RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 27 April 2012

SEJAK KAHWIN HINGGA USIA 90 TAHUN BELUM ADA ZURIAT



Anak adalah anugerah dari Allah yang tidak ternilai nikmatnya. Tetapi di negara kita, kisah pembuangan bayi banyak sekali berlaku. Malah perbuatan ini hari-hari berlaku. Merata-rata dibuang cuma kita tak nampak malah kesiannya bayi tersebut yang mati tanpa pengetahuan sesiapa. Nasibnya baik kalau dijumpai. Nasibnya malang......... (sedih nak tulis).

Sesetengah orang begitu ghairah untuk mendapatkan zuriat tapi atas kekuasaan Allah, mereka ini buntu kerana masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara dicuba tetapi belum ada rezeki. Saya harap dengan paparan di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memiliki dan menambah zuriat.

Nabi Zakaria A.S

Kekhuatiran itu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa sejak kahwin hingga mencapai usia 90 tahun, Allah belum lagi mengurniakannya seorang anak yang diidam-idamkan untuk menggantikannya bagi memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.

Pada suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."

Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi." Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."

Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?" Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."

Doa Nabi Zakaria a.s.

Surah Al-Anbiya:21:89


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
- الأنبياء/89


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi."
(Al-Anbia’:89)


Surah AI Imran 3:38


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
- آل عمران/38



"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)

Sumber:-
1-http://biqque.blogspot.com/2009/10/doa-untuk-mendapatkan-zuriat.html
2-
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Yahya_a.s.

Wassalam....

Tiada ulasan: