RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 23 Mac 2012

Gelatin Halal

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:
  • Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain) 
  • Puding, kek dan pai 
  • Gummi jelli, Pastil berperisa 
  • Yogurt, keju dan butter 
  • Ais-krim 
  • Pencuci mulut segera 
  • Gula-gula getah (Chewing gum) 
  • Produk-produk daging yang diproses 
Sumber : Halal Gelatine.com

Sejauh mana pemahaman anda sekalian mengenai gelatin? Halalkah gelatin yang kita makan setiap hari? Di mana adanya kandungan gelatin dalam permakanan kita seharian?

Sedar tak sedar semua itu telah kita telan dan menjadi darah daging kita. Semua persoalan tadi tak perlulah saya kupas lebih2 kerana kita semua tahu cuma terlepas pandang atau sengaja buat2 tak nampak.

Tahun lepas Ejen Halal (TV Al-Hijrah) ada memaparkan isu ini serta mengupas penuh dan memberi impak positif kepada saya untuk terus menulis. sebagai umat Islam kita harus mengetahui fakta ini, "hanya 10% gelatin halal yang wujud di dunia ini".

Ini bermakna yang selebihnya itu adalah haram kerana kita tidak tahu proses pembuatannya yang kebanyakkannya dibuat di negara China. 10% gelatin halal ini dibuat di Pakistan yang membekalkan pasaran ke seluruh dunia. persoalan di sini, Berapa peratus gelatin halal tersebut yang sampai ke negara kita?

Sumber : Halal Gelatine.com


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al Baqorah : 173

Produk-produk lain yang mengandungi gelatin antaranya ialah:

  • Kapsul penyalut ubatan 
  • Kapsul lembut (Softgel) seperti kapsul minyak ikan 
  • Berbagai-bagai jenis Ubat Gigi 
  • Hampir ke semua Kosmetik Kecantikan 
  • Semua Minyak Wangi 
  • Sabun-sabun mandi dan pelembut fabrik 
  • Losen Badan, kaki dan tangan

Kebaikan mencari halal dalam kehidupan:

  • Baik untuk perkembangan tulang dan otot-otot serta proses regenerasi
  • Kesihatan anda sekeluarga akan lebih terjamin
  • Masakan kita akan lebih bersih dan suci
  • Membantu Produk alternatif yang halal bagi membina masyarakat Islam sedunia yang lebih baik
  • Kehidupan akan lebih yakin, tenteram dan dapat menikmati suasana yang jauh lebih tenang
  • Dianugerah Tuhan dengan minda yang lebih sihat dan cergas
  • Memiliki satu bahan masakan dengan sifat yang unik sebagai ajen penstabil, pengikat, penebal, pelekat dan pembuih yang HALAL!
  • Sesungguhnya Allah akan lebih menyayangi mereka-mereka yang memakan makanan HALAL dan menegah yang HARAM.

Tiada ulasan: