RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 5 Mac 2013

CARA ARTIS KITA MEMBERI DAN MEJAWAB SALAM

Bukan niat nak menyalah sesiapa, cuma teguran membina. Kebanyakan dalam TV kalau dilihat memang banyak kali kita dengar bila jumpa seseorang atau datang ke rumah seseorang dalam lakonan selalunya mereka memberi salam "asa ekoom", "semekom" dan macam2 jenis lagi. Malah ada juga yang bagi salam "assalamualaikumna", yang jawab pulak "waalaikumnassalam".



Lagi satu, salam yang diucap betul "ASSALAAMUAKAIKUM". Tapi yang menjawab pulak buat lawak seolah-olah lakonannya terkejut dijawab hanya sekerat jalan. Sedangkan hukum secara amnya ramai yang menjawab salam itu WAJIB. Ia juga terkandung dalam 6 hak sesama muslim (klik SINI untuk baca).

2 minggu sudah ada satu brader, dia berjubah ke mana-mana saja dia pergi. lebih kurang macam ulamak la gayanya. Tak salah dia bergaya begitu, saya juga suka melihat ramai orang begitu. Brader ini yang singgah pasar malam tempat saya meniaga. Ketika itu saya sedang menyiapkan barang-barang niaga. Dari jauh saya dengar orang memberi salam. Banyak kali. Sehinggalah sampai depan saya dia ucap salam dan dengan hati yang tenang dan senang saya jawab. Bagus kerana itu salah satu cara mendapat pahala. Bertahun dah saya lihat gelagat brader ni. Ramai orang kata dia tak berapa siuman. Tapi sekali-sekala bila nampak akan kebaikan yang dia buat tu kan dah bagus. Saya sendiri tak mampu nak bagi salam kat semua peniaga pasar malam macam yang beliau buat.

Sambung balik cerita tentang artis kita yang memberi dan menjawab salam. Banyak dalam telefilem, filem, cerekarama, cerita pendek, iklan dan macam-macam lagi. Kebanyakan mempermainkan perkataan salam ini. Ada segelintir dari kawan-kawan kita pun selalu amalkan apa yang artis kita buat.

Jadinya, saya harap kepada producer, penerbit, kawan-kawan, saudara saudari dan saya sendiri akan mengucapkan dan mengamalkan sebutan salam dan menjawab salam dengan betul. Kerana salah sebutan salam lain maksudnya. Harap kita dapat keberkatan dunia dan akhirat. Sekian

Tiada ulasan: