RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Jumaat, 29 Mac 2013

DITINDIH HANTU MASA TIDUR, BETUL KE BOHONG?

Masa saya takde anak atau boleh dikatakan zaman sekolah sampe zaman bujang tak pernah kena. Bila member bercerita syok mendengar kerana nak tahu macam mana. Tapi bila dah kena lepas ada anak ni baru tahu sampe tergelak isteri saya bila saya cerita kat dia. Bukan saya nak salahkan sebab saya dah kahwin baru kene, cuma itulah dia pengalaman baru dalam hidup kene tindih dengan hatu.

Rasanya 3 kali dah kot saya pun tak berapa ingat sangat. Cuma apa yang menarik tu ada sekali tu saya menjerit 'ALLAHUAKBAR'. Itu yang kelakarnya. Sangka isteri saya "laki aku dah insaf". Bila saya sedar saya cerita kat dia saya kena tindih ngan hantu. Saya tengah lawan hantu tu la warna hitam legam. Digelaknya saya ni.

Yang satu lagi ni, pelik sikit. Saya tidur atas sofa. Pastu mimpi balik ke kampung. Tiba-tiba muncul hantu gelap tadi tapi pakai topeng Vandetta Guys fawkes terus dihempapnya saya. Suara tak terluah takbir. Mulut je bergerak. Pastu tersedar terus lari masuk bilik tidur.

Kali ke-3 ni anak perempuan saya masa tu kecil lagi selalu nangis tiap-tiap malam masa nak tidur. Jadinya saya ambil la dia dan letakkan atas dada saya. Tengah tidur tu tetiba rasa kene hempap. Bila celik mata rupa-rupanya tangan saya dah kebas. Jadinya saya alihkan je la anak saya tu atas tilam letak kat sebelah. Lama sangat dia tidur atas dada saya.

Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac
Antara sebab-sebab terjadinya fenomena ini:
Keratan Harian Metro Sisipan GEN.Y 29 Mac

Tiada ulasan: