RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Isnin, 4 Mac 2013

REVERSE SKIT KE TAJUK 16 TAHUN DAH TINGGAL BENDA NI

Maaflah kepada pembaca sekalian kerana lama tak update blog ni. Bukan sebab sibuk. Tapi nak berehat panjang sikit kerana baru baik dari demam denggi. 


Tang tajuk tu ada kaitan jugak la coz sebelumnya aku tau kene denggi nih hari minggu tu aku main sekali lagi badminton. Cuma kali ni masuk court terus main dan tak buat streching dulu. Semangat terover sangat kot coz baru beli raket malam sebelum tu. So bila main dah tentu penat.

Esoknya pulak drive balik KL kul 10malam sampe KL kul 2.30 pagi. Tak boleh tido aku dibuatnya. Esoknya hari Rabu gi kije coz ada janji ngan orang kat kilang. Janji mesti ditepati. Cam orang politik la pulak. Badan dah sengal2 dan panas sejuk je sehari. Khamis malam baru gi klinik. Doktor bagi ubat sakit kepala ngan ubat tahan sakit. Paling power punya ooo. Malam tu aku telan ubat tu. Rasa sihat semacam jerk siap bagi tau bini sok dah boleh gi kije. Doktor ada bagi MC 2 hari. Aku cakap kat bini aku dah OK dah.

Lastly, kul 6 pagi badan aku menggeletar semacam orang kehabisan dadah. Selimut camana pun tetap menggeletar. Lepas tu aku jadi fobia nak makan ubat tu. Tapi disebabkan nak meniaga hari minggu ni kene jugak la makan. Kalu tak camana nak gi beli barang. Pagi Sabtu masa mandi aku tengok kat kaki dan badan dah naik merah-merah. Membe-membe kat pasar malam cakap memang kompem aku kene denggi. Diorang suruh aku gi spital malam tu jugak.

Hari Ahad pagi aku gi GH then memang betul bila result kuar. Cuma tak kene tahan kat wad la. GH bagi ubat yang sama jugak cuma tak sepower ubat yang mule-mula aku dapat.

Start dari hari tu atas nasihat doktor aku kene minum 100 plus atau lebih murah minum air masak banyak-banyak. Membe yg kije kat GH pun cakap macam tu. Aku amalkan dan 2 hari berikutnya aku bebas Denggi... Alhamdulillah...

Tiada ulasan: