RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 26 Mac 2012

Psychedelic rock




Ia adalah sejenis muzik yang dibawakan oleh The Beatles, The Byrds and The Yardbirds yang mana idea lagu-lagunya kebanyakan bersumberkan idea khayalan terhasil selepas pengambilan dadah. Pemuzik-pemuzik ini biasanya akan bermain alat muzik mereka bersama khayalan yang mereka perolehi. Maka tidak hairanlah apa bila dengar gorengan pemuzik seperti Slash (Gun 'n' roses) mendayu-dayu. 


Tak ketinggalan juga pemuzik pemuzik dari negara kita sendiri. Dengarlah lagu-lagu yang mendayu-dayu gorengannya pasti pemuziknya ada mengambil dadah (pemuzik asal lagu tersebut). Saya tak nak sebutkan sesiapa cuma terdapat beberapa orang pemuzik di negara kita yang matinya sama seperti pemuzik-pemuzik barat akibat overdose dadah tetapi tidak didedahkan.



Tahukah anda, muzik rock adalah satu bentuk muzik popular yang sering hadir dengan iringan melodi vokal cukup menonjol dan diiringi alat muzik seperti gitar, dram dan gitar bass. Banyak juga gaya muzik rock lain yang cenderung menggunakan instrumen lain seperti keyboard, organ piano dan synthesizer.

Instument lain yang turut mengiringi muzik ini termasuk harmonika, violin, seruling, banjo dan instrument bertali yang kurang popular seperti mandolin dan sitar. Muzik rock biasanya punya rentak latar yang kuat, dan sering berlegar-legar di sekitar gitar elektik mahupun akustik. 

Rock mula menular menerusi genre rock and roll dan rockabilly sekitar 1940-an dan 1950-an. Muzik ini berevolusi dari blues, muzik country dan pelbagai lagi pengaruh. Mengikut buku All Music Guide: "Dalam bentuknya yang paling tulen, rock & roll meliputi tiga chord, kuat, rentak latar yang impak dan melodi yang catchy."


Pada awal perkembangan rock & roll yang terbit dari pelbagai sumber terutama blues, R & B dancountry tidak terkecuali gospel, pop tradisional, jazz dan folk. Semua pengaruh ini digabungkan dalam bentuk ringkas, berasaskan struktur lagu blues yang pantas, rancak dan catchy.

Lewat 1960-an, muzik rock digarap dengan muzik folk untuk membentuk folk rock, garapan blues pula mewujudkan blues rock dan juga sedikit elemen jazz, membentuk fusion jazz-rock. Tanpa kita sedari peralihan itu membentuk psychedelic rock. Pada 1970-an, rock mula menerima pengaruh soul, funk dan muzik latin. Rock terus berkembang dan membentuk banyak lagi subgenre, seperti soft rock, heavy metal, hard rock, progressive rock dan punk rock.


Subgenre rock dari era 1980-an termasuklah synth-rock. Pada 1990-an, subgenre rock termasuk grunge rock, britpop, indie rock, piano rock dan nu metal.

Sejarah kumpulan rock di Malaysia bermula secara meluas pada awal tahun 1980-an menerusi kumpulan Search yang muncul dengan album pertama. Ini berikutan bahang daripada budaya muzik rock Barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kumpulan rock tempatan berkembang dengan wujudnya pertandingan di peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Sumber : Wikipedia