RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWA

"

Selasa, 18 Disember 2012

CERITA MEMANDU DI WAKTU MALAM

Seperti entri-entri lepas banyak saya sentuh soal keselamatan ketika memandu. Kali ini suka saya menyentuh mengenai pemanduan di waktu malam pula. Waktu malam biasanya bermula sekitar jam 7 malam dan ke atas hingga 11.59 atau 23.59. Biasakan? Ok itu sekadar definisi.


Pemanduan pada waktu-waktu sebegini memerlukan ketelitian dan kecergasan yang sangat tinggi kerana bagi sesetengah pemandu yang tidak biasa akan merasa mengantuk sepanjang pemanduan. Tidak digalakkan merorok kerana akan manambahkan lagi rasa mengantuk jika tidak sediakan minuman yang mencukupi (sekadar pengalaman). Tumpuan pemandu selalunya mudah terjejas bila rasa mengantuk. Ini adalah masalah utama bagi pemandu yang tidak biasa memandu pada waktu malam. Bagi pemandu yang selalu memandu pada waktu begini mereka akan merasa normal cuma ada masalah tertentu akan saya jelaskan nanti.

Kebiasaannya 2 jam yang pertama adalah waktu boleh dikatakan sepenuh tumpuan seseorang pemandu itu memandu dengan cermat serta mengikut peraturan. Adalah lebih baik selepas 2 jam ini berhenti seketika untuk merehatkan minda serta badan supaya perjalanan anda selamat. OK itu dari segi kercergasan dan kecerdasan diri seseorang pemandu yang mana masa rehat lebih kurang 30 minit atau lebih dan jangan berlebih-lebih kerana perjalanan jauh akan memakan masa yang lebih panjang.

Pemanduan di waktu-waktu begini hanya bergantung atau mengharapkan pada satu perkara sahaja iaitu pencahayaan yang cukup (terang dan jelas). Lampu amat penting untuk suasana begini kerana itulah kita digalakkan memeriksa terlebih dahulu keadaan kenderaan sebelum berlepas. Kepastian ini supaya tidak berlaku apa-apa kerosakan pada kenderaan yang boleh memudaratkan perjalanan. 

Semasa memandu pula mungkin senang sedikit kerana tumpuan memandu hanya terarah pada hadapan sahaja kerana pengesanan lampu pada kenderaan belakang biasanya memberi satu gangguan kepada pemandu di hadapan terutama jika pemandu di belakang tidak merendahkan lampu tinggi yang dipasang. Saya baru terkena baru-baru ini di Muadzam Shah menghala ke Kuala Rompin. Fenomena ketika itu hujan lebat dan berkabus tebal. Setibanya saya di satu simpang 3, saya ternampak 2 buah kereta berhenti di tepi jalan. Sangkaan saya ada roadblock di hadapan dan saya memperlahankan kereta saya. Selepas melewati 2 buah kereta tersebut, mungkin mereka tak yakin untuk bergerak kerana jam pun menunjukkan 5 pagi (lebih kurang).

huhalalala.wordpress.com
Lalu saya meneruskan pemanduan dan kedua-dua kereta tersebut mengekori saya. Mulanya saya rasa OK dan tahu mereka nak ikut saya. Tiba-tiba kereta di belakang saya dalam jarak anggaran 10 meter memasang lampu tinggi dan ini menyebabkan saya silau dan kurang jelas pandangan di hadapan. Kemudian saya mengurangkan kelajuan saya supaya mereka faham supaya menurunkan lampu tinggi. Akhirnya mereka faham juga. Nasib baik. Walaupun itu dinihari tapi perlu difahami akan gangguan yang saya maksudkan tadi yang mana lampu memainkan peranan penting untuk pemanduan di waktu malam.

Seperkara lagi bagi melengkapkan entri ini ialah berkenaan jarak kenderaan dari arah hadapan. Memang kita takkan tahu berapa kelajuan sesebuah kenderaan dari arah hadapan serta anggaran jarak lepas atau tidak untuk memotong kenderaan di hadapan kita. Ini kerana terdapat segelintir pemandu yang suka membuat provokasi ketika memandu. Sebagai contoh dari pengalaman semalam perjalanan dari kampung menuju ke kota. Dalam keadaan jalan 2 hala, untuk memotong memang sukar kerana kawasan bukit dan selekoh yang banyak. Cuma bagi yang biasa lalu di situ akan mengetahui di mana ada tempat-tempat yang boleh memotong.

Terdapat sebuah kereta di belakang cuba membuat provokasi yang mana dia hendak memotong. Dalam hati saya terdetik di depan lebih kurang 200 meter ada tempat memotong dan saya akan ke tepi. Tetapi dalam ketidaksabarannya, kereta tersebut terus memotong kereta saya dengan kenderaan dari arah bertentangan sudah dekat menghampiri kami dan saya terpaksa menekan brek suntuk mengelakkan kemalangan berlaku. Bukan nak tunjuk pandai pada kalian semua. Cuma apa yang saya lakukan itu pun merbahaya sebenarnya kerana kenderaan di belakang saya akan terkejut dengan tindakan saya itu. Kerana kereta yang memotong itu seolah-olah penting sangat jika tak memotong kereta saya ada orang akan mati. Nasib baik tak jadi apa-apa dan semuanya selamat. Dari apa yang saya lihat kereta yang mengikut di belakang saya pun mula memotong kereta saya bila tiba di tempat memotong yang saya maksudkan tadi dan mengejar kereta yang membuat provokasi itu. Jadinya memang mereka ini dah berlumba kot kerana modelnya sama dengan corak-corak kereta lumba dihiaskan pada kenderaan mereka.

Harapan saya agar kita sama-sama mendapat iktibar dari cerita di atas serta perkongsian ilmu yang bermanfaat supaya kita sentiasa selamat sampai ke destinasi.

Tiada ulasan: