RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 15 Mac 2013

WARKAH DIRAJA: KONSPIRASI, LAHAD DATU & PILIHANRAYA



Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung
Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Ampun Tuanku,

Patik cuma orang biasa, rakyat biasa di dalam negara di bawah naungan daulat Tuanku. Tetapi, keorangbiasaan patik itu tidaklah pula sampai mengkesampingkan patik dari mengambil tahu akan hal-hal berkait dengan negara yang sedang berlaku sekarang. 
 
Atas rasa prihatin inilah patik cuba menulis warkah ini buat Tuanku. Patik harap, Tuanku yang patik kenal dengan penampilan yang lemah-lembut, juga mempunya hati budi yang lembut untuk turut sama merasai apa yang cuba patik sampaikan dalam tulisan ini.

Terlebih dahulu, izinkan patik memperkenalkan diri patik. Patik bernama Mohd Zukri,
 dari ibu yang bernama Azizah binti Abdul Wahab bin Jumaat bin Hitam. 
 
Jumaat yang mengguna gelar ayahnya “Panglima Hitam,” adalah salah seorang dari tujuh panglima Pahang (termasuk Mat Kilau dan Dato’ Bahaman), yang menentang penjajah British dan akhirnya sebelum berpecah telah mengangkat persetiaan tujuh pendekar Pahang yang mana mereka tidak akan mendedahkan identiti sebenar mereka sehingga mati. 
 
Moyang patik itu meninggal dunia hanya beberapa.....

Sambung baca? Klik SINI.

Tiada ulasan: