlah "Allahuakbar" sebagai contoh. Sekurang-kurangnya kita mendapat pahala dan orang yang terdengar tak mencaci kita atau berkata kurang elok dalam hati.

Maaf jika terkurang dalam penjelasan di sini. Sehebat-hebat iman seseorang itu adalah pendekatan dengan perbuatan dan selemah-lemah iman menegur dengan hati.

Seperkara lagi yang ingin ditekankan di sini apabila sesuatu perkara yang tidak kita ketahui akan kebenarannya. Janganlah kita dengan sesuka hati membuat perkara itu semacam betul akan tetapi sebaliknya ianya hanyalah fitnah semata-mata untuk memburukkkan seseorang. Seeloknya bertanyalah kita akan hal berkaitan kepada yang hak, dan jangan ambil tindakan melulu tanpa kepastian yang jelas dalam berbicara.

Sekian, Wassalam.